UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HV Social pathology. Social and public welfare
Main Author :Noor Zulaika Zulkhifli Merican
Title :Keberkesanan visual foto penderaan kanak-kanak dalam memberi kesedaran dan mendidik masyarakat di Malaysia (IR)
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian penyelidikan ini meliputi kefahaman dan keberkesanan peranan komunikasi visual dalam menyampaikan mesej visual foto kepada masyarakat mengenai kegiatan penderaan kanak-kanak di Malaysia. Tujuan penggunaan visual foto digunakan adalah sebagai satu instrument dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya ibu bapa tentang penderaan kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini menggunakan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Model Kari Killen yang digunakan untuk menerangkan dunia kanak-kanak serta dunia kanak-kanak luar diubahsuai untuk berkait rapat dengan elemen seni dan prinsip rekabentuk yang sesuai tentang isu penderaan kanak-kanak. Sampel kajian melibatkan seramai dua puluh tujuh orang kanak-kanak yang didera dan lima orang pegawai psikologi di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Kajian lapangan dilakukan di enam buah negeri berdasarkan kepada bilangan kes dera tertinggi direkodkan sepanjang penyelidikan dilakukan. Manakala instrumen pemerhatian, temu bual, borang kaji selidik dan visual foto digunakan sebagai tatacara pengumpulan data. Dapatan data daripada temu bual, pemerhatian dan soal selidik serta visual foto digunakan untuk membangunkan enam poster berkaitan penderaan kanak-kanak. Enam keping sampel poster ini digunakan sebagai pameran kepada masyarakat terutamanya ibu bapa dalam memberi kesedaran tentang penderaan kanak-kanak di Malaysia. Kajian mendapati bahawa, medium visual foto yang digunakan sebagai pendekatan dalam menyampaikan mesej positif kepada masyarakat terutamanya ibu bapa, ianya juga memberi kesan emosi tentang penderaan kanak-kanak yang berlaku di Malaysia. Implikasi kajian menunjukkan visual foto perlu diperbanyakkan untuk menyampaikan mesej berkaitan penderaan kanak-kanak dalam usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)