UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
12712024
Article
Expert consensus on the usability of the SLC3DM model a fuzzy delphi method application
Faiezah Shamsuddin
Each model should undergo a usability evaluation to ensure a model meets the users’ needs and expectations. This is a process of testing the model with real users to measure how user-friendly and effective it is. Therefore, this study aims to evaluate a model of School Leaders Competencies in Data-Driven Decision Making (SLC3DM). The model has been designed and developed using the Design and Development Research (DDR) approach, which involves three phases: the need analysis phase, the design and development phase, and the usability evaluation phase. However, the researcher only focuses on this paper in the third phase. The model was designed using the Fuzzy Delphi Method (FDM) technique, which entailed consensus from a 20-expert panel. The model usability evaluation phase discovered that all 13 components of the SLC3DM model had high expert consensus. Overall, based on the consensus of the experts, the SLC3DM model is appropriate for usage and implementation. As a result, school lead.....

206 hits

12722013
Thesis
Sastera Islami: puisi Umawi menurut gagasan Al-Nadwi
Mohd Zuhdi Ismail
Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengamalan Sastera Arab Islami, khususnya puisi pada era kegemilangannya, iaitu era Umayyah. Pengkaji menjadikan gagasan metode dan teori Abu al-Hasan al-Nadwi sebagai analogi bagi asas pengamalan dan pematuhan (ta‘amul dan taklif) kesusasteraan Islami pada era tersebut. Permasalahan kajian tertumpu kepada pengamalan (ta‘amul) yang berlaku pada era itu, merangkumi kandungan kesusasteraan (puisi) yang bercorak objektif dan pemikiran seperti tema, tujuan atau tajuk puisi serta kandungan gambaran kesenian yang menambahkan nilai keindahan hasil sastera seperti penggunaan perkataan dan gaya ungkapan. Dalam menentukan analogi bersesuaian, pengkaji mengunakan Gagasan al-Nadwi bagi melihat kebertanggungjawaban (taklif) merealisasikan kesusasteraan Islami yang bersifat sarwajagat. Untuk mencapai ke arah itu, pengkaji mendapatkan data-data yang diperlukan dengan menggunakan penyelidikan perpustakaan dan digunakan dalam setiap bab. Dapatan kajian menunjukka.....

180 hits

12732006
Thesis
Kemahiran melukis dalam pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah : satu kajian kes
Ahamad Tarmizi Azizan
Saban tahun, pencapaian pelajar sekolah menengah bagi kertas 2611/2 (menggambar) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia menunjukkan senario yang membimbangkan. Hal ini berlaku kerana pelajar kurang menguasai kemahiran melukis dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Justeru, satu kajian kes kemahiran melukis dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual telah dilaksanakan terhadap sebilangan pelajar di sebuah sekolah menengah dalam daerah Hulu Selangor. Matlamat kajian adalah untuk mengenal pasti punca kelemahan penguasaan kemahiran melukis tersebut dan mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaikinya. Tiga objektif yang diharapkan menerusi kajian ini adalah untuk melihat kesediaan dan minat belajar pelajar, melihat penguasaan kemahiran melukis pelajar, dan melihat kepentingan kemahiran melukis tersebut dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Justeru, kajian ini direka bentuk berdasarkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif, di mana data-data dikumpulkan.....

364 hits

12742012
Thesis
Sikap terhadap pelajaran dalam kalangan murid berstatus sosioekonomi rendah di sebuah sekolah pedalaman
Izani Mahayudin Abd Aziz
Status sosioekonomi atau SSE merujuk kepada pengelasan manusia berdasarkan kedudukan ekonomi mereka, taraf pendidikan mereka dan ciri-ciri pekerjaan mereka. Kanak-kanak miskin sentiasa menghadapi masalah di rumah dan di sekolah. Masalah tersebut mengganggu pembelajaran mereka. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji sikap terhadap pelajaran dalam kalangan murid-murid SSE rendah. Objektif kajian adalah untuk mengkaji tingkah laku murid-murid SSE rendah semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, serta jangkaan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa terhadap pembelajaran murid-murid SSE rendah. Peserta terdiri daripada sepuluh orang murid SSE rendah, empat orang penjaga, dan empat orang guru daripada Kampung Aur Gading, Kuala Lipis. Kaedah persampelan yang digunakan ialah kaedah persampelan bebola salji. Reka bentuk kajian ialah kajian kes kualitatif. Data-data dikumpulkan menerusi tiga kaedah pengumpulan data kualitatif tradisional. Tiga kaedah tersebut ialah temu bual, pemerhatian, d.....

261 hits

12752013
Thesis
Interaksi etnik dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah
Adek Yong Rosmah Hj Dahalan
Kajian ini dijalankan untuk melihat interaksi antara etnik pelajar di sebuah sekolah menengah di Buntong. Kajian memberi fokus kepada kefahaman pelajar terhadap interaksi etnik dalam pergaulan seharian mereka di Sekolah. Secara khusus terdapat tiga objektif kajian iaitu untuk mengenal pasti interaksi antara etnik dari sudut pelajar, mengenal pasti bentuk pergaulan pelajar dan mengenal pasti faktor sekolah yang mempengaruhi interaksi antara etnik. Data kajian diperolehi melalui temu bual dan pemerhatian yang dijalankan ke atas dua belas responden. Temu bual berfokus terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu keselesaan dalam menjalin hubungan, kesediaan berinteraksi dengan etnik berbeza dan faktor yang mempengaruhi interaksi . Pemerhatian dilakukan dalam tempoh empat bulan dengan tumpuan diberikan kepada bilik darjah, pusat sumber, tapak perhimpunan, kantin dan aktiviti  di sekolah selepas waktu prosedur kajian kualitatif. Kajian mendapati bahawa berlaku pergaulan dan interaksi antara .....

