UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF Commerce
Main Author :Norshuhaida Mohamad
Title :Faktor-faktor kejayaan dan masalah dalam pengendalian perniagaan di kalangan usahawan wanita di dua buah daerah di negeri Kelantan (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan usahawan wanita bagi dua buah daerah di Negeri Kelantan. Kajian ini juga meneliti masalah yang dihadapi oleh usahawan wanita semasa mengendalikan perniagaan mereka. Reka bentuk kajian ialah kajian kuantitatif di mana maklumat dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Sampel adalah terdiri daripada 60 orang wan ita yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan di Kota Bharu dan Tanah Merah. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) 17.0 untuk mendapatkan maklumat kekerapan, peratusan dan min. Dalam kajian ini, Analisis Faktor digunakan untuk mendapatkan data yang lebih terperinci mengenai faktor kejayaan dan kegagalan usahawan wanita. Kajian menunjukkan terdapat lima faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan usahawan wanita iaitu faktor sikap, strategik perniagaan, pengurusan perniagaan, kemahiran atau pengetahuan dan penggunaan teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, kajian yang lebih komprehensif dengan sampel yang lebih besar perlu dijalankan sebelum sesuatu program atau dasar berkaitan dengan keusahawanan wanita hendak dilaksanakan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)