UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :RT Nursing
Main Author :Hishamuddin Ahmad
Title :Analisis item aneka pilihan dengan menggunakan teori respons item bagi peperiksaan akhir anatomi dan fisiologi diploma kejururawatan dan peramal pencapaian pelajar (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :The author has requested the full text of this item to be restricted.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menilai kualiti item-item aneka pilihan peperiksaan akhir Anatomi dan Fisiologi (A&F) yang merupakan subjek wajib kursus Diploma Kejururawatan menggunakan model 3-parameter logistik (3PL) Teori Respons Item (TRI). Kajian juga bertujuan menentukan peramal bagi pencapaian A&F melalui analisis soal selidik latar belakang akademik pelajar. Dalam fasa pertama, respons dikotomus daripada 1672 pelajar semester 1 sesi Julai-Disember 2012 dan 971 pelajar semester 1 sesi Januari-Jun tahun 2013 telah dianalisis berasaskan model 3PL TRI untuk menilai kualiti item serta kebolehan calon. Dalam fasa kedua, ujian-t dan regresi berganda stepwise telah dilakukan ke atas sampel seramai 530 daripada sesi Julai- Disember tahun 2012 dan 303 pelajar sesi Januari-Jun tahun 2013. Keputusan analisis menunjukkan bahawa secara keseluruhannya kualiti item dalam kedua-dua peperiksaan akhir A&F kurang memuaskan seperti yang ditunjukkan oleh nilai kebolehpercayaan skor theta yang rendah, ketidaksepadanan pola taburan antara kebolehan calon taburan kesukaran item, serta pengganggu yang lemah. Kesilapan penentuan kunci jawapan, kesilapan ejaan, serta pengganggu yang lemah yang dikesan berkemungkinan menyumbang kepada dapatan ini. Kajian juga mendapati bahawa pencapaian A&F calon yang berasal dari aliran sains SPM adalah lebih baik berbanding calon dari aliran bukan sains dan perbezaan adalah signifikan pada aras keyakinan 95 peratus. Gred SPM bagi subjek Biologi, Kimia, dan Bahasa Inggeris (bagi calon dari aliran sains) serta gred SPM subjek Sains (bagi calon dari aliran bukan sains) didapati merupakan peramal signifikan kepada pencapaian A&F. Kesimpulannya, aplikasi model TRI dalam analisis item telah berupaya memeriksa kelemahan ujian yang terdapat pada peringkat item dan calon. Maklumat empirikal yang diperoleh daripada analisis amat berguna bagi menambah baik kualiti ujian. Implikasi kajian menunjukkan perlunya diwujudkan sistem pembinaan dan verifikasi ujian yang lebih ketat menggunakan teori pengukuran moden TRI. Seterusnya, kajian juga mencadangkan keperluan untuk menyemak semula syarat kemasukan bagi program Diploma Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)