UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Di era globalisasi dan kecanggihan teknologi maklumat yang melanda dunia, masyarakat semakin terdedah dengan perubahan semasa dan ancaman jenayah seperti ancaman keselamatan peribadi melalui aplikasi dalam talian seperti Facebook. Justeru, kajian ini membincangkan bentuk-bentuk ancaman keselamatan peribadi melalui Facebook dan penyelesaiannya di Malaysia. Facebook merupakan salah satu medium komunikasi masa kini yang paling popular di Malaysia serta mempunyai jutaan pengguna setiap hari sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Ianya bersifat mesra, mudah, cepat serta individu atau masyarakat boleh berkongsi segala aktiviti harian dalam bentuk status penulisan, gambar atau video kepada komuniti maya. Kajian ini bertujuan mengetengahkan bentuk-bentuk ancaman keselamatan peribadi yang bermula di Facebook, memberi kesedaran awam kepada masyarakat Malaysia sewaktu menggunakan Facebook dan memberi saranan terhadap langkah penyelesaian sebelum atau selepas berlaku penipuan di melalui media sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bagi mendapatkan data dan maklumat iaitu melalui Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati Facebook membantu manusia untuk berhubung, berniaga dan berkomunikasi. Namun begitu, ianya turut mempunyai kesan langsung terhadap keselamatan peribadi bagi individu, masyarakat mahupun organisasi menerusi ancaman jenayah siber, penipuan, kecurian data, eksploitasi dan kebocoran maklumat peribadi, penipuan cinta, fitnah, buli siber, pendorong masalah sosial remaja dan pasangan curang. Kajian ini dapat memberi sumbangan kepada kesedaran masyarakat awam untuk sentiasa berhati-hati semasa menggunakan Facebook, tidak sewenangwenangnya memberikan butiran peribadi kepada orang yang tidak dikenali serta memberi pendedahan kepada tindakan yang perlu diambil apabila menjadi mangsa penipuan. |
References |
Human security in theory and practice: Application of the human security concept and the united nations trust fund for human security. (2009). Human Security in Theory and Practice, Retrieved from www.scopus.com Adnan, M., Zobidah, S., Bolong, J., & Hayati, A. (2017). Analisis keselamatan siber dari perspektif persekitaran sosial: Kajian terhadap pengguna internet di lembah klang. Journal of Social Sciences and Humanities, 12(2), 016-029. Retrieved from www.scopus.com Ahlqvist, T., Bäck, A., Halonen, M., & Heinonen, S. (2008). Social media roadmaps. Social Media Roadmaps: Exploring the Futures Triggered by Social Media, Retrieved from www.scopus.com Bahri, L., Carminati, B., & Ferrari, E. (2018). Decentralized privacy preserving services for online social networks. Online Social Networks and Media, 6, 18-25. doi:10.1016/j.osnem.2018.02.001 Bajpai, K. (2000). Human security: Concept and measurement. Human Security: Concept and Measurement, Retrieved from www.scopus.com Basilisco, R., & Cha, K. J. (2015). Uses and gratification motivation for using facebook and the impact of facebook usage on social capital and life satisfaction among filipino users. International Journal of Software Engineering and its Applications, 9(4), 181-194. doi:10.14257/ijseia.2015.9.4.19 Brown, F., & Cefaratti, T. (2019). Big Tech Tyrants: How Silicon Valley’s Stealth Practices Addict Teens, Silence Speech and Steal Your Privacy, Retrieved from www.scopus.com Cross, M. (2013). Social media security: Leveraging social networking while mitigating risk. Social media security: Leveraging social networking while mitigating risk (pp. 1-328) doi:10.1016/C2011-0-09032-4 Retrieved from www.scopus.com Croteau, D., & Hoynes, W. (2000). Media/Society: Industries, Images, and Audiences, Retrieved from www.scopus.com Ezumah, B. A. (2013). College students' use of social media: Site preferences, uses and gratifications theory revisited. International Journal of Business and Social Science, 4(5), 27-34. Retrieved from www.scopus.com Fuad, F. (2019). JSJK rekod kerugian RM250 juta jenayah siber. Retrieved from www.scopus.com Fukuda-Parr, S. (2003). New threats to human security in the era of globalization. Journal of Human Development, 4(2), 167-179. doi:10.1080/1464988032000087523 Fullerton, R. (2011). The Impact of Sosial Media on Marketing Strategy, Retrieved from www.scopus.com Gasper, D., & Gómez, O. A. (2015). Human security thinking in practice: ‘personal security’, ‘citizen security' and comprehensive mappings. Contemporary Politics, 21(1), 100-116. doi:10.1080/13569775.2014.993906 Gierszewski, J. (2017). Personal security within the human security paradigm, security dimensions. International and National Studies, 23, 51-66. Retrieved from www.scopus.com Ilyas, S., & Khushi, Q. (2012). Facebook status updates: A speech act analysis. Academic Research International, 3(2), 500-507. Retrieved from www.scopus.com Kaur, H. (2013). Buli Siber: Apakah Buli Siber?, Retrieved from www.scopus.com Krishnan, M. (2018). Strategi Ketidaksantunan Bahasa Dalam Komen Malaysiakini, Retrieved from www.scopus.com Kumar, N., & Saini, G. (2013). Social networking sites and their security issues. International Journal of Scientific and Research Publications, 3(1), 1-5. Retrieved from www.scopus.com Lachenicht, L. G. (1980). Aggravating language: A study of abusive and insulting language. International Journal of Human Communication, 13(4), 607-688. Retrieved from www.scopus.com Lombardi, G. (2012). How to map out the perfect, integrated, online marketing strategy for your practice. Dental Economics, 102(61) Retrieved from www.scopus.com Lorrie, T. (2010). McGraw-Hill 36-Hour Course: Online Marketing, Retrieved from www.scopus.com Madiha Mohd Ilham, N., & Azul Mohamad Salleh, M. (2015). Isu privasi dan keselamatan dalam kalangan pengguna aplikasi media social. Journal of Social Science and Humanities, 10(2), 203-216. Retrieved from www.scopus.com Majid, M. A., & Hudin, M. S. Z. S. (2017). Perceraian rumah tangga di negeri selangor darul ehsan dan pendekatan menanganinya. Penyelidikan Dan Inovasi, 4(2), 285-303. Retrieved from www.scopus.com McGrew, A., & Poku, N. K. (2007). Globalisation, Development and Human Security, Retrieved from www.scopus.com Mustafa, S. E. (2016). Use of social media web and its impact on online friendships. [Penggunaan laman sosial dan impaknya terhadap hubungan persahabatan dalam talian] Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2), 65-81. doi:10.17576/jkmjc-2016-3202-04 Omar, W. A. W., & Teck, L. A. (2019). Malaysia Baharu 2018 (Buku Rasmi Tahunan Jabatan Penerangan Malaysia), Retrieved from www.scopus.com Pitchan, M. A., & Omar, S. Z. (2019). Cyber security policy: Review on netizen awareness and laws. [Dasar keselamatan siber malaysia: Tinjauan terhadap kesedaran netizen dan undang-undang] Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(1), 103-119. doi:10.17576/JKMJC-2019-3501-08 Portal, R. M. (2012). Gengsterisme, Retrieved from www.scopus.com Quan-Haase, A., & Young, A. L. (2010). Uses and gratifications of social media: A comparison of facebook and instant messaging. Bulletin of Science, Technology & Society, 30(5), 350-361. Retrieved from www.scopus.com Sahat, S., & Rosmin, R. R. (2019). Jangan biar hati anda di godam. Retrieved from www.scopus.com Salleh, M. A. M., & Ilham, N. M. M. (2017). The experience and awareness of adult users of surveillance issues in social media. [Pengalaman dan kesedaran pengguna dewasa terhadap isu pengawasan di media sosial] Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 502-514. doi:10.17576/jkmjc-2017-3301-33 |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |