UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Mohamed Nor Mariam,
Title :A qualitative case study of peer writing conference by a group of form four ESL students in a writing class (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2003
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini ialah untuk menyelidik setakat mana pelajar - pelajar (Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) boleh bekerjasama semasa Kelas Pembelajaran Proses Penulisan diadakan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat sarna ada mereka mengamalkan kemahiran pembelajaran secara koperatif. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar - pelajar tentang penulisan secara berkumpulan semasa pembelajaran proses penulisan ini dijalankan. Hasil daripada pemerhatian tersebut, kajian ini akan menyediakan satu analisis dalam bilik darjah secara terperinci tentang ciri - ciri dan persepsi pelajar terhadap proses ini. Untuk menjalankan kajian ini, rangka kualitatif digunakan dan data dikumpul daripada transkripsi perbincangan yang dirakamkan, melalui temubual, penulisan jumal dan refleksi dalam kumpulan. Kesemuanya terdapat lima sesi penulisan yang membincangkan lima buah topik sepanjang sembilan bulan kajian ini dijalankan. Analisa rangka penulisan berkumpulan adalah berdasarkan Mason (1996) dan Becker (1983) kerana kedua-duanya saling melengkapi. Di sini transkripsi daripada penulisan secara berkumpulan diterjemahkan kepada tiga jenis pembacaan: literal, interpretif dan refleksif. Bagi pembacaan jenis literal, aspek interaksi yang dibincangkan adalah berkaitan dengan bentuk, perkataan dan bahasa yang digunakan semasa urutan interaksi, bentuk struktur dialog dan kandungan literal. Pembacaan interpretif pula adalah berdasarkan kepada apa yang saya (penyelidik) fahami daripada interaksi penulisan berkumpulan, temubual, penulisan jurnal dan refleksi dalam kumpulan. Untuk tujuan pembacaan refleksif, laporan dan perbincangan yang dijalankan adalah berdasarkan kepada data yang dihasilkan dan diterjemah. Seterusnya, dengan menggunakan teknik Becker (1983), analisa deskriptif diperoleh melalui proses transkripsi, membuat pengkategorian, membentuk klasifikasi dan perkaitan bagi data yang dikumpul tentang interaksi penulisan berkumpulan. Hasil kajian menunjukkan bahawa para pelajar dapat berkerjasama sebagai sebuah kumpulan. Kemahiran bekerjasama dilihat dalarn tiga aspek iaitu: interaksi bersemuka, memproses idea secara berkumpulan dan kemahiran sosial. Manakala, aspek saling bergantungan secara positif dan akauntabiliti individu tidak dipamirkan. Merujuk kepada persepsi pelajar terhadap bekerjasama dalam kumpulan adalah positif, kecuali seorang pelajar mempunyai persepsi negatif.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)