UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :QC Physics
ISSN :1985-7918
Main Author :Ramly Rosazley, Abu Bakar Suriani, Zakaria Sarani, Abdullah Mustaffa, Ahmad Sahrim,
Title :Kesan pemukulan terhadap pemasukan magnetit (Fe3 O4) ke dalam pulpa kenaf
Year of Publication :2009

Abstract :
Teknologi pemasukan lumen membenarkan partikel-partikel pengisi magnet dimasukkan ke dalam lumen gentian dengan tidak menjejaskan kebersihan permukaan luar daripada pelekatan sebarang pengisi. Aluminium sulfat (alum) dan polietilenamina (PEI) berperanan sebagai pembantu retensi dengan memberikan kesan positif di dalam proses pemasukan lumen. Kajian ini menumpukan kesan pemukulan terhadap pemasukan magnetit (Fe3O4) ke dalam pulpa kenaf menggunakan alat pemukul PFI Mill. Mikroskop elektron imbasan (SEM) digunakan untuk melihat pelekatan partikel pengisi di dalam lumen gentian, manakala mikroskop konfokal digunakan bagi melihat struktur morfologi pulpa pemasukan lumen. Magnetometer sampel bergetar (VSM) pula digunakan bagi pengukuran pemagnetan kertas. Proses pemukulan dapat meningkatkan kadar pemasukan pengisi ke dalam lumen gentian pada resolusi 4000 rpm. Namun begitu, pada pemukulan 8000 rpm kadar pemasukan pengisi menurun.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.