|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 10611 | 2003 Conference Item | Sirat al-Mustaqim : penentu halatuju nilai-nilai peradaban Melayu Islam Che Man Che Siah, Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada pemikiran-pemikiran daiam teks Sirat Al-Mustaqim, karya Syeikh Nurul al-Din Ar-Raniri, yang teiah aikenai pasti sebagai kitab Fiqh pertama daiam Bahasa Melayu. Pemikiran-pemikiran ini menjadi amaian perilaku hidup seorang Musiim Melayu di Nusantara. Perilaku ini menjadi peraturan hidup, dijiwai dan sebati, diwarisi berterusan dari generasi ke generasi. Teks ini memperihalkan asas-asas Perundangan Islam ( basic Islamic Law) yang wajib dipatuhi oleh seiiap individu Islam ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie. Peraturan-peraturan hidup ini sekaligus menjadi nilai-nilai peradaban Melayu Islam di seluruh Asia Tenggara ( Indonesia khasnya Acheh di Sumatera, seluruh Tanah Melayu, Selatan Thailand, Filipina, Singapura dan Brunei Darussalam). Terungkap daiam teks ini daya fikir bangsa yang bertamadun, amalan hidup seharian, adab dan tatacara kehidupan sejak hari pertama kelahiran seorang insan hingga meningkat remaja, dewasa, tua dan seterusnya kembali ..... 879 hits |
| 10612 | 2012 Article | Pengaruh motivasi instrumental dan integratif dalam pemilihan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan penutur asing Abu Bakar Siti Saniah, Subramaniam Sharala, Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada pelajar asing bermotivasi instrumental atau integratif dalam pemilihan strategi pembelajaran Bahasa Melayu. Kaedah kuantitatif digunakan bagi menjawab soalan kajian. Instrumen soal selidik digunakan bagi mengumpulkan data. Seramai 300 orang pelajar asing yang mewakili enam buah negara telah dipilih sebagai responden kajian. Data soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar asing lebih bermotivasi integratif berbanding instrumental dalam pemilihan strategi pembelajaran Bahasa Melayu... 2165 hits |
| 10613 | 2016 Thesis | Tahap kefahaman dan salah konsep terhadap konsep daya dan gerakan dalam kalangan pelajar tingkatan empat Ahmad Tarmimi Ismail@Ilias Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kefahaman dan salah konsep terhadap konsep Daya dan Gerakan dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah deskriptif kuantitatif berbentuk tinjauan. Ujian pencapaian FCIspm telah diadaptasi daripada Inventori Konsep Daya (Force Concept Inventory-FCI) dan Indeks Ketakpastian Jawapan (Certainty of Response Index-CRI) sebagai instrumen kajian. FCIspm mengandungi 22 item dan disusun mengikut format peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak kelompok berpandukan jadual penentuan sampel Krejcie dan Morgan. Seramai 300 sampel terlibat dalam kajian ini. Analisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif, statistik inferensi ujian-t tidak bersandar dan matrik keputusan. Dapatan menunjukkan tahap kefahaman bagi keseluruhan pelajar ialah pada tahap lemah. Tiada perbezaan yang signifikan antara tahap kefahaman pelajar lelaki dan perempuan. Dalam semua item yang diuji me..... 1760 hits |
