UPSI Digital Repository (UDRep)
|
Today's popular searches: | ||||
Komunikasi | Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak kanak Negara | addie | matematik | PENDIDIKAN |
M K Ahmad | Kurikulum | Ahmad Hashim | Goh swee Choo | pembangunan |
|
Latest addition to the database : |
141 | 2024 final_year_project | Pembangunan dan keberkesanan modul nyanyian "Master Bond" dalam standard kandungan ikatan ion dan ikatan kovalen bagi pelajar tingkatan empat Nur Natasya Rosesham Keberhasilan bagi satu negara dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0
ditentukan oleh kualiti pengajaran dari kalangan pendidik. Oleh demikian, elemen didik
hibur seperti nyanyian yang diserap dalam sesi PdPc merupakan kaedah pengajaran
terkini yang selari pembelajaran abad ke-21. Tambahan pula, pembelajaran berkaitan
topik ikatan kimia sering dianggap sukar dan abstrak oleh pelajar kerana memerlukan
pelajar untuk membayangkan proses pembentukan ikatan tersebut. Hal ini
menyebabkan pelajar cenderung untuk melakukan salah konsep mengenai ikatan kimia
terutamanya ikatan ion dan ikatan kovalen. Objektif kajian ini adalah membangunkan
Modul Nyanyian “Master Bond” dalam standard kandungan ikatan ion dan ikatan
kovalen yang mempunyai kesahan yang baik dan menilai keberkesanan Modul
Nyanyian “Master Bond” terhadap pencapaian pelajar. Reka bentuk kajian adalah
kajian reka bentuk pembangunan. Populasi capaian kajian ialah pelajar di salah satu
sekolah di Pulau Pinang ..... 28 hits |
142 | 2024 final_year_project | Pembangunan dan kebolehgunaan kit WaRious Box bagi pentaksiran subtopik pembelauan gelombang tingkatan 4 Fatini Mohanna Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan kit WaRious Box bagi subtopik pembelauan
gelombang dan mengenal pasti tahap kebolehgunaan kit ini dalam kalangan pelajar Fizik
tingkatan empat. Reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk kajian pembangunan dengan
menggunakan model ADDIE melalui pendekatan kuantitatif. Pakar kesahan instrumen dan kit
adalah terdiri daripada seorang pensyarah Fizik dan dua orang guru Fizik. Bagi bilangan
responden kajian rintis dan lapangan pula melibatkan 15 dan 33 orang pelajar sekolah di daerah
Seremban, Negeri Sembilan yang dipilh secara rawak mudah. Reka bentuk kajian ini adalah
pembangunan diilhamkan daripada model ADDIE dengan pendekatan kuantitatif. Secara
ringkas skor purata kesahan muka kit sebanyak 97.22% dan kesahan kandungan kit pula
92.59%. Manakala, tahap kebolehgunaan kit WaRious Box ini dengan skor min dan sisihan
piawai sebanyak 3.865(SP=0.366), 3.719 (SP=0.499), 3.795 (SP=0.404) dan 3.916 (SP=0.303)
bagi konstruk kebergunaan, muda..... 22 hits |
143 | 2023 article | Weaving Culture and Science A reflection on teaching science through story-telling Loh, Su Ling Implementing culturally responsive education is possible by incorporating story-telling into science teaching and learning. It can be viewed as one way to present new scientific concepts or information that may be complex or difficult to comprehend. This study uses a local Malay folklore story, 'Hang Tuah dan Keris Tamingsari', alongside a hands-on activity during an after-school holiday program for primary students in a local library. A total of 25 participants were involved and their written reflection was collected. The collected data and images were coded and analysed along with the participatory observation. The results indicate that while participants expressed fascination with the story and the handicraft activity, they struggled to recall the science concept. Many mentioned learning about Hang Tuah and its noble values, emphasizing their engagement with the story and the craft rather than the intended science learning. This suggests the need to improve the alignment between the..... 31 hits |
