UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Makalah ini membincangkan tentang zaman pra-Islam di negeri Kedah berdasarkan tinggalan arkeologi. Ini kerana selain dari catatan asing dan tulisan dalam beberapa manuskrip Melayu atau kesusasteraan Melayu klasik, tinggalan arkeologi juga dapat membekalkan maklumat berkaitan dengan negeri Kedah. Memandangkan Kedah melalui sejarah yang panjang, maka persoalannya sejauhmana penemuan arkeologi dapat menyokong dan seterusnya membuktikan perkembangan sejarah khususnya berkaitan dengan zaman pra-Islam di negeri Kedah. Sejauhmana tinggalan budaya kebendaan itu dapat menggambarkan asimilasi dan transformasi kebudayaan manusia turut berlaku disebabkan oleh kemunculan pengaruh keagamaan di negeri Kedah. Justeru, objektif kajian ini akan meneliti secara komprehensif tinggalan arkeologi serta mengklasifikasikan maklumat yang diperolehi untuk memantapkan pensejarahan negeri Kedah. Penyelidikan ini menggunakan kaedah perpustakaan dengan membuat rujukan di arkib dan perpustakaan awam. Hasil kajian mendapati catatan sejarah negeri Kedah melalui sejarah yang panjang iaitu dari zaman prasejarah, zaman Hindu-Buddha hinggalah ke zaman kemunculan Islam. Peninggalan di beberapa tapak arkeologi menunjukkan zaman pra-Islam di negeri Kedah lebih tertumpu kepada tinggalan artifak dan candi yang berkaitrapat dengan tempoh animisme (zaman prasejarah) dan pengaruh agama Hindu dan Buddha. Taburan candi di beberapa tapak arkeologi di Lembah Bujang juga menunjukkan berlaku perubahan dalam anutan agama dan kepercayaan masyarakat Kedah sehinggalah kedatangan agama Islam. |
References |
1. Abdul Rahman Abdullah. (2000). Sejarah dan tamadun Asia Tenggara: sebelum dan sesudah pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2. Abdullah Zakaria Ghazali dan Mardiana Nordin. (2012). Kedah: warisan dan sejarah. Bangi: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia. 3. Adi Haji Taha & Othman Mohd Yatim. (1981). ‘Sejarah awal negeri Kedah berdasarkan penemuan bahan-bahan arkeologi’, Kertas Kerja Konvensyen Sejarah Negeri Kedah, 28 Nov-1 Dis. Wisma Negeri, Alor Setar. 4. Ahmad Jelani Halimi. (2006). Perdagangan dan perkapalan Melayu di Selat Melaka: abad ke-15 hingga ke-18. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Braddell, R. (1950). ‘Notes on ancient times in Malaya’. JMBRAS, Part 7, Vol. 23. 6. Braddell, R. (1980). A study of ancient times in the Malay Peninsula and Straits of Malacca. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 7. Evans, I.H.N. (1927). Papers on ethnology and archaeology of the Malay Peninsula. Cambridge: University Press. 8. Evans, I.H.N. (1928). ’On ancient remain from Kuala Selingsing, Perak’, JMBRAS XIII. H.G.Q. Wales, H.G.Q. (1976). The Malay Peninsula in Hindu Times. London: Benard Quaritch, London. 9. Ibrahim Ismail. (1987). Sejarah Kedah sepintas lalu. Kedah: Jawatankuasa Penerbitan Univeristi Utara Malaysia. 10. Lamb, A. (1961). ‘The bases of glass vessels from Kedah and Takuapa Compared’. FMJ. VI. 11. Lamb, A. (1961). ‘Pengkalan Bujang: an ancient port in Kedah’, Malaysia in history, Vol. 7. No. 1. 12. Lamb, A. (1966). ‘Old Middle Eastern glass in the Malay Peninsula’, Essays offeres to G.H. Luce Vol. II (MCMLXVI). 13. Lamb, A. (1980). ‘Pengkalan Bujang: an ancient port in Kedah’. Dlm. Lembah Bujang, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. 14. Leong Sau Heng. (1980). Lembah Bujang. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. 15. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Kamaruddin Zakaria. (1993). ‘Recent archaeological discoveries in Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah’. JMBRAS, Vol. LXVI, Part 2, No. 265. 16. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Othman Mohd Yatim. (1992). Warisan Lembah Bujang. Kuala Lumpur: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia. 17. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. (1988). ‘Isu-isu arkeologi dan seni purba Lembah Bujang Abad 5-14 Masihi’ Dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman,et. al (edit), Sumbangsih Kumpulan Esei Sejarah. Bangi: Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. 18. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. (1999). ‘Kerajaan Melayu Tua di utara Semenajung’. Jurnal Arkeologi Malaysia. Kuala Lumpur: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia. 19. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. (2002). ‘Temuan artifak dari Lembah Bujang abad 5-13 Masihi dan hubungannya dengan temuan-temuan arkeologi dari tapak Barus Raya’. Dlm. Jurnal Arkeologi Malaysia, Bil 15. 20. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. (2008). Lembah Bujang dari perspektif arkeologi dan pelancongan. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu (UKM). 21. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. (2011). Kerajaan awal dan lokasi di Malaysia. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. 22. Nilakanta Sastri. (1949). The history of Srivijaya. India: University of Madras. 23. Othman Mohd Yatim. (1981). ‘Tembikar perdagangan (Trade Ceramics) yang dijumpai di Negeri Kedah dan kepentingannya dari segi sejarah awal Negeri Kedah’ Kertas Kerja Konvensyen Sejarah Negeri Kedah, 28 November-1 Disember, Alor Setar, Kedah. 24. Roland Braddell. (1980). ‘Most ancient Kedah’ Dlm. Lembah Bujang. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. 25. Siti Hawa Haji Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 26. Supian Sabtu. (2006). ‘Data arkeologi dan sumbangannya sebagai data sejarah: satu tinjauan terhadap kronologi zaman’. Sejarah, sumber dan pendekatan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 27. Treloar, F.E. & Fabris, G.J. (1975). ‘Evidence for the contemporary existence of two Kedah sites’. JMBRAS, Vol. XLVIII. 28. Wheatley, P. (1959). ‘Geographical notes on some commodities involved in Sung maritime trade’. JMBRAS, Vol. 32, Part 2. 29. Wheatley, P. (1961). The Golden Khersonese. Kuala Lumpur : University Malaya Press. 30. Wilkinson, R.J. (1937). ‘Further notes upon a study of ancient times in the Malay Peninsula’. JMBRAS. Vol. 15, pt.2. 31. Wolters, O.W. (1967). Early Indonesian commerce: a study of the origins of Srivijaya. New York: Cornell University Press. 32. Zakiah Harun. (1989). Asal-usul negeri-negeri di Malaysia. Singapore: Times Books International. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |