UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Media sosial merupakan trend terkini perkembangan teknologi komunikasi yang
membolehkan manusia berhubung serta mendapatkan maklumat dalam masa yang singkat dan perkembangan
teknologi ini dilihat mempengaruhi gaya hidup kita dari pelbagai aspek. Kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh media sosial terhadap tingkah laku penyelewengan
seksual dalam kalangan remaja Melayu. Seramai 317 orang pelajar tingkatan empat, lelaki
dan perempuan dari daerah Manjung Perak terlibat dalam kajian ini. Satu set soal
selidik berskala Likert yang mengandungi 4 bahagian dan terdiri daripada 45 item
di gunakan. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach soal selidik adalah 0.83. Data
dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Kajian ini mendapati tahap penggunaan
media sosial dalam kalangan remaja Melayu adalah tinggi dengan nilai (min=4.03, s.p=1.22)
manakala tahap tingkah laku penyelewengan seksual dalam kalangan remaja Melayu adalah
rendah iaitu (min=1.88, s.p=0.58). Tujuan janji temu/dating dalam kalangan remaja Melayu
lebih menjurus kepada perbincangan mengenai masalah cinta iaitu (min=2.15 , s.p=1.14). Kajian
ini mendapati, terdapat hubungan yang signifikan di antara komitmen keagamaan dengan tingkah laku
penyelewengan seksual dengan nilai korelasi Spearman (r=0.182, p=0.001) di mana semakin tinggi
komitmen keagamaan semakin rendah tingkah laku penyelewengan seksual. Namun, kajian ini mendapati
media sosial tidak mempengaruhi tingkah laku penyelewengan seksual dalam kalangan remaja Melayu
dengan nilai (p=0.165, p>0.05). Sesuatu yang menarik dalam kajian ini, terdapat remaja
lelaki yang memiliki akaun media sosial untuk golongan gay dan terdapat remaja
Melayu mengadakan janji temu/dating bertujuan untuk melakukan maksiat atau membincangkan
mengenai hubungan seks. Implikasi kajian ini menunjukkan kesedaran serta pegangan agama yang kuat
dalam diri seseorang remaja akan membantu remaja tersebut untuk
menghindari diri dari terlibat dengan tingkah laku penyelewengan seksual.
|
References |
Al-Quran
Azizi Yahaya. (2014). Penyelewengan Tingkah Laku Remaja Punca Dan Rawatan (1st ed., Vol. 2). Johor Bahru, Johor: Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia.
Azyyati Mohd Nazim et al., (2013). Ciri-Ciri Remaja Berisiko: Kajian literatur. Islamiyyat, 35 (1), 111-119.
Bernama. (2016, November 10). Setengah Juta Anak Tidak Sah Taraf. MyMetro. Retrieved from https://www.hmetro.com.my/node/180793
Erna Dusra. (2017). Pengaruh Media Internet Terhadap Perilaku Menyimpang Remaja Di Sekolah Menengah Atas Negeri 1 Maros. Universitas Islam Negeri Alauddin Makassar.
Fah L. Y. et al., (2016). Pengenalan Kepada Analisis Data Dengan IBM SPSS Statistics 19 Dalam Penyelidikan Sains Sosial. Kota Kinabalu, Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Faizah Abd Ghani et al., (2014). Phenomena Of Love, Nafs and Illicit Sexual Behaviors Among Teenagers In South Malaysia. Procedia - Social And Behavioral Sciences, 143, 732-736.
Fatimah Omar. (2016). Bimbingan Untuk Wanita Hukum Aurat dan Hijab. Rawang, Selangor: Pustaka Ilmuwan.
Fuad Mohamed Berawi. (2017). Metodologi Penyelidikan Panduan Menulis Tesis (1?? ed.). Sintok, Kedah: UUM Press, Universiti Utara Malaysia.
Jan H. Kietzmann. (2011). Social Media? Get Serious! Understanding The Functional Building Blocks Of Social Media. Business Horizons,54, 241-251.
Janell L. Carroll. (2007). Sexuality Now Embracing Diversity (2?? ed.). California, USA: Thomson Higher Learning.
Jean Yves Frappier. (2008). Sex and Sexual Health: A Survey Of Canadian Youth And Mothers. Pediatrics And Child Health.
Khurana N. (2015). The Impact Of Social Networking Sites On The Youth. Journal Of Mass Communication And Journalism, 5(12).
Masmuri et al., (2016). Penyimpangan Seksual: Sebuah Interpretasi Teologi, Psikologi Dan Pendidikan Islam.
Mazulizam Ismail. (2016). Kesan Penyalahgunaan Media Sosial Terhadap Perubahan Sikap Pelajar Sekolah Menengah: Satu Tinjauan Literatur. Universiti Sultan Zainal Abidin.
Megan Landry et al., (2017). Social Media and Sexual Behaviour Among Adolescents: Is There A Link? JMIR Public Health And Surveillance,3(2).
Mohamad Faizal Mohammad. (2014). Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014. Gejala Hubungan seks Dalam Kalangan Pelajar: Satu Kajian Kes. Kota alu, Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
Mohd Ali Iksan. (2010). Pengaruh Budaya Hedonisme Di Kalangan Pelajar-Pelajar Islam: Kajian Di SMK Tengku Idris Shah, Kapar, Klang. Universiti Malaya.
