UPSI Digital Repository (UDRep)

Perspektif pelajar terhadap persekitaran kelas Information and Communication Technology (ICT) di tiga buah sekolah menengah di Daerah Kulai

AVAILABLE Thesis 973 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perspektif pelajar terhadap persekitaran kelas Information and Communication Technology (ICT) di tiga buah sekolah menengah di Daerah Kulai
Type
Thesis
Main Author
Nurul Ain Hamim
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2008
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan utama penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengkaji ciri-ciri persekitaran kelas Information and Communication Technology (ICT) yang cuba dilihat dari perspektif pelajar. Untuk tujuan itu, soal selidik yang diadaptasi dari Darkenwald’s Adult Classroom Environment Scale (ACES) telah diedarkan kepada 109 orang pelajar di tiga buah Sekolah Menengah di Daerah Kulai. Pandangan pelajar terhadap Persekitaran Kelas ICT Sebenar (S) dan Persekitaran Kelas Ideal (I) cuba difahami melalui ketujuh-tujuh dimensi yang ada dalam ACES. Data dianalisis dengan menggunakan analisis frekuensi, perbandingan min (paired sample t-test dan one-way ANOVA) dan analisis regression. Paired Sample t-test digunakan bagi mencari perbezaan persepsi pelajar terhadap Persekitaran Kelas yang Ideal (I) dan Persekitaran Kelas Sebenar (S). Melalui analisis ini, kepuasan pelajar terhadap Persekitaran Kelas ICT mereka diukur melalui gap di antara ranking bagi Persekitaran Kelas Sebenar (S) dan Ideal. (I). Gap yang kecil menggambarkan kepuasan pelajar terhadap Persekitaran Kelas ICT mereka, begitu juga jika sebaliknya. Manakala statistik ANOVA digunakan untuk menentukan sekiranya faktor demografi seperti jantina, umur, bangsa, lokasi sekolah dan status-sosio ekonomi berperanan dalam mewujudkan perbezaan persepsi pelajar terhadap Persekitaran Kelas Sebenar (S) mereka. Analisis regression pula digunakan bagi mencari perkaitan bagaimana pandangan pelajar terhadap Persekitaran Kelas Sebenar (S) mempengaruhi persepsi mereka terhadap keseluruhan kualti pengajaran guru dan bimbingan dan tunjuk ajar guru dalam mengendalikan subjek ICT. Dapatan analisis paired sample t-test menunjukkan terdapat perbezaan persepsi yang signifikan bagi ranking Persekitaran Kelas Sebenar (S) dan Ideal (I) bagi ketujuh-tujuh dimensi. Namun, dapatan menggambarkan pelajar paling memerlukan Dimensi Pengaruh Pelajar, Jelas dan Berstruktur dan Pencapaian Matlamat Individu sebagai ciri-ciri yang diperlukan dalam persekitaran kelas mereka. Dapatan analisis ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan persepsi yang signifikan bagi beberapa dimensi dalam Persekitaran Kelas Sebenar (S) bagi pelajar yang berlainan jantina, bangsa dan umur. Pelajar lelaki dan perempuan serta pelajar yang berlainan bangsa menunjukkan perbezaan pandangan terhadap dimensi Orientasi Tugasan, Manakala Tingkatan 4 dan 5 pula berbeza pandangan terhadap Dimensi Pencapaian Matlamat Individu dan Pengaruh Pelajar. Hasil analisis regression yang dijalankan pula membuktikan hanya Dimensi Jelas dan Berstruktur, merupakan peramal yang signifikan dan berpengaruh dalam memberikan impak ke atas pandangan pelajar terhadap keseluruhan pengajaran guru. Bagi mencari perkaitan di antara dimensi-dimensi Persekitaran Kelas Sebenar (S) dalam meramalkan skor persepsi pelajar terhadap bimbingan dan tunjuk ajar guru ICT, dapatan kajian menunjukkan hanya Dimensi Jelas dan Berstruktur dan Pengaruh Pelajar merupakan peramal yang signifikan dalam analisis tersebut.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.