UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis genre dan akal budi yang terdapat dalam
peribahasa Melayu Sarawak. Reka bentuk kajian ialah kajian kepustakaan yang bertujuan untuk
mengenal pasti jenis peribahasa yang terdapat dalam beberapa buah buku
berdasarkan pendekatan induktif daripada aspek genre dan akal budi. Objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti jenis-jenis peribahasa, menjelaskan struktur peribahasa dan menganalisis akal
budi dalam peribahasa. Teori Peribahasa Za’ba dan Teori Semantik Geoffrey Leech
diaplikasikan dalam kajian ini. Teori Za’ba digunakan untuk menentukan jenis-jenis dan fungsi
peribahasa. Teori Leech menghuraikan jenis-jenis makna kiasan dan unsur-unsur akal budi. Data
kualitatif kajian dipungut berdasarkan temu bual dua orang informan yang merupakan penutur asli
Bahasa Melayu Sarawak. Kriteria pemilihan informan ialah tokoh rujukan yang berusia, berwibawa
dan berkearifan mengenai sastera lisan Melayu Sarawak. Salah seorang daripada informan ialah
penulis dua buah buku pantun Melayu Sarawak. Dapatan kajian kepustakaan dan temu bual
dengan informan mendapati 1,373 rangkap peribahasa Melayu Sarawak. Berdasarkan genre
ditemukan simpulan bahasa sebanyak 964 rangkap, pepatah atau bidalan 266 rangkap, perumpamaan 91
rangkap, nilai kepercayaan 46 rangkap dan pantun dua baris berima sebanyak 6 rangkap. Genre yang
paling dominan ialah simpulan bahasa, namun tidak terdapat peribahasa jenis perbilangan dan lidah
pendeta. Kajian juga mendapati aspek akal budi dalam peribahasa Melayu Sarawak menunjukkan pelbagai
tema dan makna yang muncul berkaitan dengan ilmu pengetahuan, falsafah, pemikiran, budaya,
pandangan hidup dan daya cipta. Implikasi penting kajian ini ialah 1,373 rangkap peribahasa itu
boleh diterbitkan, dijadikan artifak
sastera dan budaya serta sumber kajian tentang masyarakat Melayu Sarawak.
|
References |
Abang Yusof Puteh. (1997). The Malay Mind. Kuching, Sarawak: Shobra Publications Sdn. Bhd..
Abang Yusof Puteh. (1998)The Malays of Sarawak:A Socio-Political Portrait. Kuching, Sarawak:Shobra Publications Sdn. Bhd.
Abang Yusuf Puteh. (2005). A Profile of Sarawak Malays. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
Abang Yusuf Puteh. (2008). Adat Perkahwinan Orang Melayu Sarawak Edisi Kedua. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka..
Abdul Hadi W.M. (2006). Ta’wil:Relevansi Hermeneutika dalam Kajian Sastra Melayu di Indonesia dalam Jurnal Pangsura Julai –Disember 2006. Bilangan 23/Jilid 12 . Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam.
Abdul Hamid. (2001). Sirih Pinang dan Kebudayaan Melayu:Satu Kajian tentang Tepak Sirih. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu.
Abdullah Hassan. (1990). Kamus Simpulan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hussain. (1975). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Hassan & Mohd. Rasdi Saamah. (2012). Unsur Haiwan dalam Peribahasa Masyarakat Asli Suku Kaum Semai dalam Jurnal Pendeta. Jilid 3. Tanjung Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Hamid Ahmad. (1998). Buaya. Siri Haiwan Di Sekitar Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Ali. (2010). Ikan Yu, Fosil Hidup yang Mengerunkan?. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan. (2002). Koleksi Terindah Peribahasa Melayu:Edisi Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Alli Majang. Sempama Jako Iban. (1968).Kuching, Sarawak: Borneo Literature Bureau.
Aminudin Mansor. (2015). Akal Budi Melayu dalam Pantun dan Sajak. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
A.Aziz Deraman. (2001). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (Edisi Baharu). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. (1987). Malays in Its Sociocultural Context. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1992). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1996). Metaphors of anatomy as reflection of Malay cultural belief. dalam Jurnal bahasa jendela alam. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Azman Awang Pawi (Ed.). 2014. Wajah Melayu Sarawak:Rampaian Ilmu Budaya. Kuching, Sarawak: Yayasan Sarawak dan Kursi Nusantara, Institut Pengajian Asia Timur, Universiti Malaysia Sarawak.
Awang Hasmadi Awang Mois & Sanib Said (Penyunting). 1998. Masyarakat Melayu Sarawak: Himpunan Kertas Seminat Budaya Melayu II. Kuching, Sarawak: Yayasan Budaya Melayu Sarawak..
