UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Berlakon ialah salah satu teknik pengajaran yang digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P). Aktiviti lakonan menjadi lebih menarik apabila murid-murid dapat berinteraksi dan berkomunikasi. Di samping menguji kemahiran berbahasa, murid juga berpeluang melihat aksi rakan-rakan ketika berlakon. Selain menyeronokkan, murid-murid juga lebih berkeyakinan ketika berhadapan dengan khalayak. Banyak faedah dan kebaikan yang diperoleh apabila murid terlibat dalam aktiviti tersebut. Lakonan dapat memberi hiburan dan memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, berdisiplin, berani, sabar dan prihatin dengan persekitaran. Justeru itu, peranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) dahulunya Kementerian Penerangan Malaysia amat penting bagi menggalakkan pertumbuhan minat dan bakat berlakon murid berkembang secara terancang. Perkara ini sejajar dengan kegiatan kokurikulum di sekolah yang bertujuan memupuk semangat perpaduan antara kaum dalam kalangan murid Melayu, Cina, India dan juga pelbagai bangsa asing di Malaysia. Antara objektifnya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Di samping bertanggungjawab mencapai kesejahteraan diri, murid juga dapat memberi sumbangan kreativiti kepada masyarakat serta memperkaya bahan kesusasteraan negara. Namun begitu, matlamat ini tidak akan dapat dicapai jika murid tidak memberi kerjasama kerana murid perlu mencipta skrip berdasarkan prinsip Rukun Negara yang menjadi asas dalam memupuk nilai-nilai murni dan perpaduan kaum. Kajian ini menggunakan pendekatan SWOT yang menilai Strength (kekuatan), Weakness (kelemahan), Opportunity (Peluang) dan Treat (Ancaman). Kajian ini diasaskan kepada petnerhatian penulis dalam dua pertandingan lakonan anjuran KP Myang diwakili oleh Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) dan anjuran KKM yang diwakili oleh Jabatan Penerangan Negeri (JPN), di daerah Pekan, Pahang. PPD menggunakan istilah "Teater Komsas" manakala JPN menggunakan istilah "Sketsa Rukun Negara Kelab 1 Malaysia". Dapatan kajian ialah lakonan dapat melahirkan kecenderungan, minat serta bakat murid dalam membentuk kemajuan negara. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |