UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pembelajaran interaktif bagi topik kegravitian semesta Newton dan mengkaji kebolehgunaan modul pembelajaran interaktif bagi topik kegravitian semesta Newton dalam kalangan pelajar Fizik tingkatan empat. Reka bentuk kajian ini adalah pembangunan yang berdasarkan reka bentuk model instruksional ADDIE yang terdiri daripada lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan untuk mendapatkan sampel seramai 52 orang pelajar Fizik tingkatan empat. Kajian ini menggunakan soal selidik kebolehgunaan yang mengandungi 21 item. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang penilaian kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan dengan menggunakan skala likert empat mata. Dapatan kesahan muka dan kandungan bagi modul ini adalah baik. Data dikumpulkan telah dianalisis melalui aplikasi SPSS dengan mengira nilai kekerapan, min (M) dan sisihan piawai (SP). Data yang dinilai oleh tiga orang pakar berdasarkan modul pembelajaran interaktif bagi Topik Kegravitian Semesta Newton adalah 100.0%. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul ini mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi dalam kalangan pelajar fizik tingkatan empat dari aspek kebergunaan (M = 3.59; SP= 0.501), kemudahan penggunaan (M =3.51; SP = 0.523), kepuasan (M = 3.60; SP = 0.495) dan kemudahan mempelajari (M = 3.44; SP = 0.574). Oleh itu, modul pembelajaran interaktif bagi topik kegravitian semesta Newton ini mempunyai tahap kesahan dan kandungan baik. Implikasi kajian ini menunjukkan Modul Pembelajaran Interaktif bagi Topik Kegravitian Semesta Newton boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah e-pembelajaran akan menarik minat pelajar untuk mempelajari topik ini dengan lebih ba |
References |
Al-Mobaideen, H., & Allahawiah, S. (2012). Factors Influencing The Effectiveness Of E-Learning Systems In The Educational Process (“Electronic Learning System") (Eduwave): Jordan Case Study. European Scientific Journal, 8(28), 2-10. Bing, W. A., & Jamaludin, K. A. (2021). Pembelajaran Dalam Talian (E-Pembelajaran) Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 408-414. Chin, L. C. & Effandi Zakaria. (2015). Effect of game-based learning activities on children‟s positive learning and prosocial behaviours. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(2), 159-165. doi:10.17576/jpen-2015-4002-08. Ghazali Darulsalam dan Sufean Hussin, (2018). Metadologi Penyelidikan Dalam Pendidikan. Ed.ke-2. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Harlina binti Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad (2017). Pembelajaran Interaktif berasaskan Aplikasi Kahoot dalam Pengajaran Abad ke-21. Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21. Institut Pendidikan Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. Latifah, Y. (2020). Pengembangan E-modul berbasis Creative problem solving (CPS) pada materi momentum impuls dan getaran harmonis Kelas X SMA/MA (Unpublised master dissertation). Institut Agama Islam Negeri Batusangkar. Jasin, Z. M., & Shaari, A. S. (2016). Keberkesanan Model Konstrukktivisme Lima Fasa Needham dalam Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 79-92. Kim, E., & Pak, S. J. (2002). Students do not overcome conceptual difficulties after solving 1000 traditional problems. American Journal of Physics, 70(7), 759-765. Koch, L. F. (2014). The nursing educator's role in e-learning: A literature review. Nurse education today, 34(11), 1382-1387. Mahzan bin Bakar, Norjoharuddin bin Mohd nor, Loh Koo Khuan, Maharom Mahmood, Mokelas Ahmad, Ami Zainir, Norhayati Mokhtar. (2001) Pembelajaran secara konstruktivisme. Pusat perkembangan kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. 3-18. Muhammad Rafie Bin Hamzah (2017). Kesediaan Pelajar Terhadap E-Pembelajaran: Kajian Terhadap Pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Muadzam Shah, Pahang. National Innovation and Invention Competition through Exhibition (ICompEx’17). Najib, H. M., Bakar, N. R. A., & Othman, N. (2017). E-pembelajaran dalam kalangan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi Selangor. Attarbawiy: Malaysia Online Journal of Education, 1. Nanang, J., Rahman, S., & Surat, S. (2021). Motivasi Menggunakan E Pembelajaran dan Pencapaian Sejarah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 454-464. Nasohah, U. N., Gani, M. I. B. A., Shaid, N. B. M. S., & Shaid, M. (2015). Model ADDIE dalam proses reka bentuk modul pengajaran: Bahasa Arab tujuan khas di Universiti Sains Islam Malaysia sebagai contoh. In Makalah disajikan dalam Proceedings of the International Seminar on Language Teaching tanggal (pp.4-5). Nurhasnah, N., Kasmita, W., Aswirna, P., & Abshary, F. I. (2020). Developing Physics E-Module Using “Construct 2” to Support Students' Independent Learning Skills. Thabiea: Journal Of Natural Science Teaching, 3(2), 79-94. Nordin, A. B. (1995). Penilaian Afektif. Kajang: Masa Enterprise. Nurdiansyah, M. S., Djudin, T., & Hamdani, H. Penggunaan Media Pembelajaran Ispring Suite 8.0 untuk mereduksi Miskonsepsi Peserta Didik. Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Khatulistiwa, 10(7). Omar, R., & AHMAD, J. H. (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e- Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik.Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 34(1), 155-172 Pathurohman, A & Susiloningsih, E & Arianti, Anissa, (2021). Physics module based on STEM problem based learning on Newton's motion law material for senior high school. Journal of Physics: Conference Series. 1869.012155.10.1088/1742-6596/1869/1/012155. Prihatiningtyas, S., Prastowo, T dan Jatmiko, B. 2013. Implementasi Simulasi Phet dan Kit Sederhana Untuk Mengajarkan Keterampilan Psikomotor Siswa pada Pokok Bahasan Alat Optik, Jurnal Pendidikan IPA Indonesia,(Online), 2(1): 18-22. Rosa, G. C., Cari, C., Aminah, N. S., & Handhika, J. (2018). Students’ understanding level and scientific literacy competencies related to momentum and impulse. In Journal of Physics: Conference Series 1097(1), 012-019. Rugelj, J., Jedrinovic, S., & Bevcic, M. (2018). A comprehensive model of a cooperative role playing game. Work in progress. Sugrah, N. U. (2020). Implementasi teori belajar konstrutivisme dalam pembelajaran sains. Humanika, 19(2), 121-138. https://doi.org/10.21831/hum.vl9i2.29274 Syahida Nadia Zakaria (2015). Kesan Pendekatan Konstruktivisme Dan Pendekatan tradsional Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran komponen sastera Bahasa Melayu. UKM Journal Article Respository. http://journalarticle.ukm.my/9857/ Tajularipin Sulaiman, Maria Chong Abdullah. (2004). Pendekatan kreatif dalam Pembelajaran Sains. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd. 3-40. Vighnarajah, Wong Su Luan & Kamariah Abu Bakar. (2008). The shift in the role of teacher’s in the learning process. European Journal of Social Sciences, 7(2). Waseso, H. (2018). Kurikulum 2013 Dalam Prespektif Teori Pembelajaran Konstruktivis. TA’LIM: Jurnal Studi Pendidikan Islam, 1(1), 59-72. https://doi.org/https://doi.org/10.29062/ta’lim.v1i1.632 Zuraidah Abdullah, Junaidah Mohamed Kassim & Qurratu’ Aini Adibah Ahmad Fazil. (2011). Pengujian Kebolehgunaan Perpustakaan Digital. Jurnal Teknolog Maklumat & Multimedia, 9(1), 71-82. http://ejournals.ukm.my/apjitm/article/view/1375 |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |