UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

1211
Abstract
Pada tahun 2000 Kementerian Pendidikan telah menetapkan Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) akan  menjadi sebahagian daripada mata pelajaran Bahasa Melayu. Melahn pengajaran KOMSAS ini pelajar akan  dapat mempelajari bidang interpersonal, bidang maklumat dan estetik. Mengikut sukatan baru ini  penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan para pelajar menggunakan bahasa Melayu secara berkesan  dalam kehidupan  harian,  bidang  pekerjaan  dan  sebagai  bahasa  ilmu.  Walaupun  tujuan  pengajaran KOMSAS kepada pelajar mempunyai tujuan yang baik, tetapi ada perkara-perkara yang perlu  diperhatikan terhadap teks KOMSAS ini. KOMSAS merupakan karya kreatif yang mempunyai kelonggaran  dalam aspek tatabahasa. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk memperoleh maklumat tentang  penggunaan imbuhan -i dan -lean dalam novel Perlumbaan Kedua dan novel Julia. Maklumat yang akan  dikumpul nanti, adakah  penggunaan  imbuhan  -i  dan -kan dalam  novel tersebut  mene.....
Thesis Published 2004 196 hits Available
1212
Abstract
Kajian ini dilakukan  untuk melihat sejauh mana penguasaan perbendaharaan kata bahasa Melayu murid  darjah enam dan meninjau sama ada  wujud  perbezaan penguasaan  perbendaharaan kata antara murid di  bandar dan di luar bandar. Selain faktor  jantina  pengkaji  juga melihat   faktor  sosioekonomi   keluarga  yang mempengaruhi penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid.  Kajian ini  diadakan di dua lokasi yang berbeza. Sekolah Kebangsaan  Manjoi 1, Ipob  dan Sekolah Kebangsaan  Jalan Panglima Bukit Gantang , Ipoh mewakili kawasan bandar manakala Sekolah  Kebangsaan Jalan  Pengkalan Pegoh, Labat  dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baru, Kampung Kepayang mewakili kawasan  luar bandar. Seramai 100 orang murid terlibat dalam kajian ini. Bentuk perbendaharaan kata yang  diberi tumpuan ialah kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Dapatan kajian menunjukkan, daripada  100 sampel hanya 46.00% murid sahaja dapat menggunakan lebih daripada min purata 1.....
Thesis Published 2004 241 hits Available
1213
Abstract
Kajian ini memerihalkan strategi pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing. Tujuan kajian ini  adalah untuk: (i) mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar asing  dalam mempelajari  bahasa Melayu di Malaysia, (ii) mengetahui nilai min bagi SPB yang digunakan  oleh pelajar asing yang berlainan budaya berdasarkan negara asal mereka dan (iii) mengenal pasti,  sama ada pelajar asing lebih bermotivasi instrumental atau integratif dalam pemilihan strategi  pembelajaran bahasa Melayu. lnstrumen soal selidik digunakan bagi mengumpulkan data. Seramai 173  orang pelajar asing yang mewakili enam buah negara telah dipilih sebagai responden kajian. Data  soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar  asing lebih banyak memberi tumpuan di dalam kelas untuk menguasai bahasa Melayu. Strategi  pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar asing yang berlainan budaya berdasarkan negara  Nigeria, In.....
Thesis Published 2012 199 hits Available
1214
Abstract
Ultrasound-based fetal biometry is used to derive important clinical information for identifying IUGR (intra-uterine growth restriction) and managing risk in pregnancy. Accurate and reproducible biometric measurement relies heavily on a good standard image plane. However, qualitative visual assessment, which includes the visual identification of certain  anatomical landmarks in the image is prone to inter- and intra-reviewer variability and is also  time-consuming to perform. Automated anatomical structure detection is the first step towards the  development of a fast and reproducible quality assessment of fetal biometry images. This thesis  deals specifically with abdominal scans in the development and evaluation of methods to  automatically detect the stomach and the umbilical vem within them. First, an original method for detecting the stomach and the umbilical vem m fetal abdominal scans was developed using a machine learning framework. A classifier solution was des.....
Thesis Published 2012 242 hits Available
1215
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui setakat mana keberkesanan pameran di akhir sesuatu tajuk  sebagai salah satu sumber pembelajaran dalam matapelajaran Pendidikan Seni di sekolah menengah. Ini  adalah kerana pameran merupakan aspek pembelajaran yang penting dalam kurikulum Pendidikan Seni  yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.   Penyelidikan ini menggunakan pendekatan berbentuk penilaian formatif dan tinjauan. Data-data  diperolehi dengan menggunakan kaedah soalselidik dan triangualasi. Data-data dari soalselidik  dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS/PC+ Ver. 10 untuk mendapatkan min bagi setiap  pembolehubah keberkesanan. Manakala data-data dari triangualasi dianalisis secara manual untuk  mengukuhkan dapatan dari soalselidik berkenaan. Alat ukur penyelidikan terdiri daripada 3 pembolehubah keberkesanan pameran di akhir pelajaran  iaitu sikap dan perlakuan pelajar; kefahaman akan konsep dan matlamat pameran; serta pencapaian dan  kesan p.....
Thesis Published 2002 259 hits Available
Page 122 of 1221

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.