UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Mohd Sa'ad Fauziah,
Title :Hubungan kesediaan pendedahan kendiri kepada kaunselor dengan kesediaan ke bilik kaunseling dalam kalangan pelajar pendidikan khas (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Faculty Of Human Development
Year of Publication :2010
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kesediaan pendedahan kendiri kepada kaunselor dengan kesediaan ke bilik kaunseling dalam kalangan pelajar pendidikan khas. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang pelajar iaitu seramai 82 orang pelajar lelaki dan 68 orang pelajar perempuan. Dalam kajian ini, sampel kajian terdiri daripada kalangan pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam, Sekolah Menengah Taman Bunga Raya (1), Rawang, Sekolah Menengah Bukit Sentosa, Rawang, Sekolah Menengah Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu Dan Sekolah Menengah Kg Soeharto, Hulu Selangor. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah The Self-Disclosure Questoinnaire (Jourard & Lasakow, 1958) dan soal selidik Kesediaan Mendapat Pertolongan Kaunselor (Khor Shock Fen, 1995). Data yang telah diperolehi diuji dengan menggunakan kaedah Deskriptif, Pekali Korelasi Spearman dan Ujian Mann-Withney-U. Data tersebut dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) – Version 12. Hasil kajian mendapati seramai 102 orang bersedia membuat pendedahan kendiri kepada kaunselor. Manakala dari segi kesediaan ke bilik kaunseling, hanya seramai 111 orang yang bersedia ke bilik kaunseling. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara kesediaan membuat pendedahan kendiri kepada kaunselor dengan kesediaan ke bilik kaunseling iaitu r = .375**. Selain itu, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan kesediaan pendedahan kendiri kepada kaunselor berdasarkan jantina iaitu pada nilai Z = -.617, P = .537 , P > 0.05. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan kesediaan ke bilik kaunseling berdasarkan jantina iaitu pada nilai Z = -2.355 , P = .019 , P < 0.05. Implikasi daripada kajian membantu pengamal kaunseling mengetahui dan memahami bahawa salah satu faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar pendidikan khas untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah faktor pendedahan kendiri. Selain daripada itu, faktor jantina juga sebenarnya memainkan peranan dalam mempengaruhi kesediaan pendedahan kendiri dan kesedian untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam kalangan pelajar-pelajar pendidikan khas. Oleh sebab yang demikian, kaunselor perlu mengetahui faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh pelajar-pelajar pendidikan khas ini dalam mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)