UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen-elemen keperluan, membangunkan Garis Panduan Guru
Untuk Pelaksanaan Amalan Zikir dalam Kalangan Kanak-kanak Bermasalah Tingkah laku Agresif serta
mengenal pasti maklumbalas guru terhadap kebolehgunaan pelaksanaan amalan zikir melalui garis
panduan guru ini. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah
pengumpulan data melalui analisis dokumen dan temu bual. Analisis dokumen melalui
kajian perpustakaan dibuat bagi mengenal pasti elemen-elemen keperluan dan mendapat
kesahan pakar mengenai kesesuaian elemen-elemen keperluan tersebut dalam membina
Garis Panduan Guru. Pakar yang dipilih terdiri daripada dua orang pakar dalam bidang
pendidikan awal kanak-kanak dan seorang lagi dalam bidang agama. Temu bual dijalankan
kepada tiga orang guru yang mengajar di sebuah tadika Islam yang mempunyai kira-kira 100 orang
kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun untuk mendapat maklumbalas guru mengenai
kebolehgunaan pelaksanaan amalan zikir dalam Garis Panduan Guru. Hasil dapatan temu bual
dianalisis menggunakan pendekatan bertema. Dapatan kajian mendapati elemen-elemen keperluan yang
sesuai untuk kanak-kanak adalah elemen Asmaul husna, surah dan zikir. Dalam
pembangunan Garis Panduan Guru, kalimah nama Allah dalam Asmaul Husna seperti Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Ya Rahman, Ya Rahim, surah-surah (al-Fatihah, al-Ikhlas dan al-Insyirah) serta zikir
berbentuk ulangan seperti Alhamdulillah, Allahuakbar, Lailahaillallah, telah disahkan oleh
pakar untuk dimasukkan ke dalam Garis Panduan Guru. Dapatan temu bual tentang
kebolehgunaan Garis panduan dengan guru menunjukkan Garis Panduan Guru ini mudah diikuti
dan kanak-kanak agresif didapati menunjukkan perkembangan tingkah laku memberi kerjasama terhadap
guru setelah pelaksanaan ini dijalankan. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan Garis
Panduan Guru ini telah memberikan kesan yang positif kepada tingkah laku kanak- kanak. Sebagai
implikasi kajian, diharap penggunaan Garis Panduan Guru ini dapat diperluaskan selepas ini bagi
membantu guru-guru di tadika-tadika lain mengawal
tingkah laku agresif kanak-kanak.
|
References |
Abdul Hafidz & Rusydi (2019). Konsep Dzikir dan Doa Perspektif Al-Qur’an. Jurnal Pendidikan dan Keislaman: Islamic Akademika
Abdul Halim Mohamad, Harun Baharudin, Ahmad Farhan Jusoh & Mohd Zulkifli Muda (2017). Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Melalui Kaedah Nasyid. The International Seminar On Islamic Jurisprudence In Contemporary Society (Islac 2017) ISBN: 978-967-0899-57-2
Abdul Qahar Sarwari & Mohammad Nubli Abdul Wahab (2018). The Relationship Between Zikr (Remembrance Of Allah), Heart Coherence And Intrapersonal Communication Among Muslim Postgraduate From Different Countries. Journal of Language and Education, 5(1), 110-123 (2018)
Adibah Sulaiman, Ezaad Azraai & Noorsafuan Noh. (2014). Islamic Environment in Child Development According to The Views of Imam al-Ghazali. Mediterraneran Journal of Social Sciences, Vol 5, No 29
Ahmmed, E. S. & Gadallah, M. A. (2017). Effectiveness of Violence Prevention Program on Aggressive Behaviors Among Preschool Children. Diperoleh pada Februari 25, 2019, daripada http://www.sciedu.ca/journal/index.php/jnep/ article/viewFile/10004/6523
Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Badariah Sani (2017). A Narrative Inquiry On Malaysian Parents’ and Caregivers’ Experiences in Detecting Autism, Seeking Interventions, Challenges and Adaptions. Selangor: International Islamic University Malaysia
Badariah Sani, Muhmad Wan Chik, Nadia Raslee & Mastura Badzis. (2017). A Narrative Inquiry of Malaysian Parents’ and Caregivers’ Experiences in Detecting Autism and Providing Interventions. Journal of Applied Environmental and Biological Sciences
Chua, Y.P. (2014). Kaedah Penyelidikan; Edisi Ketiga. McGraw Hill Education
Chua, Y.P. (2016). Kaedah Penyelidikan 1 (Kaedah & Statistik Penyelidikan). Kuala Lumpur: McGraw Hill
