|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 1471 | 2024 Article | Gerontology counseling competency model exploring model elements through the lens of experienced counselors Nik Nazlan Nik Jaafar Counselors play a vital role in supporting the mental health and well-being of older adults by recognizing and respecting their unique needs. This research marks a significant milestone in developing a gerontology counseling competency model aimed at enhancing counselors' professional proficiency. In this qualitative phase, interviews were conducted with fifteen counselors registered with the Malaysia Board of Counselors, selected using purposive sampling to identify essential elements for the model. By analyzing detailed narratives from semi-structured interviews, the study seeks to uncover key elements that support effective counseling practices for older adults. These elements, grounded in the counselors' experiences, include a wide range of qualities crucial for managing the complexity of counseling older adults. The data analysis revealed that counselors require several essential elements in their practice, including professional knowledge, counseling skills, techniques and tools,..... 176 hits |
| 1472 | 2024 Article | Faktor – faktor mencederakan diri dalam kalangan remaja analisis literatur sistematik (SLR) Nurhaiza Binti Che Mat Kajian literatur ini meneroka kes mencederakan diri dalam kalangan remaja, menumpukan faktor-faktor yang membawa kepada kecederaan diri dan niat mereka untuk mencederakan diri. Sebanyak 31 artikel yang dirujuk adalah yang diterbitkan secara sistematik antara 2010 hingga 2023 daripada tiga pangkalan data utama, Dapatan analisis menunjukkan beberapa faktor boleh menyumbang kepada tingkah laku mencederakan diri sendiri, termasuk psikologi, alam sekitar, dan sosial. Faktor psikologi dikategorikan kepada peraturan emosi yang tinggi, gangguan kesihatan mental, trauma dan penderaan, personaliti. Faktor persekitaran pula adalah mengenai penyalahgunaan bahan. Faktor sosial pula termasuk tekanan budaya dan masyarakat, pengaruh media, dinamik keluarga, buli dan tekanan rakan sebaya, Faktor lazim yang membawa kepada mencederakan diri dengan niat membunuh diri ialah psikologikal dan mencederakan diri bukan dengan niat membunuh diri ialah sosial. Faktor psikologi merupakan faktor yang penting untuk ..... 172 hits |
| 1473 | 2024 Article | Analisis kemahiran berfikir aras tinggi terhadap standard prestasi subtopik petua kosinus mata pelajaran matematik tambahan Andy Janang Kajian ini menganalisis Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk subtopik petua kosinus mata pelajaran Matematik Tambahan tingkatan 4 dengan mengenal pasti kehadiran elemen-elemen KBAT menggunakan Model Taksonomi Bloom Semakan Anderson dan meneroka pengaruh elemen-elemen KBAT terhadap standard prestasi. Pendekatan kualitatif melalui kaedah Hermeneutik dengan reka bentuk interpretif digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan yang melibatkan 12 orang murid di tiga buah sekolah di Sibu, Sarawak. Teks yang dikaji terdiri daripada skrip jawapan murid dan transkripsi pemerhatian menggunakan senarai semak Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Dapatan menunjukkan elemen KBAT dalam kategori mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta hadir dalam penulisan penyelesaian masalah dan telah mempengaruhi tahap penguasaan tinggi dalam standard prestasi penulisan penyelesaian masalah petua kosinus. Hasil daripada dapatan kajian ini, permasalahan petua kosinus da..... 224 hits |
| 1474 | 2007 Thesis | Hubungkait antara stail kepimpinan pentadbir dengan kepuasan kerja guru sukan/pendidikan jasmani daerah Keningau, Sabah Zaimi Salagan Kajian ini merupakan satu kajian di sekolah-sekolah harian di daerah Keningau, Sabah. Data dikumpul melalui soal selidik yang diedarkan kepada 32 orang guru sukan sekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara stail kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru sukan. Dapatan data dianalisis menggunakan program 'Statistical Package For Social Science (SPSS). Untuk memperolehi data demografi guru-guru sukan perIu mengisi maklumat tentang umur, jantina dan pengalaman mengajar untuk melihat perbezaan kepuasan kerja guruguru sukan. Korelasi Pearson r digunakan untuk melihat perkaitan antara pembolehubah manakala Ujian-t dan analisis varians ANOVA sehala digunakan untuk menentukan perbezaan dalam kepuasan kerja. Aras signifikan .05 digunakan untuk menentukan samada hipotesis diterima dan ditolak. Hasil daripada kajian mendapati bahawa pengetua lebih = mengamalkan stail kepimpinan yang sederhana (min 3.57 dan sisihan = piawai 0.32) dan guru-guru sukan menunjukkan ke..... 136 hits |
| 1475 | 2006 Thesis | Hubungan interpersonal pengetua baru dengan prestasi kerja guru Adayah Zakaria Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana hubungan interpersonal pengetua baru dengan prestasi kerja guru di lapan buah sekolah di daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Kajian ini akan melihat kekuatan hubungan antara pembolehubah bebas iaitu hubungan interpersonal pengetua dan pekerjaan itu sendiri dengan pembolehubah bersandar iaitu kepuasan kerja guru. Fokus kajian ini ialah kepada kepuasan kerja guru yang boleh memberi kesan langsung kepada prestasi kerja. Batasan kajian ini merangkumi kaitan hubungan interpersonal pengetua baru melalui dua pembolehubah bebas iaitu faktor hygiene dan faktor dorongan dan kepuasan kerja guru. Pembolehubah bebas ialah hubungan interpersonal dan pekerjaan itu sendiri sebagai faktor hygiene. Pembolehubah bersandar pula adalah kepuasan kerja guru. Sampel kajian sebanyak 80 orang terdiri dari pada penolong-penolong kanan, guru-guru kanan dan guru-guru penolong di sekolah yang mempunyai pengetua baru di daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Seban..... 143 hits |
| 1476 | 2007 Thesis | Hubungan gaya kepimpinan transformasi ke atas komitmen guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Slim, Slim River, Perak Sharifah Sharif Kajian ini bertujuan meninjau hubungan kepimpinan transformasi ke atas komitmen guru di sekolah Responden kajian terdiri daripada guru-guru SMK Slim, Slim River, Perak. Seramai 58 orang responden yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada penolong-penolong kanan, guru-guru kanan dan guru-guru penolong. Bagi tujuan mengumpul data, soal selidik berdasarkan skala likert dan dianalisis menggunakan Statiscal Packagefor Social Sceince (SPSS) versi 12.0 Pembolehubah bebas ialah berkaitan sikap guru iaitu inisiatif pembelajaran berterusan, suka mengajar, mempunyai moral yang tinggi dan tindakan terarah . Pembolehubah bersandar ialah gaya kepimpinan transformasi iaitu berkarismatik, menyuntik dorongan bekerja, menyediakan ransangan intelektual, membuat pertimbangan individu dan meningkat pengaruh . Dapatan kajian dianalisis menggunakan pengiraan kekerapan, peratusan, min dan korelasi. Ujian Korelasi Pearson dan Korelasi Spearman digunakan untuk melihat hubungan kepimpinan tranformasi ..... 204 hits |
| 1477 | 2004 Thesis | Using songs in the teaching of reading comprehension among form one students in Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal P.Pinang Che Aida Md Ali This study attempts to investigate the use of songs in teaching reading comprehension among the form one students in Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal Seberang Prai Selatan. The subjects in the sample were the form one students selected based on their monthly English test results. These students were divided into two groups. The first group is called the Traditional Method Group (TMG) and the second group is called Using Song Group (USG). Each group consists of fifteen High English Proficiency (HEP) students and fifteen Limited English Proficiency (LEP) students. The TMG students were taught using the traditional method whilst the USG students were taught using a song. Both groups were taught the same reading comprehension using lyric from the song entitled 'I Believe I CanFly'. The TMG was first asked to read the lyrics of the song. Next, they were asked to answer ten comprehension questions. The USG also followed the same procedure. The difference was only the useofthe s..... 191 hits |
| 1478 | 2020 Thesis | Deformed Heisenberg group for a particle on noncommutative spaces via canonical group quantization and extension Mohd Faudzi Umar The first part of this work focuses on the canonical group quantization approach applied to non-commutative spaces, namely plane 1R2 and two-torus T2. Canonical group quantization is a quantization approach that adopts the group structure that respects the global symmetries of the phase space as a main ingredient. This is followed by finding its unitary irreduciblere presentations. The use of non commutative space is motivated by the idea of quantum sub structure of space leading to nontrivial modification of the quantization. Extending to noncommuting phase space includes noncommuting momenta that arises naturally in magnetic background as in Landau problem. The approach taken is to modify the symplectic structures corresponding to the noncommutative plane, noncomrnutative phase space and noncommutative torus and obtain their canonical groups. In all cases, the canonical group is found to be central extensions of the Heisenberg group. Next to consider is to generalize the approach..... 255 hits |
| 1479 | 2012 Thesis | Partisipasi politik pengundi muda Malaysia: dari reformasi ke tsunami politik Norhafiza Mohd Hed Era reformasi tahun 1998 sehingga ke tsunami politik tahun 2008 menyaksikan wujudnya kebangkitan luar biasa pengundi muda dalam politik Malaysia. Ledakan penyertaan anak muda dalam politik negara memuncak sejak pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan dan keadaan ini terus berlanjutan sehingga menghasilkan gelombang tsunami politik pada PRU 2008 yang akhimya telah menangkis kemenangan dua pertiga majoriti BN dalam Parlimen. Oleh itu, kajian ini menyelidiki partisipasi politik pengundi muda di Malaysia dengan memfokuskan analisisnya kepada perubahan pola penglibatan anak muda dalam politik dari era reformasi ke tsunami politik, faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan politik golongan ini dan impak penglibatan mereka ke atas lanskap politik Malaysia. Data primer kajian ini diperolehi dari temu bual bersemuka dengan para informan terpilih juga data-data sekunder. Data-data ini dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian ini mendapati pola penglibatan anak muda dalam politik berubah-ubah d..... 131 hits |
| 1480 | 2020 Thesis | Penilaian pengurusan perubahan kurikulum sekolah rendah: satu kajian kes KKSR mata pelajaran sejarah tahun empat Thangamalar Paramisivam Kajian ini bertujuan untuk menilai pengurusan perubahan kurikulum Sejarah Tahun Empat KSSR di empat buah Sekolah Kebangsaan dan di empat buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kuala Selangor. Kajian kes instrumental ini menggunakan pendekatan deskriptif-interpretatif Model utama yang digunakan untuk menilai pengurusan perubahan kurikulum adalah model penilaian Countenance oleh Robert Stake yang terdiri daripada tiga domain iaitu kesediaan, transaksi dan hasil. Peserta kajian dipilih berdasarkan pemilihan sampel bertujuan. Peserta kajian terdiri daripada 28 informan iaitu lapan guru Sejarah tahun empat, lapan Guru Besar, lapan Guru Penolong Kanan Kurikulum, seorang jurulatih utama kebangsaan dan seorang pegawai daripada setiap bahagian iaitu Bahagian Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah. Instrumen kajian terdiri daripada protokol temubual semi struktur, borang semak analisis dokumen dan borang semak pemerhatian. Data kualt..... 154 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 148 of 1107 | [ Next ] [ Last ] |