UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QA Mathematics
Main Author :Rossalmi Mohd Nawi
Title :Penguasaan domain kognitif aras tinggi dalam Matematik TIMSS murid tahun empat dan korelasinya dengan perlakuan metakognitif (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian kuantitatif berbentuk analisis deskriptif dan inferensi ini adalah untuk melihat tahap penguasaan domain kognitif aras tinggi dalam matematik TIMSS murid tahun empat dan korelasinya dengan perlakuan metakognitif. Sampel terdiri daripada 125 orang murid tahun empat dari empat buah sekolah FELDA, di daerah Raub, Pahang. Dua instmmen digunakan iaitu yang pertama ialah Set Soalan Domain Kognitif Aras Tinggi Matematik TIMSS, mengandungi 40 item domain kognitif mengaplikasi dan menaakul, daripada sumber pentaksiran antarabangsa Matematik TIMSS 2011. Instrumen kedua ialah 20 item Soal Selidik Metakognitif yang dirujuk daripada Reliability And Validity Of A State Metacognitive Inventory. Data di analisis untuk mencari nilai peratus, min, ujian-t dan ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan domain kognitif aras tinggi matematik TIMSS dalam kalangan murid tahun empat adalah pada tahap lulus (35.20%), diikuti dengan tahap sederhana (32.80%), lemah (26.40%) dan cemerlang (5.60%). Didapati peratus murid perempuan yang berada pada tahap penguasaan cemerlang adalah lebih tinggi berbanding peratus murid lelaki. Bagi tahap penguasaan lemah, keadaan sebaliknya iaitu peratus murid lelaki adalah lebih tinggi berbanding peratus murid perempuan. Murid perempuan didapati lebih menonjol daripada murid lelaki dari segi penguasaan kognitif aras tinggi. Dapatan perlakuan metakognitif ialah murid tahun empat lebih mengutamakan aspek perancangan terlebih dahulu (M=3.03) yang berada pada tahap perlakuan sangat baik. Diikuti dengan strategi kognitif (M=2.87), pengesanan kendiri (M=2.85) dan kesedaran metakognitif (M=2.82) yang masing-masing berada pada tahap perlakuan sederhana. Murid perempuan mengutamakan aspek perancangan diikuti dengan strategi kognitif, kesedaran dan pengesanan kendiri. Murid lelaki juga mengutamakan aspek perancangan yang diikuti dengan aspek pengesanan kendiri, strategi kognitif dan kesedaran metakognitif. Terdapat hubungan korelasi yang sangat lemah antara tahap penguasaan domain kognitif aras tinggi matematik TIMSS dengan empat aspek perlakuan metakognitif iaitu kesedaran (r=0.260), strategi kognitif (r=0.222), perancangan (r=0.224) dan pengesanan kendiri (r=0.249). Bagi kajian lanjutan, dicadangkan agar melaksanakan kajian bagi taburan sampel yang lebih meluas merangkumi kawasan bandar dan luar bandar, untuk melihat perbezaan dapatan dari segi faktor kawasan, etnik dan taraf sosioekonomi murid.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)