223 hits

12762024
Final Year Project
The development and usability of web based learning "HeatMinds" for heat topics among Physics students in Puchong
Visalliny Muneesesparan
This study aims to design and develop an educational website _HeatMinds_ for the topic of heat and determine its usability among Form 4 physics students in Puchong. This developmental research design study was developed based on the ADDIE instructional design model. HeatMinds was validated through Face and Content validity by three experts. The research sample was chosen through cluster random sampling where one class was chosen. This research is categorised under the quantitative method with qualitative data since a questionnaire and interview were carried out to determine HeatMinds_ validity. Moreover, the Technology Acceptance Model (TAM) was adapted as an instrument to determine the acceptance of HeatMinds through the survey. Then, the data was analysed using descriptive statistics of mean and standard deviation. The data from three experts showed that HeatMinds had a good face and content validity of 96.7% and 89.4%. Heatminds has received a high level of approval for perceived us.....

397 hits

12772024
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan Kit Eksperimen Hukum Hooke Berasaskan Arduino terhadap guru Fizik di daerah Kampar
Nurul Azliza Ramli
Ketiadaan integrasi teknologi terkini menghalang peluang pelajar untuk mengalami penyelidikan saintifik yang sahih, melakukan eksperimen dan menggunakan teknik pengumpulan data yang canggih. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan Kit Eksperimen Hukum Hooke Berasaskan Arduino serta meguji kesahan dan kebolehgunaannya terhadap guru Fizik di daerah Kampar. Reka bentuk kajian ini ialah kajian pembangunan (Research Development). Kaedah kuantitatif digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Pembangunan kit ini menggunakan model ADDIE yang merangkumi fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian untuk menjalankan kajian ini. Kesahan Kit Eksperimen Hukum Hooke Berasaskan Arduino telah dijalankan ke atas dua orang pensyarah dari Jabatan Fizik dan seorang guru Fizik. Seramai sepuluh orang guru Fizik telah menjadi responden dalam kajian rintis untuk menguji ketekalan item-item borang soal selidik dan memperoleh nilai alpha conbarch 0.91 iaitu berada pada tah.....

295 hits

12782024
Final Year Project
Cabaran dalam menyesuaikan gaya pembelajaran murid Orang Asli dalam kelas Fizik: kajian kes
Amien Amierul Amzzah@Nayawai
Penyesuaian gaya pembelajaran murid Orang Asli dalam pengajaran guru penting bagi meningkatkan kualiti pembelajaran mereka di dalam kelas Fizik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang dimiliki oleh murid Orang Asli di dalam kelas Fizik serta mengenal pasti cabaran yang dilalui murid Orang Asli dalam menyesuaikan gaya pembelajaran di dalam kelas Fizik. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk kajian kes. Ia melibatkan beberapa kaedah pengumpulan data iaitu temubual, pemerhatian, dan borang refleksi kendiri. Dua orang murid Orang Asli dipilih daripada sebuah sekolah menengah yang terpilih sebagai sampel kajian melalui kaedah persampelan bertujuan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik melalui perisian Atlas.ti. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa murid Orang Asli cenderung untuk memiliki gaya pembelajaran secara visual dan kinestetik. Murid yang mempunyai gaya pembelajaran visual lebih menyukai penggunaan video ata.....

444 hits

12792024
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan kit projektor sinar dalam kalangan guru Sains Tingkatan 1 di daerah Kinta Selatan
Muhammad Aiman Ahmad Saidi
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu alat bantu mengajar dan menilai kebolehgunaannya dalam kalangan guru Sains Tingkatan 1 untuk pengajaran subtopik Penambahan dan Penolakan Cahaya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran tajuk Penambahan dan Penolakan Cahaya seterusnya menjadikan sesi pengajaran dan pembejalaran dalam bilik darjah lebih aktif dan interaktif. Reka bentuk kajian adalah kajian pembangunan menggunakan Model ADDIE dengan pendekatan kualitatif dalam penilaian kebolehgunaan. Sampel yang dipilih adalah lima orang guru Sains Tingkatan 1 menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Kesahan muka dan kandungan bagi kit ini melibatkan tiga orang pakar dalam bidang pendidikan sains dan memperoleh persetujuan penuh. Borang pemerhatian dan protokol temubual yang juga telah disahkan digunakan untuk menilai kebolehgunaan kit. Kit Projektor Sinar yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri keselamatan elektrik, tidak mudah panas,.....

295 hits

12802024
Final Year Project
Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan permainan Bio-Millionaire bagi Subtopik Enzim Biologi Tingkatan Empat
Anis Aina Zinudin
Kajian ini membangunkan permainan Bio _ Millionaire bagi Subtopik Enzim Biologi Tingkatan Empat dan menilai tahap persepsi kebolehgunaan permainan Bio _ Millionaire daripada perspektif murid Tingkatan Empat. Reka bentuk kajian adalah kajian pembangunan berlandaskan model ADDIE. Sampel kajian ini merupakan murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Biologi di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kota Bharu, Kelantan. Pemilihan sampel kajian ini adalah secara rawak mudah. Pengumpulan data kajian adalah melalui instrumen soal selidik menggunakan pautan Google Form. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 27. Nilai kesahan pakar bagi kesahan muka dan kandungan permainan ini dianalisis menggunakan Indeks Kesahan Kandungan (IKK). Analisis deskriptif pula digunakan bagi menganalisis data kajian berdasarkan min dan sisihan piawai. Dapatan kajian mendapati permainan ini mempunyai nilai IKK yang baik iait.....

383 hits

[ First ] [ Prev ] Page 128 of 1165 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.