Azlina Abu Bakar@Mohd. (2005). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.
Bobbi DePorter dan Mike Hernacki. (1992). Quantum Learning:Unleashing the Genius in You. New York:Dell Publishing.
Ding Choo Ming. (2009). Beberapa Sifat, Asal Usul dan Kepengarangan Peribahasa Melayu dalam Jurnal Alam dan Tamadun Melayu. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ermi Dyah Kurnia. (2016). Metafora Binatang dalam Peribahasa Jawa dalam Journal of Linguistic Prasasti 23 Ogos 2016. Surakarta, Indonesia: Universitas Sebelas Maret.
F.R. Palmer. (2002). Semantics Second Edition. New York: Cambridge University Press..
Geoffrey N. Leech. (1981). Semantics: The Study of Meaning. London: Penguin.
Hamidah et.al. (2014). Petua, Pantang Larang dan Kepercayaan Tradisi. Wajah Melayu Sarawak, Rampaian Ilmu Budaya. Awang Azman Awang Pawi (Ed.). Kuching, Sarawak: Yayasan Sarawak.
Hamka. (2008). Lembaga Budi:Perhiasan Insan Cemerlang. Shah Alam, Selangor: Pustaka Dini Sdn. Bhd.
Hamka. (2009). Falsafah Hidup. Shah Alam, Selangor:Pustaka Dini Sdn Bhd.
Hamzah Hamdani & Jeniri Amir (Editor). 2003. Bahasa Melayu di Sarawak: Sejarah, Perkembangan dan Masa Depan. Kuching, Sarawak: Jawatankuasa Penerbitan Buku Khas sempena Sambutan Jubli Delima Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haris Santosa Nugraha. (2013). Peribahasa Sunda:Kajian Struktur, Semantik dan Psikolinguistik 24 April 2013. Jakarta: Universitas Pendidikan Indonesia.
Haron Daud(Peny.) .1994. Kesusasteraan Klasik:Manusia dan Kepercayaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional : Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Fauzy Yaacob. (2014). Kedudukan Orang Melayu Sarawak di Bawah Penjajahan British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Haji Musa. (2008). Hati Budi Melayu, Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Hashim Ismail. (2010). Hermeneutik:Reaksi Reformasi Kaum Muda. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hassan Ahmad. (2016). Bahasa dan Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Henry Guntur Tarigan. (1985). Prinsip-prinsip Dasar Sastra. Bandung: Penerbit Angkasa. Iman Budhi Santosa. (2016). Peribahasa Nusantara, Mata Air Kearifan Bangsa. Menteng, Jakarta: DPP PDI Perjuangan, Jl. Diponegoro.
Ishak Ramly. (1990). Perkembangan Peribahasa dalam Bahasa Melayu dalam Jurnal Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Janang Ensiring. (1995). Ungkapan Bahasa Iban –Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
James Danandjaja. (2002). Foklor Indonesia:Ilmu Gosip, Dongeng dan Lain-lain. Jakarta: Penerbit PT Pustaka Utama Grafiti.
Keris Mas. (1998). Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laurent Metzger. (2009). Nilai-nilai Melayu: Satu Sudut Pandangan Orang Luar. Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Lim Kim Hui. (2003). Budi as the Malay Mind: A philosophical Study of Malay Ways of Reasoning and Emotion in Peribahasa. Jerman: University of Hamburg.
Marlyna Maros et al (Ed.). 2012. Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mary Fatimah Subet dan Salbia Haji Hassan. (2014). Rahsia Kebahasaan Melayu Sarawak: Analisis Implikatur dalam Wajah Melayu Sarawak. Rampaian Ilmu Budaya. Kuching:Yayasan Sarawak.
Md Salleh Yaapar et al (Penyusun). 2015. Kamus Kesusasteraan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Mohd. Ali Salim. (2015). Dialek Melayu Sarawak:Perkataan, Ayat dan Perbualan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Mohd. Azmi Ab. Rahman. (2004). Kesusasteraan Melayu: Dimensi bahasa dan pemikiran. Penerbit Uinversiti Utara Malaysia, Sintok.
Mohd. Rosli Saludin. (2016). Puisi Warisan Kita. Kuala Pilah, Negeri Sembilan: Persatuan Aura Anak Seni.
Muhammad Haji Salleh (Ed.). 2012. Pandangan Dunia Melayu: Pancaran Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhamad Fadzllah Hj Zaini dan Nazrul Muhamin Abdul Aziz. (2016). Meneroka dan Menelusuri Aplikasi Media Interaktif Perambahan Brunei. Makassar: Prosiding Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah dan Budaya Kali ke-5. 26 – 28 Julai 2016.
Muhammad Rakawi Yusuf (Pengkarya asal). 2009. Hikayat Sarawak. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Napisah Muhammad. (2014). Bentuk Kata dan Golongan Kata. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noresah Baharom (Ketua Ed.). 2015. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaludin.(1992). Semantik dan Pragmatik:Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaludin. (2014). Semantik dalam Akal Budi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia..
Noriah Taslim. (2010). Lisan dan Tulisan: Teks dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Normaliza Abd. Rahim et al. (2012). Peribahasa melalui Aspek Nilai Murni Pelajar Korea. dalam Jurnal Pendeta Jilid 3. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Pokok Minda Sihat. 14 Mei 2018.
Raslie Saharan. (1988). Beberapa Aspek Kebudayaan Masyarakat Melayu Sarawak. Adat Resam Penduduk Sarawak. Kuching: Jawatankuasa Kecil Publisiti dan Filem Perayaan Ulang tahun ke-25 Sarawak Merdeka dalam Malaysia.
RJ Wilkinson. 1955. A Malay- English Dictionary. London: Macmillan..
R.J Wilkinson dan Richard Winstedt. (1957). Malay Grammar. Oxford:Clarendon Press.
Rukayah Aman. (2014). Buah-buahan Hutan di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Samekto, Cecilia G. (1994). Popular Proverbs. Yogyakarta: Penerbit Kansius.
Sanib Said. (2013). Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang. Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.
Shaiful Bahri Md. Radzi. (2005).Tradisi Lisan:Puisi. Persuratan Melayu Tradisional ke Moden. Shahlan Mohd Saman & Shaiful Bahri Md. Radzi (penyunting). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shamsul Amri Baharuddin.(2007). Budaya yang Tercabar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shellabear W.G. (1963). Kitab kiliran budi. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Sidek Baba. (2009). Fikir dan Zikir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sidek Hj. Fadzil. (1997). Dunia Melayu Sebagai Zon Kebudayaan Islam. Teori Sastera dan Budaya dalam Kajian Akademik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Zaleha M. Hashim. (2013). Siri Penghayatan Puisi Tradisional Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tenas Effendy. (1989). Ungkapan Tradisional Melayu Riau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
T. Fatimah Djajasudarma. (1999). Semantik 1:Pengantar ke Arah Ilmu Makna. Bandung: Penerbit PT Refika Aditama.
Yayasan Budaya Melayu Sarawak (Pengumpul). 1996. Petua-petua Melayu Sarawak Tradisional. Kuching: Yayasan Budaya Melayu Sarawak.
Yayasan Budaya Melayu Sarawak (Pengumpul). 2003. Budaya Melayu Dalam Realiti Baru: Esei Pilihan Seminar Budaya Melayu Sarawak III. Kuching: Yayasan Budaya Melayu Sarawak.
Wilkinson, R.J. (1907). Papers on Malay subject 1:Malay literature. London: Luzac & Co.
W.J.S. Poerwadarmita. (1976). Kamus Umum Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka.
W. Mieder. (1993). Proverbs are never out of season;Popular wisdom in Modern Age. New York: Oxford University Press.
W. Mieder. Proverbs: A handbook. (2004). London: Greenwood Press, Westport, Connectricut. London.
Wan Robiah Meor Osman et al. (2014). Adat Istiadat dalam Masyarakat Melayu Sarawak dalam Wajah Melayu Sarawak. Rampaian Ilmu Budaya. Awang Azman Awang Pawi (ed.). Kuching:Yayasan Sarawak.
Wong Shia Ho. (2013). Bahasa Figuratif sebagai Wahana Pemikiran:Satu Analisis Pragmatik dalam Jurnal Bahasa Jilid 13 Bil. 1.Jun 2013. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Kling. (1998). Ciri-ciri Melayu Sarawak dan Pembangunan. Himpunan Kertas Seminar Budaya Melayu Sarawak II. Kuching: Yayasan Budaya Melayu Sarawak.
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 1962. Ilmu Mengarang Melayu (Cetakan kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). (2002). Ilmu Mengarang Melayu, Edisi Ejaan Rumi Baharu (Dengan Pengenalan oleh Asmah Haji Omar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 2007. Perangai Bergantung pada Diri Sendiri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 2000. Pelita Bahasa Melayu, Edisi Baharu (Penggal III:Bab IX). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 2009. Mencapai Keluhuran Budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaitul Asma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011). Bahasa dan Pemikiran dalam Peribahasa Melayu. Online Journal of Language Studies, 11 (3). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |