UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :K Law (General)
ISSN :2289-4470
Main Author :Luyan Madeline Henry, Lunkapis Gaim James,
Title :Konflik hak tanah adat (native costumary rights) Kampung Imahit Tenom, Sabah
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016

Abstract :
Konflik tanah adat semakin kritikal dalam kalangan Orang Asal di seluruh dunia. Di Malaysia khususnya di Sabah, konflik ini merupakan antara isu yang hangat kerana melibatkan pengiktirafan hak Orang Asal terhadap penggunaan tanah, harta benda, amalan adat, budaya dan kepercayaan mereka secara tradisional. Artikel ini membincangkan dan menjelaskan konflik hak tanah adat yang dihadapi oleh penduduk Kampung Imahit, Tenom, Sabah dan menerangkan kepentingan hak tersebut kepada mereka. Objektif kajian ini adalah untuk memahami kaedah penjagaan hutan adat, mengkaji kepentingan dan kesan yang dihadapi oleh Orang Asal yang terlibat serta mendapatkan persepsi penduduk berkenaan hak mereka terhadap tanah adat pada masa kini. Kajian berdasarkan pada kupasan literatur, pemerhatian, temu bual dan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil kajian mendapati tanah adat sinonim dengan Orang Asal kerana menjadi asas kepada kehidupan mereka malah keseimbangan ekosistem hutan dicapai melalui amalan-amalan tradisional secara mapan. Dapatan kajian menunjukkan hak penduduk masa kini berkurangan dan tidak bebas seperti amalan terdahulu.

References

1. Abdul Aziz, H. (1956). Undang-Undang tanah lesen pendudukan sementara dan permit. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur. 2. Cheah, W. L. (2005). Sagong tasi and orang asli rights in Malaysia: Victory, milestone or false start? Law, Social Justice & Global Development Journal (LGD). 3. Colchester, M., Farhan Ferrari, M., Nelson, J, K.C, Zaninka, P. Venant, M. Balawag, L.R.G. (2008). Conservation and indigenous peoples: Interim report. Forest people programme: England. 4. Dimbab Ngidang. (2007). Kuasa Pasaran ,Ruang Tanah Adat dan Pembangunan Tanah di Sarawak. Seminar Antarabangsa Tanah Keterhakisan Sosial dan Ekologi;Pengalaman Malaysia dan Indonesia. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia. 4-5 Disember 2007. 5. Huntington, S.P. (1999). “Keynote Address”. Paper presented at colorado collage’s 125t anniversary symposium cultures in the 21st centuary: Conflicts and convergences. colorado college. 4 Februari, 1999. 6. Foo,J., Harifah, M.N. (2012). Respons masyarakat tempatan terhadap pelaksanaan sistem tagal. Geografia: Malaysia Journal of Society and Space 7, (14-25). 7. Foo, J. (2011). Sistem tagal dalam industri pelancongan: manfaat kepada komuniti. Geografia: Malaysia Journal of Society and Space, 7, 14-25. 8. Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample saiz for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610. 9. Mohd Shafiq Akmal Kasimun & Azima Abdul Manaf. (2014a). Komuniti Bidayuh Serian, Sarawak: memahami keperluan pemilikan tanah adat yang diiktiraf. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-9, 30 Ogos 1 Sept. 2014, Kuala Terengganu. 10. Ordinan Tanah Sabah, Cap.68. (1996). Together with the subsidiaryy legislation made thereunder. Government Printer. 11. Ordinance. (1953). Art 161a clause 7 federal constitution, and interpretation (Definition Of A Native). Government Printer. 12. Ramy Bulan. (2003). Tanah adat: Amanah sebagai alat untuk pembangunan tanah di Sarawak. In: Fadzilah Majid Cooke (eds) State communities and forest incomtemporary Borneo. Asia Pacific Environment Monograph 1. 13. Simpson. (1976). Chapter 5: The torrens system, controller of hmso and the queens’s printer, Scotland. 14. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. (2014). Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli. Jaringan Orang Asal Semalaysia, Donggongon Sabah. 15. Telapak. (2011). Mengurus utamakan masyarakat adat dalam adaptasi dan mitigasi perubahan iklim. telapak, gadung alumni IPB, Indonesia. 16. Yogeswaran Subramaniam. (2007). Hak-hak antarabangsa orang-orang asal: perkembangan kemajuan dan kemerosotan. Center For Orang Asli Concerns.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.