UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Zaki Ismail
Title :Amalan pengajaran bidang ibadah dalam kalangan guru pendidikan Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina negeri Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran bidang ibadah dalam kalangan guru dan penguasaan ibadah dalam kalangan murid-murid Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) negeri Perak. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru dan 85 orang murid dari 10 buah SJKC di negeri Perak. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik kepada guru dan murid serta satu set ujian yang dijalankan kepada murid-murid Islam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Analisis data dalam kajian ini menggunakan kekerapan, peratus, min, ujian-t, ANOVA dan ujian korelasi Spearman. Pengumpulan data maklumat yang dikaji diperoleh melalui soal selidik dan dianalisis secara kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengajaran guru berdasarkan persepsi guru dan murid berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala penguasaan bidang ibadah murid berada pada tahap sederhana rendah. Ujian t dan ANOVA pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara penguasaan ibadah murid berdasarkan latar belakang demografi dari segi lokasi, jantina, sekolah agama, bangsa dan tinggal bersama. Ujian korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap sederhana antara amalan pengajaran guru dengan pencapaian penguasaan murid. Ujian korelasi juga menunjukkan bahawa elemen pengetahuan terhadap tahap murid, kaedah motivasi, keperibadian dan profesionalisme keguruan merupakan di antara faktor penguasaan murid dalam bidang ibadah. Kajian ini juga menunjukkan bahawa penguasaan murid dalam bidang ibadah di SJKC masih perlu diperbaiki. Manakala Guru Pendidikan Islam di SJKC perlu mempertingkatkan kaedah pengajaran ibadah, pengetahuan terhadap murid, kaedah motivasi serta mempunyai keperibadian dan profesionalisme keguruan agar penguasaan ibadah murid dapat diperbaiki. Implikasi kajian ini menentukan beberapa kaedah dalam pengajaran ibadah yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh Guru Pendidikan Islam di SJKC.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.