UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Pau Kee
Title :Penggunaan teknik-teknik terapi kognitif tingkah laku (CBT) untuk menolong individu yang mempunyai trait keinginsempurnaan: satu kajian kes (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2010
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Trait keinginsempumaan merupakan konstruk personaliti yang melibatkan usaha untuk tidak cacat dan menetapkan piawai yang tinggi (Flett & Hewitt, 2002). Tujuan kajian ini adalah meneroka tahap trait keinginsempurnaan dan peringkat (skala) simptom kesihatan mental subjek. Kajian juga mengkaji sarna ada teknik teknik CBT berkesan untuk mengurangkan tahap trait keinginsempurnaan pada tiga domain (orientasi kendiri, orientasi orang lain dan penentuan sosial) dan simptom kesihatan mental negatif serta meningkatkan simptom kesihatan mental positif Lapan sesi rawatan intervensi berdasarkan teknik-teknik CBT telah diberikan kepada seorang subjek kajian. Data ujian pra dan ujian pasca dikumpul dengan menggunakan instrumen Sistem Pemetaan Minda dan Skala Keinginsempurnaan Multidimensi. Data kualitatif daripada transkrip sesi kaunseling individu dan sesi temu bual separa berstruktur juga dianalisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik-teknik CBT iaitu teknik guided discovery, teknik rekod pemikiran disfungsional, teknik menstruktur semula kognitif dan teknik relaksasi adalah berkesan dalam membantu subjek mengurangkan trait keinginsempurnaan dan simptom kesihatan mental negatif serta meningkatkan simptom kesihatan mental positif. Implikasi kajian ini telah memberi maklumat kepada pihak universiti. kaunselor dan juga bidang kaunseling berkaitan dengan trait keinginsempumaan dan simptom kesihatan mental pelajar universiti serta teknik-teknik CBT yang berkesan digunakan untuk membantu individu yang mempunyai trait keinginsempumaan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)