UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kepentingan alat bantuan pendengaran kepada pelajar-pelajar bermasalah pendengaran tidak pernah di pertikaikan oleh mana-mana pihak. Pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaan alat bantu dengar dikalangan pelajar-pelajar khas bermasalah pendengaran memberi kesan yang mendalam dalam proses pembeiajaran pelajar-pelajar bemiasalah pendengaran. Keberkesanan penggunaan alat bantuan pendengaran di kalangan pelajar-pelajar bermasalah pendengaran masih kurang diberi perhatian. Alat bantuan pendengaran yang digunakan di sekolah tidak di manafaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar bemiasalah pendengaran Kajian ini melibatkan 60 orang yang guru yang mengajar di kelas bermasalah pendengaran di Sekolah Pendidikan Khas dan Integrasi negeri Perak. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik dan temu bual. Skor tersebut dikira dalam bentuk peratusan dan min. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru pendidikan khas bermasalah pendengaran mempunyai kemahiran yang mencukupi dan sanggup untuk mengendalikan penyelenggaran secara asas alat bantuan pendengaran pelajar-pelajar bermasalah pendengaran. Walau bagaimanapun, pihak sekolah ataupun pihak kementerian perlu mengujudkan secara formal program pemereksaan alat bantuan pendengaran yang sistematik dan berkala disekolah. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |