UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Siti Aisyah Mat Yusoff
Title :Pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2018
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Asajaya, Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak mudah yang melibatkan 442 orang pelajar tingkatan empat dari lima buah sekolah di daerah Asajaya, Sarawak. Responden kajian menjawab empat jenis soal selidik iaitu Career Related Parent Support Scale (CRPSS), Big Five Inventory (BFI), Participation Motivation Inventory (PMI) dan Career Decision- Making Self-Efficacy Scale- Short Form (CDMSE-SF). Data dianalisis menggunakan Ujian-t, Korelasi Pearson dan Regrasi Pelbagai. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan subskala sokongan ibu bapa iaitu galakan lisan dan sokongan emosi berdasarkan jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan motivasi intrinsik dan ekstrinsik berdasarkan jantina. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi mempunyai hubungan yang signifikan yang positif dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Analisis regrasi pelbagai menunjukkan sokongan ibu bapa dari segi emosi, personaliti keterbukaan dan motivasi intrinsik memberi sumbangan (31.9%) yang signifikan (p
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)