UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Main Author :Said Tajul Shuhaizam,
Title :Eksperimentasi bahan alam dan tanah liat sebagai satu hasil karya seramik
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2004
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji gabungan bahan alam dengan tanah liat pada penghasilan karya seramik. Penyelidikan ini juga secara langsung untuk menganalisa kadar kecutan, kadar serapan dan kadar hasil gabungan bahan alam dengan tanah liat. Dengan eksperimen yang dijalankan penyelidikan ini juga dapat membandingkan kekuatan tanah liat konvensional dengan tanah liat yang telah dicampur dengan bahan alam. Penyelidikan ini juga akan menguji tahap kesesuaian bahan alam dalam penghasilan karya seramik. Pengumpulan data dibuat menerusi kaedah ujikaji, pemerhatian sampel tanah liat campuran dengan tanah liat konvensional dan penghasilan karya seramik dengan menggunakan tanah liat campuran bahan alam. Pemilihan sampel tanah liat adalah sebanyak 4 jenis tanah liat iaitu tanah liat porcelain, tanah liat Earthenware, tanah liat Stoneware dan tanah liat Raku. Sampel tanah liat ini juga telah dieksperimentasi dengan 4 jenis bahan alam iaitu hampas kelapa, habuk kayu, jerami padi dan hampas kelapa sawit. Kaedah ekperimen secara sains tulen telah dipilih bagi menjadi susur galur di dalam penyelidikan ini. Data telah dikumpul dan dianalisis menerusi Kaedah Dundee Test, pemerhatian terhadap sampel tanah liat dan karya seramik. Data ini disokong dengan rakaman foto sampel tanah liat dan foto karya seramik. Secara keseluruhannya penyelidikan ini, memfokuskan kepada kesesuaian tanah liat campuran terhadap penghasilan karya seramik. Akhirnya diharapkan agar eksperimentasi bahan alam dan tanah liat di dalam penghasilan karya seramik ini menjadi langkah pertama ke arah memantapkan seni seramik baik untuk tujuan komersial mahupun di bawah mata pelajaran pendidikan seni di sekolah
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.