UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini merupakan satu kajian yang berkaitan dengan analisis kesalahan ejaan dan
tanda baca dalam penulisan karangan murid Tingkatan Tiga di SMK (LKTP) Jengka
16, Maran, Pahang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesalahan ejaan kata asli
bahasa Melayu dan kesalahan ejaan kata pinjaman yang dilakukan oleh murid dalam
penulisan karangan. Selain itu, pengkaji turut mengenal pasti kesalahan tanda baca yang
dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan. Seramai 30 orang murid Tingkatan 3
yang terdiri daripada sebuah kelas di SMK (LKTP) Jengka 16 telah dipilih sebagai
responden. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif, iaitu dengan
menggunakan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan dengan melibatkan
instrumen hasil penulisan karangan responden bagi memperoleh data. Hasil kajian
mendapati bahawa terdapat 169 kesalahan ejaan, iaitu 136 kesalahan ejaan kata asli
bahasa Melayu dan 33 kesalahan ejaan kata pinjaman. Hasil kajian juga mendapati
bahawa terdapat 75 kesalahan tanda baca yang dilakukan oleh murid dalam penulisan
karangan. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati setiap orang murid akan
melakukan sekurang-kurangnya 1 kesalahan ejaan dalam penulisan karangan. Oleh hal
yang demikian, implikasi kajian ini adalah satu usaha untuk membantu murid
mengatasi kelemahan dari segi ejaan dan penggunaan tanda baca dalam penulisan
karangan bahasa Melayu dan membantu guru-guru di sekolah dalam menangani
kelemahan yang sering dilakukan oleh murid semasa menulis karangan. |
References |
Abdul Hamid Mahmood. (2004). Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Abdul Rasid Jamian (2016). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-12. Ainal Akmar Ahmad, Maizatul Azura Yahya, Nasihah Hashim & Hamizah Ahmad. (2018). Kesalahan Ejaan: Biasakan yang Betul, Betulkan yang Biasa. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3(1), 38-48. Alhaadi Ismail & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2018). Analisis Kesalahan dalam Penulisan Pelajar Bahasa Kedua dari Aspek Morfologi. Jurnal Linguistik, 22(1), 24-31. Anisa Yuli Rahma Fitriani & Laili Etika Rahmawati. (2020). Analisis Kesalahan Penggunaan Tanda Baca dan Huruf Miring dalam Teks Berita Online Detiknews dan Tribunnews. BAHASTRA, 40(1), 10-19. Anne Jeffrey Kihob & Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2020). Penggunaan Tanda Baca Koma dan Noktah dalam Karangan Murid Sekolah Menengah di Daerah Tuaran, Sabah. Jurnal Melayu, 2(2), 1-17. Anne Jeffrey Kihob & Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2021). Kesalahan Ejaan dalam Karangan Murid Sekolah Menengah di Daerah Tuaran, Sabah. Jurnal Melayu. 20(1), 38-64. Anne Jeffrey Kihob & Saidatul Nornis Mahali. (2020). Penggunaan Tanda Baca Koma dan Noktah dalam Karangan Murid Sekolah Menengah di Daerah Tuaran, Sabah. e-JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK, 2(2), 1-17. Annuar Khisham Isa, Zaitul Azma Zainon Hamzah & Sharil Nizam Sha’ri. (2021). Tahap Penguasaan Penggunaan Kata Kerja dalam kalangan Pelajar di Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 90-104. Azhar Md Sabil, Shamsudin Othman, Abdul Rasid Jamian & Rozita Radhiah Said. (2020). Penggunaan Frog VLE dalam Pengajaran Penulisan Karangan Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Menengah. International Journal of Education and Training (InjET), 6(2), 1-8. Bella Tamara, Dzaky Naufal, Rahardian Bayu Ismail & Rizka Abri Pradani. (2020). Analisis Kesalahan Penggunaan Ejaan Dan Tanda Baca Pada Media Sosial Resmi Universitas Ahmad Dahlan. Jurnal Parafrasa: Bahasa, Sastra, dan Pengajaran, 2(1), 22-29. Corder, S.P. (1973). Introduction applied linguistics. Hormonsworth: Penguin Education. Corder, S.P. (1981). Error analysis and interlanguage. Oxford: Oxford University Press. Gaya Dewan Edisi Ketiga. (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Harimuti Kridalaksana. (1999). Tatabahasa Deskriptif Bahasa Indonesia; Sintaksis. Jakarta: Universitas Indonesia. Hasnah Awang & Muhammad Norrudin Abdul Aziz. (2022). Asas Tatabahasa Bahasa Melayu. Selangor: Pustaka Sri Saujana Sdn. Bhd. Ismail Dahaman. (2015). Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Tanda Baca: Kalimat Bertanda Intonasi Bergaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Norfishah Mat Rabi. (2022). Penyelidikan Proposal Penyelidikan Ilmiah. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Norliza Hani Idris. (2000). Penguasaan Bahasa Pelajar Cina dalam Penulisan Karangan. (Tesis Sarjana Muda Pendidikan). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nur Zulaiqa Rosli et al. (2021). Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu oleh Murid Cina: Teori Analisis Konstrastif. LSP International Journal, 8(1), 35-55. Nurul Adzwa Ahamad, Nur Farahkhanna Mohd Rusli & Norfaizah Abdul Jobar. (2020). Analisis Kesalahan Imbuhan dalam Penulisan Karangan Pelajar dan Hubung Kait dari Segi Makna Gramatikal. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(1), 77-90. Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif. (2021). Analisis Kesalahan Bahasa dalam Penulisan Bahasa Melayu Pelajar Antarabangsa. International Social Science and Humanities Journal, 4(1), 113-127. Revathi Raja Gopal, Dahlia Janan, & Nasir Masran. (2022). Kekangan Kemahiran Membina Ayat Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Tahun Empat SJKT. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(11), 1-21. Rozana Jaafar. (2020). Strategi Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Menulis dalam Kalangan Pelajar Etnik Cina dan India Ketika Belajar Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 10(1), 64-76. Sucipto Salam, H. Sumardi dan Hodidjah. (2016). Analisis Kesalahan Penggunaan Tanda Baca Tanya dan Tanda Baca Titik pada Teks Dialog Siswa. Program Studi S-1 PGSD. 168-175. Sulaiman Masri & Ahmad Khair Mohd. Nor. (2004). Seni Mengarang Penulisan Karangan KBSM, Popular, Ilmiah Panduan Untuk Pelajar, Guru, Mahasiswa, Wartawan, Editor, Pekerja. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Trinil Dwi Turistiani. (2013). Fitur Kesalahan Penggunaan Ejaan yang Disempurnakan dalam Makalah Mahasiswa, Paramasastra. Jurnal Ilmiah Bahasa Sastra dan Pembelajarannya, 1(1), 61-72. Ugartini Magesvaran, Zamri Mahamod, Irma Mahad, Intan Nur Syuhada. (2021). Analisis Kesalahan Bahasa dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah San Min (Suwa) Teluk Intan (Sekolah Persendirian Cina). International Conference on Business Studies and Education (ICBE). 1-17 Wafaa, S.Y. (2018). Exploring English Writing Problems of English Major Student Teachers at Kuwait University. Journal of Educational & Psychological Sciences, 19(4), 601-628. Yatni Febrianti, Cristiana Victoria dan Imam Jahrudin Priyanto. (2019). Analisis Kesalahan Berbahasa pada Bidang Ejaan dan Sintaksis dalam Karangan Berbahasa Indonesia. Primaria Educationem Journal, 2(2), 199-209. Zanaton Iksan, Salasiah Hanin Hamjah, Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Mohd Noor Saper. (2016). Kualiti Ilmu Berasaskan Kesahan dan Kebolehpercayaan Data dalam Penyebaran Ilmu Islam: Perbincangan Berasaskan Kajian Kualitatif. Jurnal Hadhari, 8(1), 13-30.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |