UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Noor Azwani Mansor
Title :Pengetahuan pedagogikal isi kandungan dalam kalangan guru Matematik tahun satu
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogikal isi kandungan (PCK) guru Matematik Tahun Satu yang melibatkan tiga komponen iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am dan pengetahuan pedagogi khusus dan meneroka bagaimana guru Matematik Tahun Satu yang baharu dan berpengalaman mengintegrasikan komponen-komponen PCK semasa mengajar di bilik darjah. Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah gabungan iaitu kajian tinjauan dan kajian kes. Pengumpulan data bagi kajian ini melalui dua fasa. Fasa pertama melibatkan 86 orang guru Matemtik Tahun Satu dengan menggunakan soal selidik bagi mengenal pasti tahap pengetahuan ketiga-ketiga komponen PCK dalam kalangan guru Matematik Tahun Satu di negeri Perlis. Manakala dalam fasa kedua, data dikumpul secara kualitatif untuk melihat amalan PCK guru matematik Tahun Satu dengan menggunakan protokol temu bual, pemerhatian di dalam bilik darjah, analisis dokumen serta catatan guru semasa pengajaran topik nombor bulat hingga 100. Dapatan kajian tentang tahap pengetahuan PCK secara keseluruhan adalah pada tahap baik. Tahap pengetahuan guru bagi ketiga-tiga komponen iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am dan pengetahuan pedagogi khusus adalah pada tahap baik. Dapatan kajian kualitatif pula menunjukkan bahawa amalan PCK guru baharu dan guru berpengalaman adalah baik. Guru Matematik Tahun Satu yang berpengalaman dilihat lebih yakin mengajar daripada kalangan guru Matematik baharu. Implikasi kajian ini adalah disarankan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perlis perlulah mengendalikan lebih banyak kursus dalam perkhidnatan yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran Matematik bagi menngkatkan tahap pengetahuan PCK dalam kalangan guru Matematik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.