Conkbayir, M. & Pascal, C. (2014). Early Childhood Theories and Contemporary Issues: An Introdution. Bloomsbury Publishing
Derman, M. T. (2017). Early Childhood Education Teacher’s Strategies Use in Order to Prevent Aggressive Behaviors in Classes: The Case of Turkey. Diperoleh pada Februari 25, 2019 daripada https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ114754.pdf
DiPierro, M. A. & Brown, S. M. A. (2016). Managing Negative Behaviour in Children and Adolescents. Lawrence: University of Kansas
Eifring H. (2013). Meditation in Judaism, Christianity and Islam. Bloomsburry Publishing PLC
Elton-Chalcraft, S. (2015). Teaching Religious Education Creatively. New York; Routledge
Erikson, E. (1968). Identity, Youth, and Crisis. New York: Norton
Harrison, H., Birks, M, Franklin, R. & Mills, J (2017). Case Study Research: Foundations and Methadological Orientations. Forum: Qualitative Social Research, Vol.18, No. 1 Art. 19 (January 2017)
Haron Din. (2011). Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab. Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia
Hartini Taharudin, Atiqah Soleh, Shuhada Azmi, Farisah Mahyudin, Syahira Rosli & Nikmatusholihah Adnan. (2019). Mengenali Ketokohan Pemikiran Imam Al Ghazali Mengenai Manusia. Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019
Harun Baharudin (2017). Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Melalui Nasyid. Proceedings The International Seminar On Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (ISLAC 2017)
Idayu Idris. (2017). Emotional and Behavioural Problems Among Children: Issues and Trends in Malaysia. International Journal of Public Health Research Vol 7 No 2 2017
Indah Wulandari & Aty Huriyati. (2015). Anxiety’s level of bantenes patient’s: The Effect of Dhikr Therapy Before Surgical Procedure. International Journal of Research in Medical Sciences Wulandari I et al. Int J Res Med Sci.2015Dec;3( Suppl 1):S36-40
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatif. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia
Kamus Dewan Edisi Keempat. (4?? Ed). (2007). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka Kredo, T., Bernhardsson, S., Machingaidze, S., Young, T., Louw, Q., Ochodo, L., et al (2016). Guide to Clinical Practice Guidelines: The Current State of Play. International Journal for Quality in Health Care
Levine, L.E. & Munsch, J. (2018). Child Development From Infancy to Adolescence: An Active Learning Approach. SAGE Publications
Legard, R., Keegan, J. & Ward, K. (2003). In-depth Interviews In J. Ritchie & Lewis (Eds.), Qualitative Research Practice: A Guide for Social Science Students and Researchers. London: SAGE Publications Ltd
Lily Mustafa & Azhari Azman. (2013). Preschool Education in Malaysia: Emerging Trends and Implications for The Future: American Journal of Academics. ). 347-351
Mastura Badzis. (2016). Tingkah Laku Esktrem Petunjuk Masalah. Berita Harian Online. Diperoleh pada Februari 24, 2019 daripada https://www.bharian.com. my/node/224179
Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research and Case Study Applications in Education Revised and Expanded from case study in Research in Education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers
Mohamad Zaki Mohamad. (2012). Gaya Pembelajaran Yang Dominan Dalam Kalangan Pelajar di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru. Johor: Universiti Tun Hussein On
Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Syaubari Otman & Ahmad Yunus Kassim. Konsep Pengajaran Akidah Kepada Kanak-kanak Menurut Al-Quran dan Imam Al-Ghazali Berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Journal of Islamic Social Sciences and Humanities.Vol. 10 May (2017)
Mohd Syukri Zainal, Che Zarrina Saari & Syed Helmi Syed Rahman (2017). Cadangan Modul Zikir Untuk Amalan Kanak-kanak Autistik Muslim. Online Journal Research in Islamic Studies: Universiti Malaya Vol.4 No.2
Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad (2011). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Bekeperluan Khas. Pulau Pinang; Universiti Sains Malaysia Press