| 10614 | 2016 Thesis | Pemahaman konsep asas kimia dalam kalangan bakal guru kimia di universiti awam Lim, Chiew Ting Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pemahaman bakal guru kimia terhadap 20 konsep asas kimia dan mencadangkan rancangan pengajaran harian (RPH). Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan gabungan yang ujian kefahaman dan soalan temu bual sebagai instrumen. Sebanyak dua puluh konsep asas kimia yang diuji merupakan konsep asas kimia dalam hurian sukatan tingkatan 4 dan 5. Seramai 130 orang bakal guru telah dipilih secara rawak daripada tiga universiti awam. Dapatan kajian menunjukkan hanya 11 daripada 20 konsep asas kimia yang dikuasai dengan baik. Dapatan ini disokong dengan temubual yang menunjukkan 12 daripada 20 konsep telah dijawab dengan betul. Hasil kajian juga mendapati bahawa konsep asas kimia yang dikuasai pada tahap sederhana termasuk konsep akueus dan alkali (ujian kefahaman) serta konsep peneutralan (temubual). Manakala, tahap lemah termasuklah konsep mol, garam, formula kimia, elektrolisis, jirim, tenaga pengaktifan dan jisim atom relatif. Beberapa cadangan Ranca..... 3527 hits |
| 10615 | 2012 Article | Pengenalan konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak melalui rutin harian : satu kajian kes Jamil Norly, Razali Mahani, Kajian kes ini bertujuan untuk meneroka sejauh mana aktiviti rutin harian yang dilaksanakan di pusat asuhan dan didikan dapat dijadikan sebagai kaedah dalam pengenalan awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Persampelan bertujuan digunakan bagi memilih sampel dalam kalangan kanak-kanak. Beberapa kriteria telah ditentukan sebelum pemilihan sampel dilakukan. Oleh itu, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah dipilih sebagai sampel kajian. Kaedah pemerhatian merupakan keadah utama yang dijalankan bagi mengutip data dalam kajian ini. Rakaman video juga telah dilakukan sepanjang pemerhatian dijalankan. Strategi lain yang digunakan bagi mengutip data dalam kajian ini adalah temubual bersama guru yang terlibat dalam kajian. Data telah dianalisis menggunakan tema analisis. Hasil kajian telah mendapati bahawa rutin pagi, rutin makan, rutin tidur, rutin mandi dan rutin aktiviti bebas dapat digunakan sebagai kaedah pengenalan awal kons..... 1847 hits |
| 10616 | 2012 Article | Pengetahuan konseptual pecahan dalam kalangan bakal guru Matematik Adnan Mazlini, Zakaria Effandi, Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan konseptual bakal guru dalam topik pecahan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 317 orang responden yang terdiri dari bakal guru Matematik dari enam buah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Pengetahuan konseptual diukur menggunakan ujian pengetahuan konseptual (UPK) yang berfokuskan kepada topik pecahan. Hasil dapatan dianalisis menggunakan analisis deskriptif bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan konseptual (77.0 %) bakal guru berada pada tahap baik atau tinggi. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan nilai min bagi operasi tambah (3.32) adalah tertinggi berbanding dengan operasi tolak (3.15), darab (2.84) dan bahagi (2.73). Ini menunjukkan bakal guru Matematik memerlukan lebih banyak rangsangan untuk membina pengetahuan konseptual mereka terutama yang melibatkan pecahan dalam operasi darab dan bahagi... 1647 hits |
| 10617 | 2012 Article | Penggunaan modul multimedia interaktif dengan agen pedagogi dalam pembelajaran Elektrokimia kesan terhadap pemahaman konsep dalam Elektrokimia Lee Tien Tien, Osman Kamisah, Tajuk Elektrokimia didapati sukar dipelajari kerana konsep abstrak yang melibatkan tahap perwakilan makroskopik, mikroskopik dan simbolik. Kajian lepas menunjukkan bahawa animasi dan simulasi menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) boleh membantu pelajar membayangkan dan seterusnya memperkuatkan pemahaman mereka dalam mempelajari tajuk kimia yang abstrak. Ekoran daripada itu, modul multimedia interaktif dengan agen pedagogi (MMIAP) yang dinamakan Makmal EK (Elektrokimia) dibangunkan dalam usaha membantu pelajar dalam mempelajari Elektrokimia. Reka bentuk penyiasatan kuasi eksperimen dengan ujian pra/pos kumpulan kawalan tidak setara dijalankan dalam usaha untuk menilai keberkesanan MMIAP Makmal EK terhadap pemahaman konsep pelajar dalam mempelajari Elektrokimia. Seramai 127 orang pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Setiap sekolah mempunyai sebuah kumpulan rawatan dan sebuah kumpulan kawalan yang diajar oleh guru kimia yang sama...... 1404 hits |
| 10618 | 2012 Article | Penulisan kreatif dalam menjana minda dan sumber pendapatan belia Mohd Zubir Siti Khariah, Penulisan kreatif ialah apa-apa penulisan yang bertujuan untuk menyatakan pemikiran, perasaan dan emosi berbanding dengan karya memberitahu maklumat. Sesungguhnya, jika seseorang belia itu berminat untuk menulis atau menjadi seseorang penulis, bolehlah mereka menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif. Para belia digalakkan menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif untuk dua tujuan penting, iaitu untuk menjana minda dan juga menjadi sumber pendapatan dari hasil penulisan kreatif. Ramai penulis kreatif di dunia kaya dan hidup senang lenang daripada hasil penulisan mereka. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hassan berteraskan falsafah kesepaduan pemikiran... 1178 hits |
| 10619 | 2012 Article | Peranan ibu bapa dalam memastikan pencapaian literasi kanak-kanak prasekolah semasa berada di rumah Mohamed Isa Zainiah, Abdul Hamid Nur Asiah, Kajian ini dijalankan bagi menentukan hubungan antara aktiviti literasi yang dilakukan oleh ibu bapa di rumah dengan pencapaian literasi anak-anak mereka. Kajian ini memberi tumpuan kepada aktiviti membaca bersama, menyediakan bahan bacaan dan juga tempat membaca bagi kanak-kanak prasekolah semasa mereka berada di rumah. Seramai 80 orang kanak-kanak dan ibu bapa mereka telah dipilih sebagai sampel kajian. Data diproses menggunakan perisian SPSS bagi menganalisis, peratusan, dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan terhadap pembolehubah-pembolehubah yang diuji. Dapatan bagi aktiviti membaca bersama r=.018, p > .05, menyediakan bahan r=.035, p > .05, dan tempat membaca r=.007, p>0.05. Keseluruhan analisis kajian tidak menunjukkan hasil yang menggalakkan. Pengkaji mencadangkan agar ibu bapa diberikan bimbingan keibubapaan untuk mendidik anak-anak di rumah dengan lebih efektif supaya kanak-kanak mendapat faedah pendidikan samada di rumah mahu pun di sekolah... 2865 hits |
| 10620 | 2012 Article | Perubahan fungsi bandar kecil : pengalaman Tanjong Malim, Perak Saleh Yazid, Rostam Katiman, Hussain Mohd Yusof, Bandar-bandar kecil di sesetengah negara sedang membangun masa ini tidak lagi menawarkan fungsi asasnya terutamanya yang berkaitan dengan pertanian. Ini kerana perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan telah menggantikan sektor pertanian sebagai penyumbang utama ekonomi negara berkenaan. Perubahan penawaran seperti ini dapat diperhatikan dengan ketara di Tanjong Malim. Tanjong Malim adalah sebuah bandar kecil yang terletak diluar pengaruh Wilayah Metropolitan Lembah Klang-Langat dan Metropolitan Ipoh disebelah utaranya. Perkembangan semasa mendapati fungsi Tanjong Malim semakin berubah. Masalah ini bertujuan membincangkan tentang perubahan Tanjong Malim sebagai sebuah pusat penempatan utama di wilayah Selatan Perak. Menggunakan data sekunder dan primer yang diperolehi melalui cerapan dilapangan, makalah ini menganalisis perubahan fungsi Tanjong Malim. Terdapat tujuh penemuan penting yang membuktikan tentang perubahan fungsi bandar Tanjong Malim. Antaranya penawaran fungsi berk..... 2291 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1062 of 1148 | [ Next ] [ Last ] |