UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :GF Human ecology. Anthropogeography
Main Author :Shafie Aziz,
Title :Pembangunan pangkalan data ruangan bagi pengurusan dan pengawalan penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2006
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Demam Denggi (DD) dan DDB (DDB) merupakan antara penyakit berjangkit yang terus mendatangkan ancaman kepada tahap kesihatan awam di negara ini Walaupun pelbagai usaha pencegahan dan pengawalan telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa kesihatan, kejadian kes penyakit DO dan DDS sejak kebelakangan ini dilaporkan semakin bertambah. Kejadian kes DO dan DDB disebabkan olen pelbagai faktor fizikal, alam sekitar, sosioekonomi, demografi dan juga perundangan dan kesemua faktor ini berbeza-beza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain dan juga sering berubah-ubah mengikut masa. Berdasarkan kepada amalan semasa, aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit akan dijalankan apabila bertakunya kejadian kes penyakit. Semasa ketiadaan kes penyakit, aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit bergantung kepada petunjuk kepadatan nyamuk. Petunjuk kepadatan nyamuk memertukan data, peralatan, masa dan tenaga kerja yang banyak. Kajian ini telah menggunakan elemen gunatanah sebagai asas untuk membina pangkalan data ruangan bagi menilai tahap risiko sesuatu untuk bertakunya kejadian kes penyakit DO dan DDB. Dengan menggunakan analisis-analisis ruangan dan kaedah Model Indeks yang terdapat dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS), tahap risiko sesuatu kawasan untuk bertakunya kejadian kes penyakit DO dan DoB dapat dikenal pasti. Hasil kajian mendapati tahap risiko yang tinggi -untuk berlakunya kejadian kes penyakit terletak di kawasan penempatan utama di kawasan kajian. oengan itu, kajian ini dapat membantu pihak berkuasa kesihatan dan PST untuk membuat keputusan bagi merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit DO dan DDB tanpa bergantung kepada petunjuk kepadatan nyamuk atau menunggu sehingga bertakunya kejadian kes penyakit.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)