UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Pantun merupakan satu khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Penyusunan pantun yang diolah dengan rapi dan disusun indah mengandungi seribu satu maksud yang amat mendalam, yang menjadi wadah dalam menyampaikan nasihat, sindiran, gurauan dan luahan perasaan. Dalam penciptaan pantun, masyarakat Melayu akan menggunakan simbol-simbol yang berada di sekeliling mereka. Salah satu simbol yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu ialah simbol alam, iaitu tumbuhan yang merupakan unsur terpenting dalam binaan pantun. Salah satu prinsip estetika sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh, iaitu ‘dunia luas yang dipadatkan’ digunakan untuk membincangkan simbol tumbuhan pertanian dalam pantun. Oleh yang demikian, objektif makalah ini untuk melihat sejauh mana prinsip ‘dunia luas yang dipadatkan’ sesuai diaplikasikan dalam menghuraikan makna tersirat daripada simbol tumbuhan pertanian dalam pantun. Selain itu, tujuan makalah untuk menganalisis simbol tumbuhan dalam pantun. Buku Pantun Melayu Bingkisan Permata (2007) yang diselenggarakan oleh Harun Mat Piah terbitan Yayasan Karyawan telah dipilih sebagai bahan kajian. Dapat kajian mendapati masyarakat Melayu mengungkapkan simbol tumbuhan yang terpilih dalam pantun dikaitkan persamaan dengan kelakukan manusia. |
References |
1. Al-Quran. (2007). Al-Quran dan terjemahannya. Kuala Lumpur: Pencetakan Zafar Sdn. Bhd.
2. Amarjit Kaur. (1991). Semenanjung Tanah Melayu abad ke-19: suatu tinjauan ekonomi dalamMasyarakat Melayu Abad Ke-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Amat Juhari Moain. (2008). Pemilihan kata dalam pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Arbaiyah Abdul Aziz. (2010). Simbolisme dalam motif-motif songket Terengganu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
5. Daille, F.R. (2002). Alam pantun Melayu- studies on the Malay pantun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Harun Mat Piah. (1996). Realiti dan kreativiti pantun Melayu dlm. Pantun manifestasi minda masyarakat. Selenggara oleh Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
7. Harun Mat Piah. (2007). Pantun Melayu bingkisan permata. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.
8. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia. (1990). Panduan pengeluaran sayur-sayuran. Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.
9. Ismail Saidin. (2000). Sayuran tradisional ulam dan penyedap rasa. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
10. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
11. Mohammad Isa Othaman. (1992). Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
12. Muhammad Affandi Yahya. (1995). Simbolisme dalam seni bina rumah Melayu Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
13. Muhammad Haji Salleh. (2006). Puitika sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
14. Omarudin Haji Asha’ri. (1961). Kajian pantun Melayu. Singapore: Malay Publishing House Ltd.
15. Robiah Sidin & Juriah Long. (1998). Nilai budaya masyarakat desa: kajian etnografi di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
16. Rukayah Aman. (1999). Buah-buahan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
17. Zainal Abidin Ahmad. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |