UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :MT Musical instruction and study
Main Author :Siti Nuraishah Ab Jalil
Title :Pembangunan sukatan pelajaran gamelan Melayu berdasarkan kerangka sistem peperiksaan muzik bergred antarabangsa (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu berdasarkan kerangka sistem peperiksaan muzik bergred antarabangsa. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk melaksanakan kajian ini. Terdapat dua kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu dokumentasi dan temubual. Kaedah dokumentasi melibatkan sumber literatur yang berkaitan dengan tradisi Gamelan Melayu, silibus peperiksaan muzik berkumpulan badan peperiksaan muzik bergred dan sukatan pelajaran Gamelan Melayu di Institusi Pengajian Tinggi. Temubual telah dijalankan ke atas tiga orang informan yang merupakan tokoh, ahli akademik dan penggiat seni muzik Gamelan Melayu. Hasil daripada analisis data, terbentuk sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu bergred yang mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat awal (gred 1 dan gred 2), peringkat pertengahan (gred 3 & gred 4) dan peringkat atas (gred 5 & gred 6). Sukatan pelajaran yang dibangunkan terdiri daripada empat aspek utama iaitu gred, pengetahuan, kemahiran dan repertoir. Penilaian terhadap sukatan pelajaran yang dibangunkan telah diperoleh daripada seorang pakar. Penambahbaikan telah dilakukan terhadap draf sukatan pelajaran yang dibangunkan berdasarkan kepada komen dan maklum balas pakar. Sukatan pelajaran yang dibangunkan boleh dijadikan panduan bagi guru-guru dan tenaga pengajar untuk mengajar Gamelan Melayu secara terancang dan tersusun mengikut tahap-tahap tertentu. Hasil kajian ini dapat menjadi rujukan kepada usaha menubuhkan dan melaksanakan satu sistem peperiksaan muzik bergred Malaysia bagi meningkatkan standard muzik tradisional Melayu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)