Muhammad Abdul Ghani (2010). Hajat Untuk Rawatan, Pelindung dan Doa – Al- Quran Sebagai Penawar, Pelindung dan Doa-doa Untuk Keperluan Harian: Kuala Lumpur: Darul Nu?man
Muhammad Jauzah Soffwan (2000). Amalan Zikir dan Doa Harian. Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Muhammad Nubli Abdul Wahab & Aiman Atta (2015). The Study On The Effect Of Zikir Protocols Training Towards Performance of Heart Rate Variability (HRV) And Academic Achievement Among Secondary Schools Students. International Journal of Computer Applications (0975 – 8887), Volume 117- No. 1, May 2015
Muhammad Thalib. (1999). 40 Peranan Ibu Bapa Mithali. Kuala Lumpur: Darul Nu?man
Muhammad Thalib (2010). 20 Sifat Fitrah Anak. Kuala Lumpur: Darul Nu?man
Mukhamad Yasin (2015). The Concept of Dhikr According to Al-Ghazali and It’s Psychology Benefits. Semarang; State Institute of Islamic Studies (IAIN)
Mursyidah, M.M., Nor Atiah, I., Utaberta, N., Mohd Yazid, M.Y., Sumarni, I., Noor Fazamimah, A., et al (2015). Understanding Islamic Education For Pre- School Children in Malaysia. Journal of Advances in Environmental Biology, 120, 48-96
Nani Koralza Yaacob (2016). Kenapa Rezeki Tak Murah?. Selangor; Grup Buku Karangkraf
Newman, B.M. & Newman, P.R. (2015). Development Through Life: A Psychosocial Approach. (13th ed, pp 37). Boston; Cencage Learning
Newman, M.B. & Newman P.R. (2016). Theories of Human Developlent. (2nd Ed, pp213). New York, Press Psychology
Nik Asilah & Ghazali Darusalam. (2016). Terapi Ruqyah Syariah Dalam Modifikasi Tingkahlaku Murid Hiperaktif: Satu Perbincangan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Nik Asilah, Zagen Ganesan & Ghazali Darusalam (2016). Kesan Terapi Ruqyah Dalam Modifikasi Tingkahlaku Murid-murid ADHD. Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Noor Adeeba Mohd Dahlan. (2017). Tingkah Laku Agresif Awal Kanak-kanak. KPIJ Press,28
Norallah Juma (2017). The Purpose and Power of Dhikr (Divine Remembrance). Diperoleh pada Februari 24, 2019 daripada https://www.salmanspiritual.com/ DJ_sparks/dhikr_22.cfm
Nubli Wahab & Azham Rahman (2015). A Study of The Effect of Dzikir on The Psychology of Students With Disiplinary Problems Using Heart Rate Variability (HRV). International Journal in Management and Social Science (Impact Factor- 3.25) 2015;3Vol.03 Issue-03
Nurhafizah Lois (2010). Hubungan Antara Koflik Keluarga Dengan Hubungan Kekeluargaan Pelajar. Latihan Ilmiah Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim.
Nur Hidayah Ibrahim Star & Sharifah Norshah Bani Syed Bidin (2018). Terapi Bunyi Melalui Bacaan Al-Quran Dan Kesannya Terhadap Fizikal, Mental Dan Emosi Manusia. International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-18 September 2018. Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin
Nurshuhada Sabri, Wan Sharazad Sulaiman & Norulhuda Sarnon. (2018). Penerokaan Amalan Zikir Dan Perubahan Tingkah Laku Dalam Proses Kepulihan Penagihan Dalam Kalangan Penagih Bebas Dadah. Penerbit UKM Express
Othman Lebar (2014). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metode: Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Othman Mohamed (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Pasiska, M.A. & Takdir Alishaybana. (2020). Manusia dalam Pandangan Psikologi. Deepublish Publisher
Piaw, C.Y. (2014). Kaedah Penyelidikan; Edisi Ketiga. McGraw-Hill Education Sdn Bhd
Rashidah Rafie (2016). Buat Duit Dengan Tadika. PTS Publications
Rorlinda Yusuf, Noriah Mohd Ishak, Siti Aishah Hassan & Afifah Mohd Radzi. (2016). Kajian Jatidiri dan Tekanan Isu Sosio-emosi Dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat: Pusat Permata Pintar Negara: Universiti Kebangsaan Malaysia
Rosli Ilham (2016). Kanak-kanak Bawah 10 Tahun Jadi Pengedar, Penagih Dadah. Diperoleh pada Februari 24, 2019 daripada https://www.bharian.com.my/node /125092
Rozali Senik & Nubli Wahab (2015). A Pilot Study of The Effect of Zikir on The Performance Psychology Using Heart Rate Variability (HRV). Gambang; Universiti Malaysia Pahang
Rozali Senik, Nubli Wahab & Mardhiyyah Zamani. (2013). The Study of Heart Rate Variability (hrv) Biofeddback Through Zikr (Islamic Recitation) of High School Students (Abstrak). Proceedings of Malaysian Technical Universities Conference on Engineering & Technology (MUCET) No. Vol. RDU1103101, 1-3
Safiek Mokhlis. (2019). Pemupukan Kreativiti Kanak-kanak: Kajian Kes Amalan Pengajaran Kreativiti di Sebuah Tadika Islam. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Salmihah Mud, Fariza Sham, Manisah Ali & Zuliza Kusrin (2018). Kepentingan Pengajaran Al-Quran Untuk Perkembangan Psikologi Anak-anak Autisme. International Journal for Studies on Children, Women, Elderly And Disabled. Vol 4
Siti Aqilah Husin & Yusmini Yusoff. (2019). Pembangunan Fizikal Kanak-kanak Autistik Menurut Pendekatan Ilmu Islam dan Barat. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs. Vol 3
Siti Patonah Mohamad, Zukkifli Yusoff & Duriyyah Hasan. Terapi Bunyi Melalui Bacaan Al-Quran Bagi Masalah Emosi dan Kemahiran Motor Pertuturan Kanak-kanak Autistik. International Journal of Quranic Research, Vol 5, Issue 2
Siti Zaharah Ahmad, Lee Jun Choi & Sawan @ Mohammad Syawal Narawi. Efikasi Diri Guru Dalam Menangani Kanak-kanak Agresif di Pra-Sekolah: Satu Kajian Kes di Negeri Kedah Darul Aman. Journal of Education and Social Sciences , Vol.9, Issue 2
Siti Zarinah Sahib (2017). Anak Istimewa Celik al-Quran. Diperoleh pada Oktober 2, 2018 daripada https://www.hmetro.com.my/hati/2017/10/270216/anakistimewa- celik-al-quran
Skinner, B.F. (1985). Cognitive Science And Behaviourism. British Journal of Psychology, 76; 292-301
Skinner, B.F. (1983). About Behaviorism. New York: Knopf
Skinner, B.F. (1984). Superstition In The Pigeon. Journal of Experimental Psychology, 38, 168-172
Sofiah, M., Kamarul, A.J., & Akmaliza, A. (2019). Teaching and Learning of Islamic Education Preschool Teachers In The Classroom: A Preliminary Study. Universiti Teknologi Malaysia
Syafrimen Syafril & Nova Erlina Yaumas. (2018). Menyiapkan Protokol Interview Memilih Informan dan Melakukan Probing dalam Penelitian Kualitatif. Indonesia: Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung
Tangsangwornthamma, C., Ahmad, N. & Rattanamongkolgul, S. (2015). A Qualitative Study on Belief, Perception and Health Effects on Standing Zikr Among Thai Muslims in Nakhon Nayok Province. Journal of Psychology Research, Vol 8, No 11
Tri Indriyanti, Khairil Ikhsan & Zulkifli Lubis. (2017). Etika Interaksi Guru dan Murid Menurut Perspektif Imam al Ghazali. Jurnal Studi Al-Qur?an, 11(2), 129-144
Wahyu Sapitri, Mugi Hartoyo & Wulandari M .(2015). Pengaruh Pemberian Terapi Dzikir Terhadap Penurunan Tingkat Kecemasan Pasien Pre Operasi Bedah Mayor di Rsud Ambarawa. Indonesia: Semarang
Walumoli, A. L. (2016). Influence of 5-8 Year Old Children’s Aggressive Behaviours On Their Educational Progress in Mwingi Central District, Kitui Couty Kenya. Kenyata University; Kenya
Weiten, W., Dunn, D. S. & Hammer, E. Y. (2016). Psychology Applier to Modern Life; Twelfth Edition. Boston; Cengage Learning.
Yeni Krismawati. (2014). Teori Psikologi Perkembangan Erik H. Erikson dan Manfaatnya Bagi Tugas Pendidikan Kristen Dewasa Ini. Jurnal Teologi dan Pendidikan Agama Kristen, Vol. 2, No. 1
Yusuf Al-Qaradhawi. (2013). Fiqh Jihad. Selangor; PTS Islamika Sdn Bhd Zaiton Mustafa, Hishamuddin Salim, Hafizah Abdullah, Mursalina Azmy, Nurazan
Rouyan & Zanirah Wahab. (2017). Parent’s Perception and Expactation of Islamic Private Preschool Education in Malaysia. Journal of Education and Social Science, 1, 5-9
Zaleha Hasbullah (2015). Tingkah Laku Bermasalah dalam Kalangan Pelajar Orang Asli di Sebuah Sekolah Menengah. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Zanariah Isa & Kamarul Mat Teh (2017). Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanakkanak Tadika Yayasan Islam Terengganu. Malaysian Online Journal of Education Vol. 1, No.1 (2017), 36-44
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |