UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Siti Rohaida Hashim
Title :Pembangunan dan keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran tajuk jatuh bebas dan gerakan luncuran dan keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2017
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan pengajaran inkuiri bagi tajuk jatuh bebas dan gerakan luncuran dan menilai keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar. Reka bentuk kajian kuantitatif ini ialah Reka Bentuk dan Pembangunan Modul. Bagi menilai keberkesanan modul, reka bentuk kajian ialah eksperimen. Pembinaan modul adalah berdasarkan model ADDIE. Kesahan modul diperolehi daripada dua orang pakar dengan mengambil peratus persetujuan kedua-dua pakar tersebut manakala kebolehpercayaan modul diperoleh melalui kajian rintis dengan menentukan ketekalan dalaman menggunakan pekali Alfa Cronbach. Keberkesanan modul terhadap pencapaian pelajar diuji menggunakan ujian-t. Kajian ini melibatkan keseluruhan populasi seramai 60 orang pelajar fizik program dua tahun di Kolej Matrikulasi Selangor. Mereka dibahagikan sama rata secara rawak ke dalam dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan rawatan. Dapatan menunjukkan purata peratusan persetujuan antara pakar ialah 78.35% manakala nilai Alfa Cronbach bagi kebolehpercayaan modul ialah 0.963. Analisis ujian-t sampel tak bersandar bagi ujian pasca menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dengan min skor pencapaian kumpulan rawatan mengatasi min skor pencapaian kumpulan kawalan. Analisis ujian-t sampel bersandar bagi kumpulan rawatan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan min skor pencapaian pelajar dalam ujian pasca mengatasi min skor pencapaian dalam ujian pra. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran tajuk Jatuh Bebas dan Gerakan Luncuran yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dan berkesan dari segi meningkatkan pencapaian pelajar. Implikasinya, penghasilan modul ini boleh dijadikan rujukan kepada pendidik kolej matrikulasi dan sebagai sumber pembelajaran kepada pelajar. Di samping itu, kaedah yang digunakan oleh penyelidik bagi membangun mengesahkan modul boleh dijadikan panduan kepada penyelidik dan pendidik untuk membina modul yang seumpamanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)