UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :P Language and Literature
Main Author :Mudiana Mokhsin
Additional Authors :Afdallyna Fathiyyah Harun
Nur Huda Nabihan Md Shahri
Wan Nurhayati Wan Hanafi
Umaimah Kamarulzaman
Amer Shakir Zainol
Mohd Husni Mohd Som
Title :Pembentukan kerangka model DNA Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2021
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Institusi pengajian tinggi awam seperti Universiti Teknologi MARA adalah sebuah organisasi yang tidak asing lagi dari sudut kegemilangan akademik juga keperibadian identiti warganya. Sebuah organisasi mampu bertahan dengan kegemilangannya yang bertunjangkan asal usul pentadbir sebelumnya yang membawa kepada statusnya seperti hari ini. Sesebuah organisasi juga perlu memiliki budaya kepatuhan daripada warisan terdahulu iaitu tanpa kepatuhan, budaya-budaya dalam organisasi tidak akan mampu mencapai aspirasi yang diharapkan. Melihat akan situasi ini, satu inisiatif telah dilakukan berfokus kepada tiga objektif telah disenaraikan. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti warga UiTM yang mempunyai jiwa terhadap UiTM. Keduanya, menganalisa data secara kualitatif dan yang ketiga membentuk model DNA UiTM yang dapat dijadikan rujukan. Terdapat tiga sumber data yang diperoleh bagi proses analisis data. Sumber data yang pertama adalah data primer yang diperoleh melalui sesi temu bual bersama mantan Naib Canselor UiTM. Sumber data kedua adalah kaji selidik secara eksploratif bersama 187 orang responden yang terdiri dari enam kategori yang berbeza dan sumber ketiga adalah data sekunder iaitu skrip ucapan dan karya penulisan mantan Naib Canselor UiTM. Kaedah yang digunakan dalam menganalisis data adalah kaedah analisis kandungan, analisis data secara eksploratif dan frekuensi perkataan menggunakan word generator. Menggunakan metafora DNA yang diangkat dari sudut epistimologi biologi, struktur DNA ini mempunyai tulang belakang yang mengikat asas nitrogen di dalam DNA tersebut. Maka model DNA UiTM yang terbentuk ini didasarkan daripada tiga komponen utama, tulang belakang iaitu “Bangsa, Ilmu dan Berjaya” dan seterusnya mengikat kepada asas nitrogennya iaitu “Pemikiran, Emosi, Semangat, Aspirasi dan Tingkah laku” yang sekali gus membentuk sebuah model yang dikenali sebagai PESAT (akronim berdasarkan 5 komponen utama model DNA UiTM). Kajian ini memberi sumbangan baharu kepada organisasi dalam mentadbir dan menguruskan warganya berdasarkan kelestarian identiti serta aspirasi yang jitu terutama melibatkan organisasi yang besar.

References

Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (1982). Qualitative research for education: An introduction to theory and methods. Boston: Allyn and Bacon.

Dicle, M.F. & Dicle, B. (2018). Content Analysis: Frequency Distribution of Words. The Stata Journal:Promoting communications on statistics and Stata. Volume: 18, issues 2, pg: 379-386. https://doi.org/10.1177/1536867X1801800205.

Firdaus W.M.K. (2015). Analisis data kualitatif. https://www.slideshare.net/wmkfirdaus/analisis-datakualitatif-47191738.

Hadi, K. (2021). Membangun budaya kepatuhan sebagai DNA organisasi: Untuk industri jasa kewangan. https://hrdspot.com/event/budaya-kepatuhan-sebagai-dna-organisasi/

Harrow, J., Nagy, A., Reymond, A., Alioto, T., Patthy, L., Antonarakis. S. E., & Guigó, R. (2019). Identifying protein-coding genes in genomic sequences. Genome Biology, 10(1), 1-8. https://doi.org/10.1186/gb-2009-10-1-201

Hartson, R., & Pyla, P. S. (2012). The UX Book: Process and guidelines for ensuring a quality user experience. Morgan Kaufmann.

Holtzblatt, K., Wendell, J. B., & Wood, S. (2004). Rapid contextual design: a how-to guide to key techniques for user-centered design. Elsevier.

Istichlal, F. (2012). DNA Organisasi sebagai Budaya Korporat. https://masfahmi.wordpress.com/2012/05/05/dna-organisasi-corporate-culture/

Lamm, E. (2012). Inheritance Systems. The Stanford Encyclopedia of Philosophy, (Spring 2012 Edition). https://plato.stanford.edu/archives/spr2021/entries/inheritance-systems/

Lozano, O., Gomez, H., & Rositas, I. (2012). Organizational DNA. http://sintec.com/wpcontent/uploads/2012/01/OrganizationalDNA_Sintec1.pdf

Lucero, A. (2015). Using affinity diagrams to evaluate interactive prototypes. In IFIP Conference on Human-Computer Interaction (pp. 231-248). 15th Human-Computer Interaction (INTERACT). https://hal.inria.fr/hal-01599865

Megat Ayop Megat Arifin & Abd. Halim Ahmad. (2016). Kepentingan budaya integriti dan etika kerja dalam organisasi di Malaysia: Suatu tinjauan umum. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 138 - 149.

Mohd Khairul Adib Abdul Rahman. (13 September, 2020). Cabaran membina DNA penjawat awam. Sinar Harian Online. https://www.sinarharian.com.my/article/100867/BERITA/Wawancara/Cabaran-membina-DNA-penjawat-awam

Mujib, H. (2017). Organizational identity: An ambiguous concept in practical terms. Administrative Sciences, 7(3), 1-30.

National Human Genome Research Institute. (2014). Deoxyribonucleic Acid (DNA). https://www.genome.gov/genetics-glossary/Deoxyribonucleic-Acid

Nugroho, R. A. (2019). 5 Fungsi DNA dalam tubuh manusia, berperanan sebagai duplikasi diri. https://www.liputan6.com/citizen6/read/3925154/5-fungsi-dna-dalam-tubuh-manusiaberperan-sebagai-duplikasi-diri

PriceWaterHouse Cooper (2014). PWC 10minutes Organizational DNA. Does your organization’s DNA enable or impede your strategy? https://www.scribd.com/document/236250404/Pwc10minutes-Organizational-Dna

Saenger, W. (1984). Principles of nucleic acid structure. Springer-Verlag.

Vihinen, M. (2018). Systematics for types and effects of DNA variations. BMC Genomics, 19(974), 1-16. https://doi.org/10.1186/s12864-018-5262-0.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.