144 | 2023 article | Tinjauan Strategi menangani Diskalkulia melalui Sorotan Literatur Sistematik Afiq Fikrie Mohmad Diskalkulia merupakan salah satu masalah pembelajaran dalam Matematik. Murid diskalkulia ini menghadapi isu berkaitan dengan nombor dan simbol. Oleh itu, kajian sorotan sistematik literatur ini bertujuan untuk menganalisis kajian lepas yang mengkaji strategi yang digunakan dalam menangani masalah pembelajaran diskalkulia. Dua pangkalan data iaitu SCOPUS dan Web of Science (WoS) digunakan untuk mencari artikel dari tahun 2019 hingga tahun 2022. Sebanyak 374 artikel yang menggunakan kata kunci strategi dan diskalkulia telah dijumpai namun hanya 15 sahaja artikel dikenal pasti yang memenuhi syarat dan diterima dalam kajian ini. Bagi memastikan kajian ini dijalankan dengan sistematik, kajian ini menggunakan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Kajian ini mengandungi dua persoalan kajian iaitu apakah ciri-ciri kajian empirikal serta strategi yang bersesuaian untuk digunakan dalam menangani masalah pembelajaran diskalkulia. Terdapat 12 negara yang tela..... 17 hits |
145 | 2023 article | Pembinaan kit dolphin jump number line bagi topik pendaraban integer tingkatan satu Mohamad Alif Akram Jamaludin Kajian ini bertujuan untuk membangunkan serta mendapatkan kesahan dan kebolehgunaan Kit Dolphin Jump Number Line, sebuah bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi topik Pendaraban Integer Tingkatan Satu. Reka bentuk kajian ini adalah berasaskan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan di mana hanya dua fasa pertama yang terlibat, iaitu Analisis serta Reka Bentuk dan Pembangunan. Model ADDIE telah digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan. Kesahan kit ini dinilai oleh lima orang pakar yang terdiri daripada empat orang pensyarah Matematik di sebuah universiti awam dan seorang guru Matematik di sebuah sekolah menengah. Manakala, seramai 35 orang guru pelatih Matematik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dipilih melalui pensampelan rawak mudah bagi menentukan kebolehgunaan kit yang dibina ini dengan menggunakan soal selidik kebolehgunaan. Data hasil maklum balas pakar dianalisis dengan menggunakan analisis d..... 22 hits |
146 | 2023 article | Need analysis of technology-based Pedagogical Module in 2D Geometry a case study in Malaysia Noor Atiqah Hashim Current studies and achievements show students’ low achievement in geometry and some improvements need to be made to overcome this problem. The purpose of this study is to identify the need for the development of a technology-based pedagogical module for students' Geometric Thinking Level (GTL) from the teacher's perception. This study is a case study using a survey method. The questionnaires were distributed to 60 Mathematics teachers from a district in Selangor. The finding of the study shows that 96.7% of teachers agree on the development of technology-based pedagogical module for the topic of 2D geometry. In addition, results show that there is a significant difference in performance expectancy and effort expectancy between teachers with less than 20 years and more than 20 years of teaching experience. The average mean for these two expectancies is also high. Thus, this teaching module should be developed as a teaching aid to enhance teaching and learning in Geometry.
Keywords: ..... 22 hits |
147 | 2024 final_year_project | Hubungan antara gaya pembelajaran dengan tahap penguasaan pelajar tingkatan empat bagi konsep Graf Gerakan Linear di daerah Larut Siti Amirah Hanisah Mohd Asri Kajian ini dijalankan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar tingkatan empat di
daerah Larut, mengkaji tahap penguasaan pelajar tingkatan empat bagi konsep Graf
Gerakan Linear dan mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran dengan tahap
penguasaan pelajar tingkatan empat bagi konsep Graf Gerakan Linear di daerah Larut.
Reka bentuk kajian ialah kajian korelasi yang melibatkan seramai 84 orang pelajar
tingkatan empat yang dipilih menggunakan pensampelan rawak mudah. Instrumen
yang digunakan ialah borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 16.0 untuk menentukan
frekuensi, peratus dan pekali korelasi. Hasil dapatan ialah gaya pembelajaran utama
pelajar tingkatan empat ialah gaya pembelajaran berkumpulan dengan peratus 91.7%.
88.1% memilih gaya pembelajaran visual, 70.2% memilih gaya pembelajaran individu,
65.5% memilih gaya pembelajaran muzikal dan gaya pembelajaran matematikal
mencatat peratus yang tere..... 33 hits |
148 | 2024 final_year_project | Pembangunan dan keberkesanan komik ELEMENTAL-ONE dalam standard pembelajaran unsur kumpulan 1 bagi pelajar tingkatan empat Chok, Wei Haw Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan komik ELEMENTAL-ONE
mengenai topik unsur kumpulan satu dalam jadual berkala unsur dalam subjek kimia bagi
tingkatan 4 dan menilai keberkesanan penggunaan komik ELEMENTAL-ONE ini dalam
kalangan pelajar tingkatan 4. Terdapat dua persoalan kajian yang dijawab: a) Adakah
Komik ELEMENTAL-ONE dalam Standard Pembelajaran Unsur Kumpulan 1 bagi Pelajar
Tingkatan Empat mempunyai kesahan muka dan kandungan yang baik? (b) Adakah Komik
ELEMENTAL-ONE dalam Standard Pembelajaran Unsur Kumpulan 1 bagi Pelajar
Tingkatan Empat dapat meningkatkan pencapaian pelajar? Sebanyak 30 orang pelajar yang
terdiri daripada pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek kimia terlibat dalam kajian ini.
Instrumen kajian adalah borang kesahan pakar dan soalan pra ujian dan pos ujian. Data
daripada borang kesahan pakar dianalisis melalui peratus persetujuan pakar manakala
dapatan pra ujian & pos ujian dianalisis secara inferensi (melalui ujian-t) untuk menilai
..... 46 hits |
149 | 2024 final_year_project | Development and perception of the "Genetic Holic" digital game application among Biology education undergraduate students Phoon, Yan Qi The misconceptions on genetics topics among teachers and students were common,
resulting in declining interest among the young generation in the STEM field. The study
research questions consist of four which are to measure the face and content validity of
“Genetic Holic”, a digital game application on genetics topics, as well as the perception
level of UPSI Biology undergraduate students regarding the engagement and
motivation level on it. The product development was based on the ADDIE model. The
S-CVI/UA for the product is 0.93 and the instrument is 1.00 while the percent of the
agreement for the product is 96.15% and the instrument is 100%, where all the values
can be interpreted at a very good level. The perception level of 165 UPSI Biology
Education undergraduate students ranging from semester 3 to 7 toward the learning
experience on “Genetic Holic” in the engagement and motivation aspects was evaluated
in the 4-point Likert scale with stratified sampling method ..... 45 hits |
150 | 2024 final_year_project | Pembangunan Modul Pembelajaran Berasaskan Permainan bagi topik Hukum Gas Fizik tingkatan empat Mohammad Nazri Munjong Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menentukan tahap kebolehgunaan
Modul Pembelajaran Berasaskan Permainan bagi topik Hukum Gas bagi pelajar Fizik
tingkatan 4. Reka bentuk kajian ini adalah kajian pembangunan berasaskan model
ADDIE. Sampel kajian adalah seramai 40 orang pelajar aliran sains (Fizik) tingkatan
empat. Data kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan dianalisis dengan
menggunakan Indeks Kesahan Kandungan (IKK), nilai pekali Cronbach’s Alpha, dan
nilai min melalui SPSS. Hasil dapatan kebolehpercayaan instrumen Cronbach’s Alpha
adalah 0.748. Dapatan kebolehgunaan modul pembelajaran menunjukkan nilai skor
min yang tinggi bagi ketiga-tiga konstruk iaitu kemudahan, kesesuaian dan kepuasan
dengan masing-masing mencatatakan nilai 3.70, 3.83. dan 3.77 dengan purata 3.77.
Implikasi kajian diharapkan bahawa modul pembelajaran berasaskan permainan
mampu memberikan kefahaman terhadap Hukum Gas dalam subjek Fizik tingkatan
empat serta dijadikan rujukan para pela..... 35 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 15 of 926 | [ Next ] [ Last ] |