UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :GE Environmental Sciences
ISSN :2289-4470
Main Author :Ayob Nor Adilah, Zaini Masitah, Musa Noor Musfirah, Mohd Najib Sumayyah Aimi, Ismail Wan Ruslan,
Title :Kualiti air dan nutrien di Tanah Bencah BIOECODS, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Sistem Saliran Bio-ekologikal (BIOECODS) merupakan salah satu tanah bencah buatan yang berperanan dalam mengawal atur semua nutrien dan merawat kualiti air ribut. Kajian parameter kualiti air daripada setiap kolam dalam komponen ekologi BIOECODS bermula dari September 2014 hingga Februari 2015 melibatkan persampelan setiap dua minggu untuk mengenalpasti perubahan kualiti dalam sistem BIOECODS tersebut. Antara parameter kualiti air yang diukur di tanah bencah BIOECODS ialah jumlah pepejal terampai (TSS), nitrit-nitrogen (NO2-N), nitrat-nitrogen (NO3-N), dan ammonia-nitrogen (NH3-N). Parameter fizikokimia yang dikaji ialah kekeruhan, konduktiviti, jumlah pepejal terlarut, suhu, oksigen terlarut, dan pH. Hasil kajian menunjukkan kandungan TSS di stesen Wetpond (WP) adalah paling tinggi manakala stesen Recreational Pond (RP) pula adalah paling rendah. Di WP, kandungan TSS ialah 14.22 ± 5.58 mg/L dan di RP pula sebanyak 3.93 ± 1.60 mg/L. Sementara itu, kepekatan nitrit di stesen WP ialah 0.37 ± 0.013 mg/L dan di stesen RP pula ialah 0.09 ± 0.0065 mg/L. Kepekatan nitrat di stesen WP ialah 0.24 ± 0.19 mg/L dan kepekatan nitrat di RP ialah 0.060 ± 0.03 mg/L. Kepekatan ammonia di stesen WP pula ialah 0.19 ± 0.06 mg/L dan di RP ialah 0.14 ± 0.04 mg/L. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sistem tanah bencah BIOECODS memainkan peranan yang penting dalam mengawal atur nutrien dan mengekalkan kualiti air yang baik. Selain itu, BIOECODS juga berkesan dalam menapis air larian ribut dan air sisa buangan yang diterima dari seluruh kampus.

References
1. Ahmad Ismail & Ahmad Badri Mohamad (1992). Ekologi air tawar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Aminuddin, A. G., Nor Azazi, Z., Rozi, A., Lariyah, M. S., Lau, T. L., Mohd Fazly, Y., Wong, L. P., Khairul, R. A., Anita, A., & Chang, C. K. (2004). Garis panduan sistem saliran bio-ekologikal (BIOECODS) di Malaysia: Rekabentuk komponen BIOECODS. Pulau Pinang: REDAC, Kampus Kejuruteraan, USM. 3. APHA. (1999). Standard methods for examination of water and wastewater (19th ed.) Baltimore: Port City Press. 4. Barten, J. M. (1987). Stormwater runoff treatment in wetland filter: Effect on the water quality of clear water lake. Lake Reservoir Management, 3, 297-305. 5. Cole, G. A. (1993). Limnologi (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Gibson, C. E., Wu, Y., Smith, S. J. & Wolfe-Murphy, S. A. (1995). Synoptic limnology of a diverse geological region: Catchment and water chemistry. Journal of Hydrobiologia, 306, 213-227. 7. Gordon, N. D., Mc Mahon, T. A., & Finlayson, B. L. (1992). Stream hydrology: An introduction for ecologist. Chichester: John Wiley & Sons. 8. Gottschall, N., Boutin, C., Crolla, A., Kinsley, C. & Champagne, P. (2005). The role of plants in the removal of nutrients at constructed wetlands treating agricultural (dairy) wastewater, Ontario, Canada. Journal of Ecological Engineering, 29(2), 154-163. 9. Gregory, K. J. & Walling, D. E. (1973). Drainage basin form and process: A geomorphical approach. London: Edward Arnold. 10. Hamidi,A.A. (1999). Kejuruteraan kualiti air dan air sisa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. 11. Jabatan Alam Sekitar (2000). Malaysia environmental quality report 2000. Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 12. Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia. (2015). Data hujan. Diperoleh daripada http://infobanjir.water.gov.my/rainfall 13. Länderarbeitsgemeinschaft Wasser (LAWA). (1998). Assessment of the water structure of river streams in the Federal Republic of Germany-Chemical classification of water bodies. Berlin. 14. Linda Roziani, J., Zullyadini, A. R. & Wan Ruslan, I. (2013). Permodelan perubahan tanah bencah di lembangan sungai Setiu, Terengganu menggunakan logistik regresi dan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS). International Journal of Environment, Society and Space, 1(1), 75-97. 15. Manahan, S. E. (1994). Environmental chemistry. (6th ed.) Boca Raton, Lewis. 16. Mc Carty, P. L. & Haug, R. T. (1995). Nitrogen removal from wastewater by biological nitrification and denitrification. United State: Dept. Environmental Engineering Standford University, Standford, California. 17. Mohd Noor (2003). Status pengurusan kualiti air sungai Langat: Kajian kes dari Pangsun hingga ke West Country. Tesis Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia yang tidak diterbitkan. 18. Nor Azazi, Z., Aminuddin, A. G., Rozi, A., Lariyah, M. S. & Anita, A. (2003). Bio-ecological Drainage System (BIOECODS) for water quantity and quality control. Pulau Pinang: Kampus Kejuruteraan, USM. 19. Nurain, M., & Ang, K. H. (2015). Kualiti air Sungai UTM: Satu penilaian awal berpandukan enam parameter Indeks Kualiti Air. Malaysian Journal of Society and Space, 11(1), 107-115. 20. REDAC (2011). REDAC Profile: River Engineering and Urban Drainage Research Centre. Pulau Pinang: REDAC, Kampus Kejuruteraan, USM. 21. Sim, C. H. (2003). The use of constructed wetland for wastewater treatment. Malaysia, Wetland International. 22. Syafiq, S. & Khairul, R. A. (2013). Pengurusan dan penyelidikan sistem tanah bencah buatan dalam perawatan air larian hujan di USM, Kampus Kejuruteraan. Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC). Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal Ke-II (SKETMA). 23. Train, R. E. (1979). Quality criteria for water. London: Castle House. 24. Wan Ruslan, I., Mukhlish, M.G. & Zullyadini, A. R. (2009). Kesan aktiviti manusia ke atas kualiti air sungai Relau, Pulau Pinang semasa musim kering. Dlm Nasir Nayan (2009) (eds.). Persekitaran fizikal di Malaysia: Isu dan cabaran Semasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. (pp 159-175). 25. Wan Ruslan,I., Noor Azazi, Z., Aminuddin, A.G., Rozi, A.& Mashhor, M. (2008). Kajian fizikokimia, nutrien dan fungsi tanah bencah di dalam sistem saliran bio ekologikal (BIOECODS). Pulau Pinang: Kampus Kejuruteraan, USM. Laporan Geran Jangka Pendek USM. 26. Wan Ruslan, I., Siow, A. Y. & Ahyaudin, A. (2005). Water quality and chemical mass balance of tropical freshwater, Beriah Swamp, Perak. Jurnal of Teknologi, 43, 65-84. 27. Zakaria, N. A. (2003). Sistem Saliran Bio-ekologikal (BIOECODS). Pulau Pinang: REDAC, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)