UPSI Digital Repository (UDRep)

Transformasi motif blok batik Samasa dari tahun 1960 hingga 2009

AVAILABLE Thesis 1856 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Transformasi motif blok batik Samasa dari tahun 1960 hingga 2009
Type
Thesis
Main Author
Khalijah Ahmad
Subject
ND Painting
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2014
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dihasilkan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang transformasi yang berlaku ke atas motif blok batik Samasa Batik dari tahun 1960an hingga 2009. Batasan kajian hanya tertumpu kepada motif blok batik SAMASA Batik yang bertempat di kampung Puteh Kota Bharu. Terdapat empat aspek penting menjadi tumpuan kajian iaitu pengaruh terhadap penciptaan motif, transformasi motif, gaya olahan dan membangunkan dokumen sejarah blok batik SAMASA. Teori kebudayaan (Geertz, 1973) dan konsep seni rupa Melayu (Syed Ahmad Jamal, 1992) diaplikasikan serta dijadikan sebagai panduan semasa proses pengumpulan dan analisis data dijalankan. Secara keseluruhannya kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu menerusi kaedah pengkajian sejarah yang bersifat deskriptif. Tiga teknik pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini iaitu teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kaedah pengumpulan data kajian, melibatkan dua sumber bahan, iaitu sumber primer ( temu bual dan artifak) dan sumber sekunder (bahan teks). Bahan artifak terdiri daripada 1289 buah blok telah melalui proses saringan. Kajian ini melibatkan 23 orang informan yang dipilih berdasarkan pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Pemilihan sampel bermaklumat ini dibuat secara teknik 'snowballing'. Analisis tipologi digunakan untuk mengklasifikasikan data kajian iaitu berasaskan kepada jenis dan kategori. Analisis ini juga diaplikasikan bertujuan melihat proses transformasi pada setiap kategori motif dari tahun 1960 hingga 2009. Antara hasil kajian yang diperoleh, terdapatnya pengaruh tertentu yang menyebabkan berlakunya proses transformasi ke atas motif blok batik SAMASA. Hasil transformasi telah mempelbagaikan reka corak motif batik blok keluaran SAMASA. Penciptaan motif blok SAMASA merujuk kepada sumber motif daripada kategori yang berbeza. Kesan daripada proses transformasi telah berjaya mengekalkan kedudukan SAMASA dalam pasaran. Usaha SAMASA dalam mewujudkan identiti (trademark) sendiri telah menjadi penyebab kepada berlakunya perubahan terhadap gaya dan olahan motif. Kajian ini juga turut mendokumentasikan bahan sejarah SAMASA secara terperinci yang meliputi, kronologi penciptaan blok, tokoh, bahan, jenis-jenis blok dan catatan tahun-tahun penting berkaitan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.