UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :H Social Sciences (General)
Main Author :Md Yassin Sopia,
Title :Projek kamus kerangka alternatif murid sekolah
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Faculty Of Science and Mathematics
Year of Publication :2003
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Sejak satu dekad kebelakangan ini, kajian-kajian tentang bagaimana mudd belajar sains telah dijalankan dengan meluas di seluruh dunia. Hasil kajian menunjukkan idea yang dibawa bersama murid ke kelas sains tidak selaras dengan pandangan saintis walau pun idea tersebut dianggap rasional oleh mudd. Dapatan kajian mengenai idea mudd ini menyebabkan ramai pendidik sains mengkaji semula pandangan mereka terhadap pembelajaran. Perspektif pembelajaran yang terkini tidak lagi melihat pembelajaran sebagai proses mengisi kepala murid yang diibaratkan seperti tin kosong atau sepan dengan ilmu pengetahuan. Proses pembelajaran juga tidak dibataskan kepada aktiviti mendapatkan idea dan pengetahuan baru semata-mata. Sebaliknya, pengiktirafan diberi kepada idea murid tentang dunia di sekeliling mereka. Idea murid terbentuk disebabkan naluri ingin tahu yang terdapat pada mereka secara semulajadi. Di peringkat kanak-kanak lagi, murid sentiasa inginkan jawapan untuk memahami objek atau fenomena alam yang diperhatikan. Melalui interaksi dengan persektirannya, mudd membentuk pelbagai idea menggunakan bahasa harian. Pendidik sains seperti Bell (1993) menyokong pendapat bahawa murid belajar dengan membina dan bukannya menyerap idea baru. Beliau menekankan bahawa murid juga menjana makna bagi apa yang dipelajari secara aktif menggunakan idea sedia ada mereka. Pendapat tersebut disokong oleh kenyataan berikut: The research of cognitive psychologists and science education over the past decade has shown that what children learn greatly depends on what they already know. Knowledge and understanding grow slowly, with each new bit of information having to be fitted into what was already there. (Howe and Jones, 1993: 9) 1 West dan Pines (1985) menjelaskan pandangan mereka tentang proses pembelajaran dengan mengenalpasti dua sumber ilmu pengetahuan. Sumber pertama dilabel dengan pelbagai istilah seperti idea naif, intuitif atau sains kanak kanak. Pengetahuan seperti ini menurut mereka, diperolehi daripada persekitaran murid. Faktor persekitaran seperti bahasa, budaya, fizikal, ibu bapa, rakan dan orang lain mempengaruhi pembentukan pengetahuan tersebut. Ciri utama pengetahuan ini ialah ia merupakan realiti bagi seorang murid, dipercayai benar dan murid didapati berpegang teguh pada idea mereka. Sumber pengetahuan yang kedua pula merupakan pembelajaran formal yang lazimnya berlaku di sekolah. Pengetahuan ini merupakan pentafsiran dan realiti orang lain tentang dunia dan dicirikan oleh autoriti, iaitu orang yang menyampaikan ilmu. Pembelajaran mengikut perspektif ini dilihat sebagai proses di mana murid cuba memahami input dari kedua-dua sumber pengetahuan. Ini bermakna terdapat interaksi antara pengetahuan sedia ada murid tentang dunia dan input pengetahuan dari orang lain seperti guru (West & Pine, 1983). Harlen (1997) juga melihat pembelajaran sebagai hasil interaksi secara fizikal atau lisan antara murid dengan dunia di sekeliling mereka. Apabila berdepan dengan pengalaman baru, murid akan menggunakan idea sedia ada mereka sebagai titik permulaan untuk membina sesuatu kefahaman baru dalam cara yang sama seperti seorang saintis dewasa. Eksplorasi dan penyiasatan selanjutnya memungkinkan murid dan saintis mengubah idea asal mereka. Proses ini berlaku apabila idea mereka diuji melalui bukti-bukti yang ada, dan membolehkan idea asal mereka ditolak atau diganti dengan idea baru yang lebih saintifik. Walau bagaimanapun kebolehpercayaan idea yang dibentuk atau dibina itu tidak semestinya lebih saintifk daripada idea asal. Idea tersebut akan hanya menjadi lebih saintifik sekiranya penyiasatan dan pengujian itu dilakukan secara saintifik iaitu melalui penggunaan kemahiran proses sains (Harlen, 1997). Guru yang sedar tentang kaedah belajar sains seperti ini akan membantu 2 pembentukan idea yang lebih saintifik dengan menyediakan pengalaman bersesuaian dan menanyakan soalan bagi mencungkil idea sedia ada murid. Kesemua pandangan yang dibincangkan melihat pembelajaran samada sebagai proses perubahan konsep, pembinaan dan penerimaan idea baru atau penstrukturan semula idea yang sedia ada. Ketiga-tiga pandangan itu menepati ciri-ciri pembelajaran yang konstruktivis. Salah satu perkara yang ditekankan dalam pembelajaran secara konstruktivisme ialah interaksi antara idea sedia ada mudd dengan pengalaman sen sod yang mereka alami dalam situasi yang melibatkan proses mental secara aktif. Andaian utama dalam konstruktivisme pula ialah murid membawa idea mereka sendiri ke kelas sains yang formal. Idea tersebut perlu dibentuk atau dibina supaya menjadi lebih saintifik melalui pengalaman yang aktif dan reflektif. Pandangan yang konstruktivis dan pembelajaran melalui perubahan konsep yang diketengahkan telah mencabar persepsi guru tentang cara pengetahuan dibina. Pendidik sains yang beranggapan bahawa pengetahuan sains boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk serba lengkap mempunyai persepsi yang bertentangan dengan teori konstruktivisme yang melihat pengetahuan sains sebagai sesuatu yang dibina oleh manusia. Konsep tentang tenaga misalnya, tidak wujud dalam alarn semula jadi tetapi merupakan idea yang dibina oleh saintis untuk membolehkan mereka memahami dunia di sekelilingnya. Dengan itu, guru perlu menukar pandangan mereka tentang proses bagaimana ilmu pengetahuan dibina sekiranya ingin mengamalkan pengajaran mengikut prinsip-prinsip konstruktivisme. Penekanan terhadap proses-proses sains seperti memerhati, meramal dan membuat inferens telah beralih kepada kefahaman konseptual murid sebagai komponen asas dalam pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. Perubahan ini berlaku kerana kajian tentang bagaimana murid belajar menunjukkan pendidik sains perlu memberi tumpuan yang sewajarnya terhadap idea murid. Istilah kerangka alternatif telah dipilih untuk melambangkan dan memberi pengiktirafan terhadap idea yang murid gunakan bagi memberi kefahaman tentang objek dan fenomena di sekeliling mereka
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.