UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Akma Abd. Hamid
Title :Pengaruh kecerdasan emosi dan personaliti terhadap pencapalan akademik pelajar sekolah menengah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2011
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan menguji pengaruh kecerdasan emosi dan personaliti terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Kecerdasan emosi terdiri daripada lima konstruk iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, motivasi, empati dan kemahiran sosial. Faktor personaliti pula terdiri daripada ekstrovert, kerisauan, pemikiran tegas, tidak bergantung dan kawalan kendiri. Faktor demografi dalam kajian ini terdiri daripada jantina dan lokasi sekolah. Kajian ini menggunakan soal selidik kecerdasan emosi yang diubah suai dan dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan teori Goleman. Soal selidik personaliti menggunakan "The Sixteen Personality Factor Questionnaire (J 6FP) " oleh Cattell. Subjek kajian ini seramai 435 pelajar tingkatan empat iaitu 210 lelaki dan 225 perempuan. Data kajian dianalisis menggunakan ujian korelasi Pearson, ujian regrasi berganda (stepwise), MANOVA dan ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dan konstruk kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik. Faktor personaliti pula menunjukkan empat faktor signifikan dengan pencapaian akademik iaitu faktor kerisauan, faktor pemikiran tegas, faktor tidak bergantung dan faktor kawalan kendiri. Analisis regrasi berganda menunjukkan hanya faktor tidak bergantung dan kemahiran sosial signifikan dengan pencapaian akademik. Analisis ujian MANOVA menunjukkan jantina dan lokasi sekolah memberi kesan terhadap kecerdasan emosi dan faktor personaliti. Hasil daripada kajian ini mendapati pelajar perempuan mempunyai tahap kecerdasan emosi lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Lokasi sekolah pula menunjukkan pelajar yang bersekolah di bandar mempunyai tahap kecerdasan emosi lebih tinggi berbanding pelajar yang bersekolah di luar bandar. Faktor-faktor personaliti pula menunjukkan terdapat lima faktor signifikan dengan jantina pelajar dan tiga faktor signifikan dengan lokasi sekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.