UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Abd Karim Mohd Mustamam, Nordin Abu Bakar, Ibrahim Mohamad, Buyong Kahar Mohd Ramli,
Title :Kajian pengesanan graduan
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2006
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan untuk mengesan profil profesional dan persepsi graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap program pengajian, aktiviti kokurikulum, kemudahan prasarana dan perkhidmatan yang disediakan oleh UPSI. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti persepsi majikan, rakan sekerja dan pelajar sekolah terhadap keupayaan graduan yang terlibat. Profil profesional dikesan untuk mendapatkan maklumat tempat bertugas, mata pelajaran yang diajar mengikut major, jawatan yang disandang dan anugerah yang diterima graduan semasa berkhidmat. Persepsi majikan dan rakan sekerja terhadap keupayaan graduan UPSI dikenal pasti dari aspek kemahiran interpersonal, kepimpinan dan sikap, manakala, persepsi pelajar dikenal pasti dari aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta sikap dan kepimpinan. Profil diukur dengan menggunakan kekerapan dan peratus. Persepsi ini ditafsir berdasarkan nilai min, iaitu min di bawah 3.00 adalah kurang memuaskan, manakala min 3.00 ke atas adalah memuaskan. Sebagai input tambahan, responden juga diminta mengemukakan cadangan untuk menambah baik kualiti P&P, program dan prasarana melalui borang soal selidik. Populasi kajian terdiri daripada 6,429 orang graduan UPSI dari tahun 1999 hingga 2004. Soal selidik telah dijawab oleh 2,650 graduan. Maklumat tentang graduan ini juga diperolehi melalui responden yang terdiri daripada 2,471 majikan, 8,601 rakan sekerja dan 20,887 pelajar sekolah. Data dikumpul melalui soal selidik yang ditadbir mengikut kumpulan responden. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan statistik diskriptif. Seramai 2,650 graduan yang telah ditempatkan di seluruh negara terlibat dalam kajian ini. Majoriti graduan UPSI bertugas di negeri Perak iaitu 520 orang (19.62%), diikuti oleh Kedah seramai 300 orang (11.32%), Johor 290 orang (10.94%) dan Selangor 279 orang (10.53%). Sebanyak 55.02% graduan ditempatkan di kawasan luar bandar dan 87.62% ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan. Sejumlah 34.5% menjadi guru panitia mata pelajaran, manakala 15.3% graduan UPSI telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Lebih daripada 93.44% graduan mengajar opsyen pertama mereka. Secara keseluruhan, persepsi majikan (min=3.45), rakan sekerja (min=3.48) dan pelajar (min=3.32) terhadap keupayaan graduan UPSI adalah memuaskan. Dapatan kajian juga menunjukkan persepsi majikan adalah memuaskan dari aspek kemahiran interpersonal (min=3.45), kepimpinan (min=3.38) dan sikap (min:=3.49). Persepsi rakan sekerja dari aspek kemahiran interpersonal (min=3.49), kepimpinan (min=3.44) dan sikap (min=3.49) graduan turut memuaskan. Begitu juga persepsi pelajar terhadap aspek P&P (min=3.29) serta sikap dan kepimpinan (min=3.35) graduan adalah memuaskan. Hasil analisis menunjukkan persepsi keseluruhan graduan terhadap UPSI adalah memuaskan (min=3.03). Persepsi graduan terhadap program pengajian (min=3.27) adalah memuaskan. Walau bagaimanapun dalam aspek kesediaan mengajar tingkatan enam atau setara, graduan UeSI berpandangan mereka kurang berkemampuan. Sementara itu, walaupun aspek kokurikulum (min=3.01) adalah memuaskan, namun keselarasan jenis kokurikulum yang diikuti di UPSI dengan keperluan kokurikulum di sekolah, kebolehan mengurus aktiviti kokurikulum dan kesediaan menjadi penasihat kokurikulum adalah kurang memuaskan. Persepsi graduan terhadap prasarana dan perkhidmatan (min=2.80) menunjukkan nilai yang kurang daripada min keseluruhan. Di samping itu, kajian ini juga telah menerima saranan-saranan daripada para graduan, rakan sekerja dan majikan agar memperbaiki aspek P&P uan program yang ditawarkan oleh UPSI. Secara keseluruhan, aspek utama yang ditekankan adalah mempertingkatkan kemudahan teknologi pendidikan dan leT, memperbaiki prasarana makmal sains dan perpustakaan dan memastikan kurikulum pengajian yang ditawarkan selaras dengan keperluan sekolah. Di samping itu, saranan juga dibuat untuk meningkatkan kualiti pentadbiran dan pensyarah, mengadakan temuduga dalam pengambilan pelajar, memanjangkan tempoh latihan mengajar dan memperbaiki kokurikulum dari segi pengendalian serta relevan dengan keperluan sekolah pada masa kini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.