UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :G Geography (General)
Main Author :Marzuki Mazdi,
Title :Aksesibiliti geografi untuk trip sekolah di kalangan masyarakat Orang Asli: kajian di Majlis Daerah Tapah (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2013
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Aksesibiliti merupakan elemen yang penting dalam proses kehidupan pelajar untuk trip sekolah. Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap aksesibiliti geografi untuk trip sekolah dalam kalangan masyarakat orang Asli di Daerah Tapah. Metodologi kajian melibatkan kaji selidik kepada pelajar, pemerhatian di lokasi kajian dan temu bual dengan guru kaunselor dan pengetua. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan mod pengangkutan yang digunakan oleh pelajar orang Asli untuk trip sekolah. Bas dan trak merupakan pengangkutan utama yang digunakan untuk trip sekolah. Aspek sosioekonomi juga menunjukkan ahli keluarga pelajar orang Asli berada dalam tahap yang rendah daripada aspek pendidikan, pendapatan, pemilikan kenderaan kecuali motosikal dan pemilikan lesen. Faktor pemilihan kenderaan juga berbeza antara pengguna motosikal, kereta, berjalan kaki dan pengguna pengangkutan awam. Kajian terhadap jarak dan masa menunjukkan kedua-dua elemen ini memberi masalah kepada tahap aksesibiliti pelajar orang AsH. Jalan perhubungan di lokasi petempatan orang Asli juga masih kurang memuaskan. Kemudahan pengangkutan awam yang disediakan kepada pelajar orang Asli didapati berada di bawah 80 peratus tahap kepuasan pengguna. Implikasi polisi dan cadangan daripada kajian turut dikemukakan meliputi mempertingkatkan kualiti pengangkutan, membaiki kualiti jalan perhubungan, dan mendirikan sekolah berhampiran lokasi tempat tinggal orang Asli.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)