UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Sriraj Durailimgam
Title :Tahap bawah sedar dan proses informasi ke arah peningkatan kognisi dalam penulisan karangan bahasa Melayu pelajar sekolah menengah (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2018
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan meneliti Tahap Bawah Sedar (TBS) dan proses informasi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu (BM) ke arah peningkatan kognisi pelajar sekolah menengah. Kaedah kualitatif dengan pendekatan Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada soalan berbentuk pendapat pelajar, soalan berbentuk pendapat guru dan analisis dokumen berbentuk penulisan karangan. Responden adalah terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan 4 yang menjawab soalan berbentuk pendapat pelajar, 2 orang guru yang menjawab soalan berbentuk pendapat guru dan 60 orang pelajar dari kategori pencapaian sederhana yang menjawab soalan analisis dokumen berbentuk penulisan karangan. Data dianalisis menggunakan pendekatan Hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar dari kategori pencapaian sederhana menghadapi beberapa masalah seperti kekurangan keyakinan ketika mencungkil maklumat daripada TBS dan proses informasi. Kekurangan keyakinan disebabkan oleh pengetahuan yang kurang tentang isu yang dikemukakan dan idea isi penulisan kurang relevan dengan format pemarkahan. Pelajar juga menghadapi beberapa masalah seperti kesukaran memberikan tumpuan ketika guru mengajar dan berasa bosan dengan teknik penghafalan karangan yang diajar oleh guru. Guru pula menghadapi masalah kekurangan kursus tentang penulisan BM, alat bantu mengajar dan kemudahan ICT yang tidak mesra pengguna. Kajian juga mendapati belajar dalam kumpulan, memperoleh maklumat daripada internet dan mengamalkan budaya membaca adalah langkah pelajar dalam mengatasi masalah ini. Guru menyatakan peningkatan bilangan alat bantu mengajar dan pengurusan kelas tambahan percuma untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Kesimpulannya, guru perlu menggalakkan proses berfikir untuk meningkatkan kognisi dan pencungkilan maklumat daripada TBS dan proses informasi. Implikasinya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran karangan BM secara menyeluruh bagi memastikan guru mengamalkan aktiviti ke arah peningkatan proses kognisi dan informasi daripada TBS dalam kalangan pelajar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)