Mohd Jamilul Anbia et al., (2019, April 26). Buang Bayi Setiap 3 Hari. MyMetro. Retrieved from https://www.hmetro.com.my/utama/2019/04/44891/buang- bayi-setiap-3-hari
Muhammad Apendy Issahak. (2018, September 5). Dirogol Kenalan WeChat. MyMetro. Retrieved from https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/354689/dirogol-kenalan- wechat
Naquiah Nahar et al., (2017). Impak Negatif Teknologi Moden Dalam Kehidupan Dan Perkembangan Kanak-Kanak Hingga Usia Remaja. International Journal Of Islamic And Civilizational Studies,87-99
Nasrudin Subhi et al., (2012). Hubungan Seksual Remaja: Antara Cinta Dan Nafsu. UKM Journal Article Repository, 7(1), 12-25.
Nor Jumawaton Shahruddin. (2018). Hubungan Pengaruh Rakan Sebaya, Estim Diri Dan Lokus Kawalan Dengan Sikap Terhadap Tingkah Laku Seksual. Akademika,88(2), 81-94.
Noraesah Baharom et al., (Ed.). (2016). Kamus Dewan (4?? ed.). Cheras, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan (2?? ed.). Shah Alam, Selangor: McGraw Hill Education.
Nurul Nafisah Mazlan. (2018, April 16). Ketagih Internet Perosak Generasi Muda. Kosmo Online. Retrieved from http://www.kosmo.com.my/k2/rencana- utama/ketagih-internet-perosak-generasi-muda-1.649983
Pallant J. (2010). SPSS Survival Manual: A Step By Step Guide To Data Analysis (4?? ed.). Berkshire, England: McGraw Hill Education.
Paranjothi Yanok Pakianathan. (2016). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Seksual Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Piaw C. Y. (2013). Asas Statistik Penyelidikan: Analisis Data Skala Likert (2nd ed.). Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.
Rajeev M.M. (2015). Effects Of Social Media On Social Relationships: A Descriptive Study On The Impact Of Mobile Phones Among Youth Population. International Research Journal Of Social Sciences,4 (2), 11-16.
Remaja Hamil Anak Luar Nikah. (2016, September 10). Utusan Online. Retrieved from http://m.utusan.com.my/berita/nasional/3980 -remaja-hamil-anak-luar- nikah-1.380841
Romlah Ramli. (2016). Sejauhmana Kebebasan Dalam Media Sosial: Peradaban Sosial Dan Privasi Dalam sempadan Keagamaan.
Roslee Ahmad. (2015). Kaunseling Tingkah Laku Seks Manusia (1st ed.). Johor Bahru, Johor: Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia.
Ruzieha Abd Halim. (2017). Penghayatan Agama Islam Sebagai Mediator Dalam hubungan Antara Persekitaran Sosial Dengan Salah Laku seksual Pelajar Islam. Universiti Teknologi Malaysia.
Sharon Scales Rostosky et al., (2014). The Impact Of Religiosity On Adolescent Sexual Behaviour: A Review Of The Evidence. Journal Of Adolescent Research,677-697.
Siti Aishah Yahya et al., (2016). Tahap Penghayatan Agama Dalam Kalangan Remaja Hamil Tanpa Nikah. In (Vol. 1, pp. 17-35).
Siti Ezaleila Mustafa. (2016). Penggunaan Laman Sosial Dan Impaknya Terhadap Hubungan Persahabatan Dalam Talian. Jurnal Komunikasi, 32(2), 65-81.
Siti Maimunah. (2016). Seminar ASEAN 2nd Psychology & Humanity Psychology Forum UMM. Hubungan Komitmen Beragama dengan Perilaku Seks Pranikah pada Remaja (pp. 407-411).
Siti Marhamah Kamarul Arifain et al., (2012). Faktor Risiko Dan Pelindung Terhadap Tingkah Laku Seksual Dalam Kalangan Pelajar Di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Personalia Pelajar, 15, 23-33.
Siti Norlina Muhamad et al., (2004). Pemupukan Akhlak Muslim Menurut Pandangan Ibnu Miskawayh. In (pp. 1-20).
Sohana Abdul Hamid. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial Masyarakat. Journal Of Social Sciences And Humanities, 1, 214-226.
Toni Ahlqvist. (2010.). Social Media Roadmaps: Exploring The Future Triggered By Social Media.
Utusan Online. (2019, April 18). Retrieved from http://m.utusan.com.my/berita/luar- negara/galak-pornografi-india-haram-tik tok-1.884390
Wan Noor Hayati Wan Alias. (2017, December 9). Banyak kes ugut gambar bogel tidak dilaporkan. BH Online. Retrieved from https:www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/361258/banyak-kes-ugut- gambar-bogel-tidak-dilaporkan
Wan Norina Wan Hamat et al., (2013). Pengaruh Media Massa terhadap Penampilan Akhlak Pelajar Islam Politeknik Malaysia. The Online Journal of Islamic Education,1(1), 17-20.
Wilga Secsio Ratsja Putri. (2016). Pengaruh Media Sosial Terhadap Perilaku Remaja. Prosiding KS: Riset &PKM, 3 (1), 47-51.
Zainudin Sharif et al., (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal Of Educations Psychology And Counseling,1, 115-140.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |