UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Mahmood Abdul Hamid,
Title :Keberkesanan program pendidikan bahasa Melayu UPSI (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2003
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan program Ijazah Sarjana muda Pendidikan Bahasa Melayu di UPSl. Responden kajian terdiri daripada bekas pelajar program ini yang telah bergraduat pada tahun 1999, 2000 dan 2001. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Soal selidik ini dihantar kepada semua bekas pelajar yang telibat. Seramai 87 orang (30%) responden telah memberi maklum balas. Terdapat 4 soalan kajian yang dikemukakan, iaitu (1) soalan tentang keberkesanan objektif program; (2) soalan tentang keberkesanan kurikulum yang diguna pakai; (3) soalan tentang keberkesanan kaedahlbentuk instruksi pensyarah di UPSI; dan (4) soalan tentang peranan perkhidmatan sokongan. Untuk melihat keberkesanan program ini pengkaji telah memilih 6 pemboleh ubah tidak bersandar, iaitu jantina, saluran kemasukan ke UPSI, lokasi tempat mereka mengajar sekarang, tahun dikumiakan ijazah, dan tingkatan yang diajar. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya objektif untuk melahirkan guru Bahasa Melayu yang berkesan tercapai. Walau bagaimanapun kurikulum yang digunakan masih perlu dikemas kini. Daripada 32 kursus yang ditawarkan kepada pelajar terdapat 5 kursus (15.6%) yang tidak begitu relevan digunakan di sekolah. Ujian berdasarkan pemboleh ubah tidak bersandar juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min setiap kategori. Nilai p > 0.05. Hal yang paling ketara ialah kelemahan perkhidmatan sokongan, terutama daripada segi infra struktur. Perkhidmatan pensyarah hampir memuaskan
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)