UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :final_year_project
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Nur Azreena Nor Azhar
Title :Analisis watak dan perwatakan Seri Rama dan Siti Dewi dalam Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2022
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk merungkai watak dan perwatakan karakter pasangan suami isteri di dalam Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan iaitu Seri Rama dan Siti Dewi. Selain itu, maksud bentuk, ukiran dan warna yang terdapat pada gambalan Seri Rama dan Siti Dewi dihuraikan. Watak Seri Rama dan Siti Dewi merupakan watak utama di dalam repertoire Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan. Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan merupakan sebuah persembahan seni warisan tradisional wayang kulit yang telah bertapak di negeri Kelantan dari zaman dahulu. Di Malaysia, repertoire Hikayat Mahraja Wana versi Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan digunakan dalam persembahan dan rujukan manakala di India menggunakan repertoire Ramayana versi Valmiki dalam persembahan. Terdapat beberapa perbezaan di antara Hikayat Mahraja Wana versi Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan dengan Ramayana versi Valmiki. Salah satunya adalah dari sudut bentuk, warna dan ukiran gambalan itu sendiri. Di dalam kajian ini, kaedah kajian kualitatif diaplikasikan untuk mengumpul data serta info bagi menyelesaikan permasalahan di dalam kajian. Teori Psikoanalisis digunakan bagi merungkai watak dan perwatakan Seri Rama dan Siti Dewi. Watak dan perwatakan mereka diklasifikasikan mengikut tiga aspek di dalam Teori Psikoanalisis iaitu Id, Ego dan SuperEgo. Oleh itu, hasil daripada pengaplikasian Teori Psikoanalisi di dalam kajian, perwatakan dua karakter tersebut dapat dikelaskan dengan terperinci. Tuntasnya, kajian ini telah memberi implikasi kepada para pengkaji untuk lebih mendalami watak dan perwatakan karakter di dalam Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan

References

(PDF) Psikoanalisis Sigmund Freud Dan Implikasinya dalam Pendidikan. (2018,

March 3). Retrieved from

https://www.researchgate.net/publication/323535054_Psikoanalisis_Sigmu

nd_Freud_dan_Implikasinya_dalam_Pendidikan

 

Agusalim, S. (n.d.). Walmiki. Ramayana Valmiki digubah dalam bahasa

Sansekerta - PDF Free Download. adoc.pub. https://adoc.pub/walmikiramayana-

valmiki-digubah-dalam-bahasa-sansekerta.html

 

Bin Othman, M. D., [Pak Dain]. (2011a). Wayang Kulit Melayu Tradisional

Kelantan : Suatu Perspektif (1st ed.).

 

Bin Othman, M. D., [Tok Dalang Pak Dain]. (2011b). Hikayat Mahraja Wana

Versi Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan (1st ed.). Mahmanis

Enterprise.

 

Biografi Pak Dain – Wayang Pak Dain. (n.d.).

https://wayangpakdain.com.my/biografi-pak-dain/

 

Brocklehurst’s Textbook of Geriatric Medicine and Gerontology E-Book. (2023).

Elsevier.

 

Bujang, R. B. H. (2007). FUNGSI KOMUNIKASI DAN ESTETIKA DALAM

PERSEMBAHAN TEATER TRADISIONAL WAYANG KULIT. Jurnal

Pengajian Melayu / Journal of Malay Studies (JOMAS), 18(1), 135–156.

https://juku.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9740

 

Elsevier. (2017). Brocklehurst’s Textbook of Geriatric Medicine and Gerontology

(8th ed.).

 

Ismurdyahwati, I. (2013a). Shadow Puppets Performance of Yogyakarta through its

Visual Language. ITB Journal of Visual Art and Design, 4(1), 28–34.

https://doi.org/10.5614/itbj.vad.2013.4.1.4

 

Ismurdyahwati, I. (2013b). Shadow Puppets Performance of Yogyakarta through its

Visual Language. ITB Journal of Visual Art and Design, 4(1), 28–34.

https://doi.org/10.5614/itbj.vad.2013.4.1.4

 

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. [Bahagian

Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian]. (2003). Wayang Kulit.

https://kkmm.gov.my/pdf/buku/wayang_kulit.pdf

 

Lapsley, D., & Stey, P. (2012). Id, Ego, and Superego. Encyclopedia of Human

Behavior, 393–399. https://doi.org/10.1016/b978-0-12-375000-6.00199-3

 

Susanti, P. (2019). Hikayat Sri Rama. Perpusnas Press, anggota Ikapi.

 

UNESCO - Wayang puppet theatre. (n.d.). https://ich.unesco.org/en/RL/wayangpuppet-

theatre-00063

 

Yousof, G. S. (1997). The Malay Shadow Play: An Introduction. Asian Centre with

the co-operation of the National Academy of Arts, Ministry of Culture, Arts

and Tourism, Malaysia.

 

Yousof, G. S., & Khor, K. K. (2017). Wayang Kulit Kelantan: A Study of

Characterization and Puppets. Asian Theatre Journal, 34(1), 1–25.

https://doi.org/10.1353/atj.2017.0002


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.