UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemahaman pelajar dalam subjek tema “Penjajahan di Asia Tenggara pada abad ke-19” berasaskan penggunaan video, artikel dan slaid PowerPoint. Kajian ini juga bertujuan melihat impak BBM yang dinyatakan terhadap pencapaian pelajar berdasarkan persepsi. Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dilaksanakan kepada pelajar selama 14 minggu. Kajian ini menggunakan kaedah campuran dengan menggabungkan data kuantitatif dan kualitatif. Pelaksanaan kajian adalah menggunakan instrumen pemerhatian dan soal selidik. Kutipan data soal selidik dianalisis dengan menggunakan SPSS statistik versi 26. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kepada tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar melalui ketiga-tiga penggunaan BBM yang dinyatakan. BBM juga mempunyai impak persepsi pelajar dalam mempelajari subjek tersebut. Kesimpulannya, pengunaan BBM yang berasaskan video, artikel dan slaid PowerPoint dapat menarik minat dan perhatian pelajar serta dapat membentuk pemikiran yang kritis. Justeru BBM yang mengandungi elemen inovasi dan teknologi sesuai diintegrasikan dan diimplementasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta dapat membantu pensyarah mencapai hasil pembelajaran kursus. |
References |
Abdul Rahman, A. M. K. (2009). Guru sebagai penyelidik. Selangor: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Ah Meng, E. (2003). Ilmu pendidikan: Pengetahuan dun ketrampilan ikhtisas. Selangor: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Bailey, N. M., & Van Harken, E. M. (2014). Visual images as tools of teacher inquiry. Journal of Teacher Education, 65(3), 241 –260. Jamil, A. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru sekolah: Satu penilaian. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamed Nor Azhari, A., Nur Amierah, A., Ramlee, M., Balamuralithara, B., & Nor Kalsum, M. I. (2014). Penggunaan alat bantu mengajar ke atas guru pelatih bagi topik kerja kayu, paip dan logam. Jurnal Sains Humanika, 3(1), 77– 85. Mohd Faeez, I., Kalthom, H., Mohd Amin, M. N., Zetty Nurzuliana, R., & Murihah, A. (2016). Sumber bahan bantu mengajar dalam kalangan guru Pendidikan Islam Sekolah Bestari. e-Academia Journal UiTMT, 5(2), 106-114. Norzainariah, A. H. (2004). Kebolehan kit pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar: Satu tinjauan di KUITTHO. Tesis sarjana. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn. Nur Syafiqah, I., & Nurul Nazirah, M. I. M. (2018). Keberkesanan penggunaan grafik berkomputer sebagai alat bahan bantu mengajar dalam kalangan pelajar reka bentuk dan teknologi. Jurnal Sains Humanika, 10(3-3), 81-87. Othman, L. (2012). Kajian tindakan dalam pendidikan: Teori dan amalan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Piirto, J. (2011). Creativity for 21st century skills: How to embed creativity into the curriculum. Netherlands: Sense Publishers. Rich, P. J, & Hannafin, M. (2009).Video annotation tools technologies to scaffold, structure, and transform teacher reflection. Journal of Teacher Education, 60(1), 52-67. Saifuddin, M., & Muhammad Idham. (2017). Strategi belajar mengajar. Indonesia: Syiah Kuala University Press. Shahabuddin, H., Rohizani, Y., & Mohd. Zohir, A. (2007). Pedagogi, strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS Profesional. Sufean, H. (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Syed Abu Bakar, S. A. (1994). Panduan mengajar kemahiran membaca. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Trilling, B., & Fadel, C. (2009). 21st century skills: Learning for life in our times. San Francisco: Jossey-Bass. Wan Mohd Nor, W. D. (1997). Penjelasan budaya ilmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Zainudin, H., Tengku Suhashila, T. L., Mohad. Najib, A. G., & Hamdan, S. (2007). Tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |