UPSI Digital Repository (UDRep)

Penggunaan perisian permainan Tangram bagi membantu pemahaman konsep corak bentuk geometri dalam kalangan kanak-kanak

AVAILABLE Thesis 2175 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Penggunaan perisian permainan Tangram bagi membantu pemahaman konsep corak bentuk geometri dalam kalangan kanak-kanak
Type
Thesis
Main Author
Rozita Abidin
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan permainan Tangram bagi membantu pemahaman konsep bentuk asas geometri dari aspek pencapaian dan minat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Reka bentuk kajian adalah menggunakan eksperimen kuasi, iaitu kaedah permainan secara manipulatif bagi kumpulan kawalan dan kaedah permainan secara maya bagi kumpulan rawatan. Data pencapaian kanak-kanak dikumpulkan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca yang setara manakala data untuk pemboleh ubah minat dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian tingkahlaku. Seramai 60 orang kanak-kanak prasekolah telah dipilih sebagai sampel dan mereka telah diasingkan secara rawak kepada dua kumpulan setara, iaitu seramai 30 orang dalam setiap kumpulan, kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Perbezaan min pencapaian kanak-kanak dianalisis menggunakan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan walaupun pencapaian kedua-dua kumpulan menunjukkan peningkatan. Keputusan kajian adalah signifikan (t=5.095, p‹0.05) membuktikan bahawa terdapat peningkatan pencapaian kanak-kanak dalam pemahaman konsep bentuk asas geometri selepas rawatan dijalankan. Data yang dikumpul secara deskriptif mendapati seramai 30 responden kumpulan rawatan menyatakan mereka seronok semasa aktiviti Melukis Bentuk Geometri. Kedua-dua kumpulan menunjukkan minat yang tinggi semasa aktiviti Membentuk Robot. Ini menunjukkan permainan tangram sama ada secara manipulatif atau secara maya berjaya menarik minat kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka terhadap konsep bentuk geometri dalam permainan tangram. Implikasi kajian menunjukkan permainan tangram amat berkesan dalam menimbulkan minat dan berupaya meningkatkan pencapaian mereka. Pengkaji mencadangkan supaya proses pembelajaran bentuk geometri dalam kalangan murid sekolah rendah perlu menitikberatkan aktiviti permainan tangram.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.