UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Proses penciptaan sebuah karya bermula daripada pengalaman batin pengarang melihat kehidupannya dari aspek sosial, budaya, politik, ekonomi, keagamaan, moral, mahupun gender. Lantaran itu, hasil penulisannya itu yang sering kali diwarnai dan didasari oleh oleh sikap, latar belakang dan keyakinan dan kepercayaan pengarang itu sendiri. Salah satu aspek yang menarik untuk kita kaji dalam karya yang dihasilkan ialah kehadiran watak dan perwatakan wanita. Kajian ini bertitik tolak daripada kesedaran bahawa karya-karya sastera oleh pengarang lelaki sering menggambarkan wanita dengan tidak adil. Oleh itu, penelitian ini cuba menyelami sejauhmana pendirian ini menonjol dalam karya Re. Karthigesu dan melihat adakah kebenaran dalam tanggapan seumpama ini. Di samping itu, kajian ini juga cuba mendekati watak dan perwatakan wanita dalam novel Anthima kaalam membuktikan bahawa wanita mempunyai imej, pengalaman, suara, keinginan, wawasan, bahasa dan budaya mereka yang dicemari oleh ketidakadilan. Dalam novel ini terdapat tujuh watak wanita. Watak tersebut ialah Janaki, Radha, Annapurani, “Attai”, Ibu Sivamani, Mother Maggie dan Ibu Janaki. Kajian ini akan dikupaskan menggunakan tujuh watak ini dengan merujuk kepada latar cerita dan kedudukan mereka dalam garapan plot cerita ini. Untuk itu, lima manifestasi yang telah dikemukakan oleh Mansour Fakih (2002) akan digunakan sebagai landasan untuk membicangkan ketidakadilan yang terpaksa ditempuhi oleh watak dan perwatakan wanita dalam novel ini. Re Karthigesu jelas lebih selesa untuk membela watak-watak lelakinya berbanding watak wanita. Nampaknya dalam membina perkembangan ceritanya, Re. Karthigesu memilih untuk melihat wanita sebagai golongan yang menjadi pelengkap sahaja kepada dunia lelaki. Lantaran itu watak-watak wanita tersebut terikat dan tenggelam dalam nilai-nilai konvensional yang membentuk tanggapan pengarang. |
References |
1. Azlinda Abdul Aziz. (2002). The Image of Women in work of Zaharah Nawawi. (Citrawanita dalam karya Zaharah Nawawi). (Unpublished Undergraduate Thesis). University Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. 2. Membunga@Siti Meriam Yaacob. (2010). Females in the work of Hamzah Hussin through the Perspective Critics of Feminist (Wanita dalam karya Hamzah Hussin dari perspektif kritikan feminis). Penang: University Science Malaysia Publications. 3. Mansour Fakih. (2002). Analisis gender. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. 4. Holmes, J. (2001). An introduction to sociolinguistics. England: Pearson Education. 5. Mansour Fakih. (1996). Gender analysis and social transformation (Analisis gender dan transformasi social). Yogyakarta: Pustaka Pelajar. 6. Showalter, E. (1989). Speaking of gender. New York: Routledge. 7. Ramaiyah, M. (1996). Malaysia Tamil ilakkiya varaladdru kalanchiyam. Sehlam: Puratchi Pannai. 8. Norhayati Ab. Rahman. (2005). Women's literary fiction in Indonesian and Malaysian female author novels: A gynecological reading (Puitika sastera wanita dalam novelnovel pengarang wanita Indonesia dan Malaysia: Satu bacaan ginokritik). (Unpublished Doctoal Thesis). University Science Malaysia, Penang, Malaysia. 9. Karthigesu, R. (2013). Anthima kaalam. Kuala Lumpur: Uma Publication. 10. Ooi. E. L. (1996). Mutakhir Sharon Ahmad Novels, 1980s – 1990s: Gender relation studies (Novel-novel Mutakhir Sharon Ahmad, 1980an-1990an: Satu kajian perhubungan gender). (Unpublished Undergraduate Thesis). University Science Malaysia, Penang, Malaysia. 11. Krishnan Ramasamy. (2010). A stylistic analysis of Re. Karthigesu's novels. (Unpublished doctoral dissertation). University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. 12. Manonmani Devi. (2008). The image of women in novels of R. Karthigesu (Citra wanita dalam novel-novel R. Karthigesu). (Unpublished doctoral dissertation). University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. 13. Samenthe Karunanithe. (2005). Re. Ka:rththike:cuvin 'anhthima ka:lam' : o:r a:yvu. (Unpublished Scientific Training). University Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. 14. Saravanan P. Veeramuthu. (2018). Illness in life: A comparative study of Mahabbah and Anthima Kaalam Novel (Penyakit dalam perjalanan hidup: Kajian perbandingan novel Mahabbah dan Anthima Kaalam). Shahnon Ahmad Seminar Paperwork, 28 November 2018, University Sains Malaysia. 15. Tornstam, L. (1999). Gerotranscendence and Reminiscence. Journal of Aging and Identity. 4:155-166 16. Mansour Fakih. (1996). Feminism: Gender Discourse in Islamic perspective (Feminisme; Diskursus gender dalam perspektif Islam). Surabaya: Risalah Gusti. 17. Pama Periasamy, P. (2014). Gender Stereotype in Selected Novels of Ramani Chandran (Stereotaip gender dalam novel terpilirh Ramani Chandran). (Unpublished Undergraduate Thesis). University Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. 18. Cameron, D. (1985). Feminism and linguistic theory. London: Macmillan. 19. Amida Abdulhamid. (2000). Fate and Time: Image of women in short stories (Takdir dan waktu: Citra wanita dalam cerpen). In Ahmad Kamal Abdullah and Siti Aisah Murad (eds.). Image of Women in Malay Literature 1930s – 1990s (Citra wanita dalam Sastera Melayu 1930-1990). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |