UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :L Education (General)
Main Author :Mohamad Fakrul Razi Adnan
Additional Authors :Rozniza Zaharudin
Title :Kepentingan Al-Quran E-Braille terhadap peningkatan pencapaian Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2021
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Program Pendidikan Khas masa kini menawarkan peluang pendidikan agama kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK). Kepentingan pengajian Al-Quran terutamanya dalam Al-Quran Braille dalam kalangan pelajar pendidikan khas yang mengalami Masalah Penglihatan sering diabaikan. Fokus disini adalah dalam konteks pembelajaran Al-Quran Braille kepada MBK Masalah Penglihatan. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap kebolehan MBK dalam pembelajaran Al-Quran Braille. Oleh itu, kajian ini akan menerangkan kepentingan pendekatan pengajaran menggunakan teknologi bantuan masa kini kepada murid MBK Masalah Penglihatan terutamanya dalam pembelajaran Al-Quran Braille. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti peranan penggunaan teknologi bantuan terkini dalam meningkatkan tahap pencapaian pembelajaran Al-Quran Braille. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen pengesanan untuk memungut data dan menilai tahap kebolehan MBK dalam pembelajaran Al-Quran Braille. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan beberapa penggunaan teknologi bantuan untuk mengenalpasti MBK Masalah Penglihatan dalam meningkatkan tahap pencapaian terutamanya dalam mengenal huruf dan baris bagi murid yang belum menguasai sepenuhnya aspek tersebut didalam Al-Quran melalui sistem Al-Quran Braille.

References

Che Siah Che Man. 2006. Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua, Y.P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Malaysia: McGraw-Hill Education

Fraenkel, Norman & Wallen (2005). How to Design and Evaluate Research in Education. New York: McGraw Hill Inc.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin (2018). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan; Amalan Dan Analisis Kajian. (2nd ed.). University Of Malaya Press

Hamdan Abdul Rahman. 2015. Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nur Adzam Rasdi. 2012. Application of Braille in Quranic and Sunnah Studies. Slaid. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia

Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. 2011. Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. 2014. Braille Al-Quran: Sejarah dan Kaedah. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia

Nana S.S. (2005). Metod Penyelidikan Pendidikan, Bandung: Remaja Rosdakarya

Noor Najihan Jaafar & Kauthar Abd. Kadir. (2008). “Pengajaran Braille al-Quran di Malaysia: Sejarah dan Perkembangannya”, Seminar Warisan al-Quran dan Hadith Nusantara. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 11 hal.

Norakyairee Mohd Raus, Ab. Halim Tamuri, dan Norshidah Mohamed Salleh. (2012). Pengajaran Al Quran Braille: Penglibatan Institusi Pengajian Tinggi Islam Di Malaysia. Seminar Serantau Institusi Pengajian Tinggi Islam. Nilai: USIM.

Pusat Sumber Braille. (2010). al-Quran al-Karim Tulisan Braille. Kuala Lumpur.

Sabariah Binti Haji Bahrun. t.th. Sistem Ejaan Jawi yang dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka: Satu Tinjauan. Tuaran, Sabah: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Kent.

Zakaria bin Yahya. (2008). “Perkembangan dan Isu Terkini dalam Penulisan Al-Quran Braille: Satu Tinjauan Umum”. Kertas kerja dalam Seminar Perkembangan dan Isu Terkini dalam Penulisan alQuran Braille. Kuala Lumpur: PERTIS. 14 hal.

Zakaria Yahya. 2011. al-Quran Braille Cetakan Malaysia : Satu Pengenalan. Slaid. PERTIS.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.