UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Ancaman keselamatan merupakan antara perkara yang penting dan menjadi indikator terhadap penglibatan masyarakat dan individu dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Melalui beberapa kajian yang dijalankan di negara ini, menjelaskan bahawa setakat dan sehingga hari ini masih lagi belum ada model pengurusan risiko yang khusus yang dikeluarkan oleh pihak kementerian, sekolah, tenaga pengajar dan pensyarah sukan yang berkaitan dengan pengurusan risiko dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Mereka hanya menggunakan pengalaman yang sedia ada berdasarkan pembacaan dalam melaksanakan pengurusan fisiko. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap amalan pengurusan risiko kemudahan sukan dan rekreasi yang diuruskan oleh Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri (IBS) dan Kompleks Rakan Muda (KRM) di Malaysia. Pemilihan sampel daripada populasi adalah berjumlah (N=31) dengan perincian IBS (N= 15) dan KRM (N= 16) telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi melalui teknik-teknik analisis data yang spesifik seperti ujian-t, Multivariat Analysis of Variance (MANOVA) dan juga kaedah regresi berganda telah digunakan bagi melihat perbandingan di antara kompleks tersebut. Dapatan kajian menunjukkan, terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek amalan pengurusan risiko pelan kecemasan. Manakala dapatan kajian juga menunjukkan pelan kecemasan dan rekabentuk kemudahan merupakan faktor penyumbang utama amalan pengurusan risiko kemudahan. Kajian juga menunjukkan bahawa kompleks IBS negeri menunjukkan interpretasi tahap penarafan yang tinggi untuk proses pemeriksaan, prosedur penyelenggaraan, rekabentuk kemudahan, pengurusan program dan maklumat pengguna. Walau bagaimanapun kompleks rakan muda pula menunjukkan interpretasi tahap penarafan yang sederhana untuk kakitangan pengurusan, pelan kecemasan, pengurusan program, maklumat pengguna dan polisi insurans. Dapatan kajian ini, memberi panduan kepada pentadbir-pentadbir sukan agar sentiasa mengambil berat tentang amalan pengurusan risiko. Implikasi serta cadangan kajian telah dibincangkan agar dapat disesuaikan dengan situasi pengurusan kemudahan di Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |