UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :P Philology. Linguistics
Main Author :Mohamad Ariff,
Title :Analisis kesesuaian pemilihan teks bagi genre cerpen dan novel komponen sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2009
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesesuaian pemilihan teks cerpen dan novel Komsas dalam pengajaran Bahasa Melayu seterusnya menyenaraikan ciri-ciri pemilihan teks tersebut yang sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran. Kajian ini dilakukan di tujuh buah sekolah yang terletak di daerah Kuantan, Pahang dan seramai 55 orang responden telah dipilih untuk memberi maklumat kajian ini. Dalam kajian ini, bab pertama membincangkan pengenalan berkaitan tajuk, latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi operasional. Bab kedua pula membincangkan sorotan literatur yang mengandungi tinjauan di luar negara dan di dalam negara. Bab ketiga membincangkan metodologi kajian yang menyentuh reka bentuk kajian, populasi kajian, alat kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data. Sementara bab keempat pula membincangkan analisis data latar belakang pelajar serta data soal selidik. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisisan Statistical Package for The Social Science (SPSS 16.0). Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, majoriti pelajar mempunyai minat dan persepsi yang positif terhadap pemilihan teks cerpen dan novel Komsas dalam pengajaran Bahasa Melayu. Selain itu, pelajar turut menyetujui pelaksanaan Komsas dalam pengajaran Bahasa Melayu serta menyetujui pengajaran guru dan penggunaan bahan bantu mengajar membantu mereka dalam pembelajaran Komsas. Dari segi pemilihan teks pula, pelajar lebih cenderung menggemari ciri-ciri teks yang mudah dan menarik, bermutu, mengandungi nilai murni dan popular. Akhir sekali ialah bab lima yang membincangkan hasil kajian, rumusan, cadangan, cadangan akan datang dan kesimpulan. Dalam bab ini, pengkaji telah memgemukakan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pelajar, guru, pihak sekolah, penerbit atau penulis dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meningkatkan pelaksanaan Komsas di dalam bilik darjah terutamanya dari segi pemilihan teks cerpen dan novel yang sesuai.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)