UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kejayaan transformasi pendidikan vokasional yang dilancar oleh kerajaan Malaysia pada 2014, banyak bergantung kepada daya kepimpinan pengarah dan prestasi tenaga pengajar kolej vokasional yang dinaik taraf. Sejajar dengan senario masa kini, kajian ini berhasrat untuk menyingkap kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional dan juga efikasi kendiri pensyarah kolej vokasional. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukur pengaruh kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional terhadap efikasi kendiri pensyarah kolej. Sampel kajian terdiri daripada 152 orang pensyarah yang dipilih secara rawak daripada tujuh buah kolej vokasional di Negeri Sembilan dan Melaka. Borang soal selidik mengandungi dua instrumen, Multifactor-Leadership Questionnaire (MLQ) dan Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) masing-masing bagi mengukur tahap kepimpinan transformasi dan efikasi kendiri. Analisis data melibatkan kekerapan, min, peratusan, sisihan piawai, ujian-t, ANOVA dan regrasi berganda. Kajian menunjukkan tahap kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional didapati sederhana tinggi, manakala efikasi kendiri guru pula adalah tinggi. Kepimpinan transformasi pengarah kolej mengikut jantina tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Kajian juga menunjukkan 39% daripada varian kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional dapat digambarkan oleh efikasi kendiri pensyarah kolej vokasional. Hasil kajian ini memberi implikasi agar pengarah kolej vokasional mempamerkan kepimpinan transformasi lebih tinggi lagi oleh sebab ia mempengaruhi efikasi kendiri pensyarah kolej vokasional. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |