UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Nor Fauziah Kassim
Title :Keberkesanan modul pendidikan akhlak berdasarkan Surah Luqman terhadap pembentukan tingkah laku positif kanak-kanak: satu kajian kes di Kedah (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2018
Notes :Doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membina Modul Pendidikan Akhlak berdasarkan Surah Luqman (MPAL) berpandukan model reka bentuk pengajaran Dick, Carey dan Carey serta model pembinaan modul Sidek dan Jamaludin. Dalam konteks pembinaan akhlak, teori moral Kohlberg dan Piaget serta perspektif Al-Ghazali telah dijadikan asas teorikal kajian. Pada peringkat pembinaan modul, MPAL telah melalui proses kesahan kandungan oleh panel pakar bidang. Kajian ini juga untuk menentukan keberkesanan MPAL terhadap pembentukan tingkah laku positif kanak-kanak. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah dipilih. Pemilihan peserta kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan enam orang kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun. Peserta kajian dipilih daripada sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di negeri Kedah. Tiga jenis instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik, senarai semak pemerhatian, dan protokol temu bual separa struktur. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS dan Atlas.ti 8. Instrumen soal selidik menunjukkan kesahan kandungan adalah tinggi iaitu 0.92% dan nilai kebolehpercayaan instrumen iaitu pekali Cronbach’s Alpha ialah 0.896. Dapatan pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat empat tema utama yang muncul daripada peserta kajian iaitu tingkah laku berbuat baik kepada ibu bapa, rendah hati (tidak sombong), bersederhana, dan bertutur secara sopan. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan MPAL dapat membantu pembentukan tingkah laku positif dalam kalangan kanak-kanak di sebuah TASKA. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan MPAL dapat dijadikan sebagai panduan kepada pendidik awal kanak-kanak untuk mengajar pendidikan akhlak kepada kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)